Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, June 28, 2012

Kisah 8 Syabaan, Ya rezeki saya sentiasa ada, Syukur!


REZEKI TEMPAHAN PIZZA

Dari jiran tertangga, Ya.. Saya sebenarnya dari zaman dahulu kala, suka memasak, bila saya melangkah ke alam persekolah, saya suka lihat iklan PIZZA HUt, walau TV dirumah saya kecik, aerial Tv bukan ASTRO,tapi  saya rasa nak merasa akan keenakkan tepung pizza hut yang pastinya lembut tapi ranggup..

Syukur, apabila saya kenal OVEN magic saya, saya terus pandai membuat pizza,,, hinggalah sekarang saya tak cukup tangan menyediakan pizza walahemah dahulu tak terlintas dihati saya, saya pandai buat pizza.

 FRIDGE MAGNET

Rezeki, teman blogger saya yang ini, memberi cenderhati  FM dari MELAKA, sungguh.. saya sangat terharu.. awal pagi lagi beliau dah singgah ke CR, tapi sayang beliau tak sempat nak menjamah apa2 makanan sebab ada kursus di bandar Kulaijaya... Buat beliau, terima kasih banyak-banyak, Ya, saya peminat tegar FM.. Jadi saya sungguh gembira dengan pemberian itu..

Buat kawan-kawan yang rasa nak belikan FM untuk saya, dari mana-mana negara atau FM dari mana-mana negeri, saya alu-alukan.. saya boleh bank in kan RM ke akaun kalian, JANJI, jualan belian harus jujur, jika ada insan yang beri cencerhati kenangan untuk saya, WOWWWWW.. saya sangat suka.. (hahhaah)


REZEKI KUNJUNGAN AYAH SAUDARA DAN KELUARGANYA

Selepas menyiapkan tempahan pizza dan menghantar tempahan kek Marbel coco (kek tu saya dah buat semalam), saya baring keletihan.. Maklumlah, saya berpuasa sunat... Bila En Zalie call, katanya pakcik saya datang ke CR, saya terus buka mata saya besar-besar.

Saya suka!!! saya ajar sepupu saya yang baru berusia 13 tahun cara-cara yang menyediakan pizza.. dan diorang suka hasil tangan saya...


Selain saya, pastinya anak kesayangan saya Nur Umairah gembira apabila menerima teman, walahemah temannya itu pangkat mak saudara.. hehhehehe
(gambar hadapan tu askrim, lebihan kek karamel yang saya hias dengan topping coco, aneka warna dan rasa...)



PS: selain itu saya terima tempahan nasi ayam 40 bungkus.. Syukur.. selagi kudrat saya kuat saya buat, esok-esok saya tak tahu tahap kesihatan saya macamana....

Wednesday, June 27, 2012

Kawan-Kawan mari kita doakan agar AIMAN anak kakcik cepat sembuh


Inilah AIMAN anak blogger kakcik, (dari jari-jari halusku) berita terbaru yang ku perolehi, anak beliau masih koma dan baru lepas operation darah beku yang terdapat di kepalanya akibat eksiden.

Mohon agar semua sahabatku mendoakan agar semuanya seperti sedia kala.... buat KC, kak.... ayu doakan kak tabah menghadapi segalanya...




Wordless Wednesday (Kami seiras)



PS: sentiasa doakan yang terbaik buat dirinya, perhatikan.. warna baju yang kami pakaikan? Ya.. kami serasi, walau tiada janji



Tuesday, June 26, 2012

Kek Buah-buahan Kukus dan Bakar


Assalamualikum, selamat petang sahabatku. Hari ini, ayahku singgah ke CR, kebetulan MIL teringin nak makan kek kukus, ku kongsikan resepi buat kalian semua....


(Gambar kanan kek Buahan yang dibakar, manakala gambar kiri Kek yang dikukus)
Bahan-bahannya
5 Biji Telur
250g Buttercup
1 1/2 cawan gula pasir  (digoreng jadikan gula hangus campurkan 1 cawan air)
1 cawan tepung serba guna (ku guna Blue Key)
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikabonat soda
1 sudu teh cream of tartar
2 cawan mix fruits
3/4 cawan susu pekat

Cara menyediakan
1) Susu pekat dan buttercup dipukul hingga kembang,
2) Masukkan telur satu persatu pukul hingga kembang, masukkan cream of tartar dan bikabonat soda
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4) Masukkan gula perang
5) Masukkan mix fruits, Gunakan loyang yang telah digris dengan magerin/minyak. Untuk kelihatan menarik, anda boleh menabur lebihan mix fruits untuk menghasilkan kek buahan yang cantik
6) Panaskan pengukus, masukkan adunan kek yang telah siap, selamat mengukus. (masa 1-2 jam)

** untuk kek Buah-buahan bakar, pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu dalam masa 10 minit, guna suhu 160, selama 1 jam untuk membakar adunan.

