CITARASA RINDUAN

Thursday, May 17, 2012

Roti Sosej, sarapan paling sempoi.


Assalamualikum, selamat malam sahabat... Kisah hari ini amat memenatkan, namun ku bersyukur semuanya dipermudahkan olehNya, moga Dato dan rombongannya makan dengan berselera, rancangan akhir tak berjalan seperti yang dirancang, DATO terpaksa memohon segala makanan yang dimasak dibungkus ke tempat yang DATO patut dijadualkan... 

Tak terkilan pun hati ini kerana menerima panggilan telefon beberapa jam kemudiannya Dato mengucapkan terima kasih atas hidangan yang lazat.. Syukur, lagilah semua kesemua bekas-bekas makanan dipulangkan dengan isinya kosong.. Terharu

Walau letih, tetap gigih menyediakan menu kegemaran anakku Nur Umairah.. Sosej Ayam buat santapannya, lepas siap mandi malam ku terus bergegas menguli Doh roti... Nak syer resepi agar kalian dapat menyediakan untuk anak-anak yang gemar akan menu ringkas ini

Bahan-bahannya Doh:
a) tepung roti 500g
b) tepung bread improver 1 sudu teh
c) Air 2 cawan
d) minyak atau mentega 50g
e) Yis maripau kering 11g
f) sedikit garam
g) Gula 3 sudu besar
h) telur sebiji
i) susu tepung atau susu cair 70g

Bahan-bahan untuk kilatan kulit:
a) kuning telur
b) sedikit air
c) berus
d) bijan

Bahan-bahan isi:
Sosej ayam atau sosej Daging

(bila si kecil yang minta, maka wajiblah gambar roti sosej ditayang bersama tuan badan)

Cara menyediakan
a) kembangkan Yis dengan air suam.biarkan seketika, masukkan telur dalam mangkuk, tuangkan majerin/minyak,gula,susu,garam uli bersama tepung roti dan bread improver sedikit demi sedikit.
b) uli dan masukkan sedikit demi sedikit air yis. Uli sehingga doh naik.
c) buat bulat, leperkan dan balut sosej ayam/daging didalamnya, kelar atasnya
d) Kilatkan kulit atas dengan bahan kilatan telur dan air dan taburkan dengan bijan
e) Panaskan Oven dalam 190c, selama 20minit
f) selamat mencuba.


**menu tempahan ada 2 jenis yang tak dapat ku ikuti kehendak DATO, ikan baung lemak cili padi ku tukar dengan ikan patin cili padi, manakala udang galah yang dipintanya ku tukar dengan udang harimau. Mujur DATO memahami kerana masalah bahan mentah yang sukar ku temui..
Terima kasih buat semua sahabat yang telah ku minta tanpa malu untuk bertanya tentang bahan mentah itu, 
Terima kasih buat blogger tersohor yang sudi memberi idea untuk memasak ayam hutan. 
dan terima kasih buat blogger terkenal yang sudi membuat kejutan waktu aku sedang menghadapi masalah, rasa sangat2 dihargai..
Terima kasih semua**


24 ulasan:

umialya/k.tini said...

sedapnya..

Citarasa Rinduan said...

Kak Tini:
Umai mmg minat roti sosej...

Gen2Merah said...

ni makanan feveret saya ni kalau xda nasi... nyummmmi

~ yus ~ said...

hampak sedap ayu

Mat Gebu said...

Perghh ayu meroti je sekarang ni. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar yea....hmm payah gak kan nak dpt udang galah..

Daddy Ziyyad said...

Kalau kat area Ayu tu, senang ke nak dpt supply udang galah? Kat kampung mak saya di Segamat, senang dpt kalau ada musimnya..

Mas said...

salam pagi jumaat ayu...
wahhh..rajinnya ayu meroti...
memang ligat ko yerk ayu....he3

Topeng Hitam said...

hehehe...nampak memang sedap tuh. tapi tak boleh nak ckp sedap sangat sbb belum rasa lg... hihihi

jemarisuri said...

simple tp tetap sedapkan...hihi

Cik Ecah said...

seronoknya umai....:)
ibu buat roti spesel...:)

iizza said...

anak sy suka kalau camni nih..

Kakzakie said...

Anak kakak pun suka roti sosej Ayu.. Tapi kakak biasa gulung dgn gardenia aje. Sosej stim lepas tu gulung roti yg dah celup telur lepas tu goreng...

Sos pun tak dia tak makan..

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam dear Ayu momey.. memang sosoj tu nampak terjulur dan mengecurkan.. dapat segulung sedap tu..

Tahniah! sebab dapat pujian dari Dato.. moga perniagaan Ayu semakin maju dan maju dan terus maju... Aaaaminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Shahriah Abdullah Novelis said...

Wahh masuk balik.. silap eja.. sosoj.. SOSEJ hokey hehehheh

norhidana said...

alah sedapnyer kak... rajin akak bt... dana nih mmg seram nk bt roti2 nih... tak reti nk nguli tu mls..

wah2 msti sedap2 menu akak tu kan

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

teringin nak buat tp tgk resipi kena uli-uli doh bagai nih terus kensel..sy x pandai dan pemalas hehe


ikan patin yum yum sedapnya..ayu pandai masak lemak tempoyak tak?

Acik said...

hmmm ..
first time di sini, so, x berapa paham a few citer kat atas.
x apa, mungkin selow2 nanti akan lebih paham, kan! :)

miloais milo said...

sedapnya sarapan umai....

siti murni said...

yang ini kalau buat breakfast memang sodap..!

Kengkawan said...

terus lapar...

Nazayiena said...

Sedapnya Ayu,mau habis 3 ketul nie.

kakchik@ella said...

KC pun suka roti sosej ni tapi kalau dpt yg ayu buat KC lagi suka. Hehehe.

insan_marhaen said...

Kalau dah buat tempahan untuk Dato', hebat tu...

Nur-nba said...

Kak Nur save resepi Ayu tau.. Buatnya tak tau bila.. :)