Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Saturday, December 1, 2012

Resepi: Siput sedut batang keladi masak lemak cili


Assalamualaikum, salam pagi sabtu sahabat alam mayaku.Hari ini sudah 1 Dec, lagi sebulan masuk tahun 2013.. semakin cepatnya dunia berputar, moga kita tingkatkan amalam kita, jauhi laranganya. In Shaa Allah..

Pagi ini ingin ku kongsikan resepi makanan kegemaran pelanggan CR... sebenarnyakan bahan tak berapa susah, cuma kita perlukan sedikit masa untuk menyiang siput sedut mentah.

Kalau di CR, kami beli satu hari sebelumnya, letakkan 2 genggam hampas kelapa. In Shaa Allah, keesokkan hari siput mudah dibasuh, malahan isi siput sedut bertambah gemuk.. Heheheh


Jom semak resepi:
Bahan-bahannya
Siput sedut 1 bungkus (dipotong hujungnya, dibasuh sebersihnya)
Santan pekat 1/2 kilo
Batang keladi (disiang, dibasuh dan di rebus dgn sedikit air dan garam)
Cili padi 15 Biji (Nak pedas lagi, sila ikut suka ya)**
Bawang besar 3Biji**
Bawang Putih 5Biji**
Kunyit basah 1biji besar ibu jari**
Halia 2 biji**
Ajinamoto sedikit
Garam sedikit
Asam keping 4 keping
Ketumbar biji 1 paket 50 sen**
Jintan biji 1 paket 50 sen**
Serai 2 batang dititik.
Sedikit air

Cara menyediakan:

  1. Blander halus bahan-bahan bertanda **
  2. Tumis bahan blander, hingga naik bau. Masukkan garam,aji, serai dan asam keping.
  3. Masukkan air dan santan. Apabila mendidih masukkan siput sedut.
  4. Nak kuah lagi sedap, nie cara orang jawa, masukan hujung sudu gula pasir.
  5. Masukkan batang keladi bila kuah sudah mendidih.
  6. Matikan api. sedia untuk dihidang
  7. Selamat mencuba

6 ulasan:

Unknown said...

Emmm.. Ini feberet saya..sekilo saya boleh habiskan!

Umialya said...

ayu.. bawa sini sikit, nak pegi jauh sgt

TiranaAduka said...

salam sis
Nak lunch disini leh?

Anonymous said...

peberet famili js ni...js je x pandai nk mkn...hihi

aDisH.sHidA said...

sedap nya ayu..dah lama x makan sput sedut,kalau dulu mak pun suka wat masak lemak jugak

azieazah said...

Kak Azie suka siput sedut ni, tapi makan kat kedai saja. Pernah masak sekali saja, pastu dah lama tak masak. Sebab malas nak potong muncung siput yang keras tuh. hehehe