Selamat mencuba

**sahabatku Blogger Kakakecil bertanya, macamana nak nampakkan hasil yang cantik untuk kedudukan mix fruits dalam kek buah-buahan ini, jawapannya. semasa gula pasir digoreng dengan air, buah-buahan boleh dimasukkan apabila gula hangus sudah cair** (mix fruits direbus dahulu dengan air gula)



Monday, June 25, 2012

Kerana sokongan Blogger KakaKecik Kek Karamelku terhasil.

Pertama kali dalam hidupku, menerima sokongan padu dari sahabat blogger KakaKecik, blogger nun di utara... Kerana keasyikkan kek Karamelnya, hingga beberapa blogger yang kukenali seperti blogger sunah, blogger Puan Awin memberanikan diri buat Kek tersebut..

Serius aku rasa tak mampu nak sahut cabaran dan sokongan dari beliau dan kawan-kawan.. Rasa gigil satu badan bila menyiapkan Kek ini, . Namun sedikit senyuman akhirnya menyerlah di raut wajahku, Syukur apabila melihat hasil yang dapat ku buat pada petang ini


Pengalaman pertama buat kek ini banyak meninggalkan kesan di hatiku, sedikit pengajaran sebenarnya... mengajar aku erti sabar, sebab kalau memasak lauk pauk, guna api besar, api kecil lauk akan siap terhasil, namun bukan untuk Kek ini

Masalah pertama
Dengan tiba-tiba kuasa tuhan.. Hujan lebat, guruh berdentum walahemahnya 3 minggu kampung tercinta panas, saat guruh berdentum beberapa kali elektrik terputus, gagahku menghidupkan semula suis utama... (bayangkan keadaan aku ketika itu?) Cemas risau kek ku bantat.

Masalah Kedua
Loyang yang ku gunakan terlalu kecik, sebab ovenku bersaiz kecil. Mujurlah ku tabah dan ku bentindak pantas, syukur.. 2 loyang untuk adunan yang sama seperti blogger Shda buat.


Lihatlah hasil loyang yang kecil? cantik pada mataku, namun sebenarnya kalau ikut sifu blogger Shda.. hasil beliau lagi cantik dan kreatif.

Perhatikan loyang Yang pertama.. Bahagian Karamel terlalu tebal bukan? Kalau bukan blogger shda memang aku tak tayang kat korang.. (malu)


Untuk resepi, molek korang KLIK SINI.

PS: ku terburu-buru update entry kek ini, kerana ada tempahan 2 biji pizza untuk malam ini, tempahan lewat petang dari jiran sekampung.

Penangan CR,Blogger ini kena mandrem??



(bak kata blogger Azreef, blogger Kak Yus kena mandrem, ahakss)

24 Jun 2012, kunjungan blogger selatan ke CR.. menyebabkan beberapa blogger lain tertanya-tanya sebab aku up status jam 8 pagi... Normal, bila ku terima kunjungan blogger pastinya ianya menerbitkan suatu perasaan yang indah..

Akhirnya jam 11.40 pagi blogger Sari Yusa menerjah ke CR gara-gara keinginan beliau merasa telur mayong,(nanti kita baca entry beliau tentang telur mayong yang diidam-idamkan, hehehhe) Masih ingatkan kalian tentang kunjungan beliau kali pertama?? sila klik sini... Gara-gara teringin si telur ikan, daku meminta en Zalie carikan awal-awal

(kak Yus yang cantik berseri)

Ku abadikan wajah kami berdua di Citarasa Rinduan, bukti kunjungan beliau dan keluarga ke sini lagi.... dan sebenarnya, kerana beliau juga membawa barangan dari Sarawak, kiriman yang ku pinta apabila mengetahui beliau sekeluarga bercuti ke sana.

Buat beliau, Terima Kasih daun Keladi kerana bersusah payah mencari kek Lapis Sarawak dan FM kesukaan Ayu, terharu....

