Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Wednesday, December 26, 2012

Resepi Emping kukus



Salam pagi rabu buat sahabat alam mayaku yang beragama islam,salam sejahtera buat sahabat non islam.. Beberapa hari ini daku tidak aktif di blog sendiri.. sesekali berguling2 diblog kalian...pelbagai kisah ku perolehi. Indahnya bersahabat di dunia blog. Terima kasih sahabat....

Baru-baru ini kami sekeluarga bercuti di bandaraya bersejarah. Macam2 makanan kering yang dibeli.

Emping salah satu kudapan yang digemari oleh En Zalie. Boleh dimakan untuk sarapan pagi atau minum petang. Bagiku ianya sangat ringan tapi mengenyangkan. Kalau makan tengahari pun memadai diet anda.

Jom semak resepi Emping kukus, kredit to MIL yang memberi tunjuk ajar

Bahan-bahan:
Sebungkus emping- 500gram
Sebiji kelapa parut
Gula merah - 200 gram
Secubit garam

Cara menyediakan

  1. Rebus air dalam kukusan, masukkan emping.
  2. Apabila emping sudah masak. Keluarkan, gaul dengan gula merah dan kelapa parut
  3. Sedia untuk dimakan


** boleh gantikan dengan gula pasir buat pengemar manis.
**selain kukus, boleh juga di rendam emping dengan air panas
**Emping dijual pelbagai warna, selain putih, hijau dan lain2.

16 ulasan:

Kakcik Seroja said...

Dah lama kakcik tak menikmati rasa emping. :)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

norhidana said...

emping apa tuh kak ek...

Gee® said...

ermmmm...teringat masa hb dok di Sg Petani dulu... selalu beli emping... sedap kan buat kudapan

Kakzakie Purvit said...

Resepi baru ni buat kakak tau Ayu. Senang aje tapi sebab tak tahu tak pernah buat.

cahayahidupku.blogspot.my said...

lama tak makan empeng.. ermmm sedapnya :D

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

mesti sedap kalau makanan kegemaran En Zali, kan Ayu..

Anonymous said...

dh lama tak mkn empeng...hurmm dh lupa camne rasa dia...hihi

faraherda.razalan said...

Oh, sy tak nah lak mkn emping kukus. Walau apapun, rindu nak mkn emping. Yummeh!

Kniedaz said...

tak pernah lagi makan emping...apa rasanya ye? huhu

Unknown said...

xpnh mkn emping kukus..dlu kck2 pnh gak mkn emping, tp bkn emping kukus rasanya.

azieazah said...

Saya harus cuba!

Queenie said...

direbus atau dikukus tu ayu?

kat umah ni ada lagi..aritu try segenggam, tak laku la...anak2 tak reti makan...

insan marhaen said...

teringin nak rasa tapi tiada siapa yang boleh buatkan untuk IM...

Tinta Emas said...

salam ayu...lama benar saya x mengomen kat sini..hanya jengah sekali sekala sahaja...

emping ni makanan org minang kan? klu salah ..maaf..

aDisH.sHidA said...

1st tengok..tp bukan tengok emping la.tengok cara campuran bahan yang guna gula melaka..selalu mak wat guna gula pasir je..patut hairan kenapa emping ayu wana koko hehee

Anonymous said...

tq berkongsi resepi ye