Bila melihat 8keping roti yang dah habis tarikh luput, terdiam kaku dalam peti sejuk, dan sememangnya daku jenis pencinta roti... Tak sampai hati nak masukkan dalam tong sampah. Ku mencuba menjadikan roti itu sesuatu yang enak dan dipandang tinggi oleh anak daraku..
Terhasilnya Puding Roti bersos kastard.. Dengan bantuan Umai. Ianya sangat menyeronokkan, ditambah cuti sekolahnya hanya berkisar di rumah dan CR.
Jom semak resepi:
Bahan A (Satukan dalam 1 mangkuk selama 30 minit)
Susu rendah lemak 2 kotak
8 keping roti (diracik halus)
Bahan B (Gaul dalam 1 mangkuk yang lain)
Gula halus 4 sudu makan
Telur 2 Biji
Mentega 2 Sudu makan
Kismis hitam atau campuran
Esen Vanilla sedikit sahaja
Tepung jagung 2 sudu
Cara menyediakan puding roti:
- Panaskan oven 170'c selama 10 minit.
- Satukan bahan A (yang telah direndam 30minit) dengan bahan B.
- Masukkan dalam loyang yang sudah digris. Bakar pada 45 minit.
Selepas dibakar.... Biarkan atas redai hingga sejuk.
Susu cair 1 tin
Tepung kastad 2 sudu makan
Gula pasir 2 sudu makan
Cara menyediakannya:
- Masukkan susu,tepung dan gula kedalam periuk, guna api kecil. Kacau hingga larut/masak
- Tuang atas puding roti, boleh gantikan sos dengan aiskrim.
14 ulasan:
Assalamualaikum,
bestnya jadi Umai...boleh makan ajeeeee!
waalaikumusalam anyss:
heheheheh.. dan untung ibu umai sbb kenal ramai kawan alam maya y baik hati
Smal ingt nk wat gek psl ada roti..kalinya tgk rotinya dh kuar kulat trus x jd huhu..dapnyerla hai puding toti..sy penggemar puding
lazatnya..
salam sis
Nak buat ptg ni x sempat simpanlah dulu dalam draf ta.
Mintak izin nak ambik resepi yg simple ni.
Ayu sememangnya ibu yang rajin... Sedapnya tengok puding roti tu..
ramai betul kengkawan yang buat puding roti, tak bleh jadik ni!!
wah sedapnya puding roti! favourite! :D
wah sedap2...kita pun suke ayu...
psst...tahun ni ada kalender x??
(komen x malu)
ahai... sedapnyer...
ahai... sedapnyer...
tq share resepi ye
Sedapnya..biasa buat puding roti je..tk de sos..tp lain skit caranya ni..nmpak lg sefap la..nk try nnti..
aduh...rajinnya ayu....saya dh lama x berblog dan berjln2 kat sini..terkejut lamannya dah lain...cantik sangat...
baru tadi jadi hakim pertandingan membuat puding di sekolah...ada yang hangus....
so lain kali bolehlah guna resepi ini...kongsi yea ayu...
Post a Comment