Photo: Cenderhati dan kiriman dari sarawak. Agak2.... Dh dpt tau blogger mana y singgah ke citarasa rinduan?
  klu bijak bestari jom teka.....
(perhatikan ikan terubuk masin? masih segar bukan?)

PS: sentiasa gembira dan suka dengan persahabatan yang terjalin, dan terima kasih buat sahabat yang sentiasa sudi membaca blog Citarasa Rinduan










Saturday, June 23, 2012

Tutti Frutti Indrapura Kulaijaya


Salam 3 Syaaban sahabatku, tadi malam daku dan family tiada agenda utama, disebabkan MIL tiada dirumah iaitu bermalam di rumah pengantin (adik beradik arwah FIL) kami sekeluarga cuci-cuci mata di bandar Kulaijaya.... 

Macam biasa bila kemana-mana up status di FB.. Hhehehhe, gitulahkan zaman sekarang ini, semuanya dihujung jari. Sebenarnya kebaikkan yang ku nampak bila berkongsi sesuatu dengan sahabat alam maya,selalunya hanya yang positif kami perolehi..

(percaya tak? hah!! kan ramai yang tak tahu TF kulaijaya dah dibuka)

Sebagai warga Kulai aku berbangga keranaTuffi Frutti Kulaijaya telah dibuka., Bagi peminat yogurt.. Jom kita santai sama-sama, sebenarnya TF menyediakan pencuci mulut yang sangat elok untuk kesihatan tubuh badan, lebih-lebih lagi kesan TF terhadap pergerakkan usus sangat baik, tu yang harga TF sangat berpatutan (tiap kali gaji, bolehlah kan?)

(Lokasi sebenar TF INDRAPURA: Bertempat di Car City Indahpura kulaijaya, belakang Mc Donald bersebelahan Lily Thai Restoran)

(inilah Yogurt yang kami sekeluarga pilih, harga 3 mangkuk hanya RM 24.50. Bijak tak kami pilih?? kalau pertama kali dahulu kami tak tahu guna peralatan dan takut kena caj mahal, sekarang dah pandai)

Sebenarnya, nak syerlah pengalaman dahulu semasa pertama kali ke Tuffi Frutti, korang boleh ke entry lepas-lepas, malas cari? hah!!! korang klik SINI.. sah-sah aku syer cara nak menggunakan segala peralatan nak pilih TF kegemaran korang tu.
  Wajah-wajah kesayangan hamba, Umai dan En Zalie senyum melebar, walau cuaca kat luar sejuk (hujan)

Tuan tanah pun nak gambar sama, cuba lihat cermin belakang aku? bukti cuaca yang tersangat sejuk... 

Yogurt pilihan aku.. Pastinya suka yang coklat-coklat sahaja


Kredit to my en Zalie sebab sudi belanja kami...

Harap maklum, pada hari ini 23 Jun 2012, Citarasa Rinduan tidak beroperasi, atas sebab-sebab tertentu, kesulitan amatlah kami sesali. Terima Kasih



Friday, June 22, 2012

Happy birthday blogger HaSue


Blogger masak-masak yang sentiasa ramah dalam penulisannya, walau begitu.. resepi yang dikongsikan sangat mudah dan sentiasa elegan...

HaSue: I Love My  Life

Buat blogger I LOVE MY LIFE, happy birthday teman.... Moga dimurahkan rezekimu, moga dipanjangkan usiamu... Moga sentiasa gembira bersama keluarga tercinta


(auto post, tuan rumah tiada)

Model Rumah Mesra Rakyat SPNB

Disebabkan banyak pemintaan berkenaan model rumah mesra rakyat.. ku kongsikan dengan sahabatku yang lain...... Dibawah merupakan model rumah generasi ke2 kawasan Felda Sungai Sayong

Nilai rumah RM65,000.00. Kerajaan membayar RM20,000.00, manakala pemilik rumah perlu membayar baki secara ansuran bernilai RM150.00 pada setiap bulan.....



(auto post, tuan rumah tiada)

Salam Penghulu hari sahabatku..


Semakin hampir bulan ramadhan.. semakin dekatnya kita dengan bulan yang mulia, seeloknya lakukanlah solat sunat dimalam hari, dan perbanyakkan sedekah disiang harinya selain melakukan sunat puasa.. Moga bekalan kesana seimbang dengan bekalan didunia.. Amin


Kerja-kerja mengambil tempahan dibulan syaaban yang sentiasa dipenuhi majlis kenduri doa selamat dikampung terdekat menyebabkan diri ini semakin jauh dengan dunia blogging.. Maaf selori buat sahabatku yang lain....
Akan ku usahakan menyapa kalian di rumah masing-masing, Insyallah.. Jika tidak berkesempatan, ampun maaf ku pinta.....


PS: pagi ini, selepas ke kubur, ku akan ke sekolah Umai, ada HARI TERBUKA untuk peperiksaan pertengahan tahun.. selepas itu terus ke Hospital di Johor Bahru, untuk rawatan susulan suamiku tercinta... Insyallah.. bertemu kita di muka buku (FB) kerana daku akan sentiasa update statusku diFB sahaja

Thursday, June 21, 2012

Happy Birthday Blogger MAK ET



Assalamualaikum, 
Salam 1 Syaaban buat sahabatku yang beragama islam... kebetulan 21 Jun 2012 hari ulang tahun kelahiran sahabat alam mayaku Mak ET, blogger Setiap detik dan Langkah satu kisah.... Buat beliau moga yang baik-baik buat beliau, moga murah rezekinya dan dipanjangkan usianya.. Amin

(kenangan: kiri ke kanan,daku, Blogger Kak yatie, Blogger MAK ET dan Blogger Kak Yus)

Mak ET, merupakan blogger ke dua yang ku bertemu dialam Nyata selepas bertemu blogger Ben Ashaari dan Blogger Azila di teratak CMG pada 28 MEI 2010, masih ingat edisi rombongan ku ke sedenak?, sila KLIK SINI, senang hatiku bila ku update perlawaan untuk ke sedenak... Mak ET dan family bersetuju...

Moga persahabatan kami semua kekal selamanya...

Photo: Rehat sekejap..... Terima parcel dari Saodah HLasim.. Mak su... Thanks. Ayu beli
Dan terima kasih bt Rozita Abu Bakar.  kurma. Amway.. Dah ku terima.
(semasa menyiapkan tempahan KEK MARBEL Butter coco dari sahabatku, ku terima 2 parcel, 1 dari blogger MAK SU dan satu lagi pembelian kurma Amway, semakin hampirnya nak berpuasa)

Wednesday, June 20, 2012

Wordless Wednesday: Gigih ambil tempahan



PS: alhamdullilah, maha suci Allah.. Resepi?sila KLIK SINI

Tuesday, June 19, 2012

Kesibukkan??


Assalamualaikum sahabat alam mayaku, buat follower yang baru dan paling utama follower setia Citarasa Rinduan, 3 hari yang sibuk, dengan tempahan dan sentiasa memperolehi rezekiNya, buatkan keterbatasan daku untuk online di lappy lama-lama.. Jujur aku rindu kalian semua!!!



Menerima Parcel dari Miri, Sarawak.. terus hati ini melonjak keriangan.. Penatku di Citarasa Rinduan, melenyapkan segalanya,. Pembelian online dengan bakal ibu muda dan usahawan online berjaya minggu lepas buat hari selasaku indah-indah belaka, Buat beliau terima kasih DINI, kak suka sangat2...

Permberian cenderhati berupa gelang (gambar diatas) rupanya bukan hanya tanda ingatan biasa, namun istimewannya gelang itu 100% sama dengan kepunyaan DINI.. (kembar a.k.a sepasang). Terharu dan gembiranya daku

Buat sahabat yang suka membeli barangan secara online jom.. KLIK SINI, macam-macam barangan ada dijual....

***********

Teman-teman FB, seperti Shida a.k.a kakakecik, Sunah Muhamad, Kak ES (pasir Gudang), Puan Awin a.k.a puteri Katek,Blogger Lydia Mirza... senda gurauan kalian di FB juga penyebab hati ini meronta-ronta mahu update blog... terharunya daku

Akhir kata.. buat semua teman-teman yang membaca entry ini, tahniah kerana sudi menjadi sahabat alam maya daku.... Terima kasih semua

♥ Qครєђ ๔คℓเค ค๔єℓเค ♥
PS: selamat hari lahir buat Blogger Qaseh Dalia Sufura, Moga kamu dirahmati, moga kamu bahagia selamanya..... Ehemmmm.. agak-agak blogger MK Syahir baca tak entry ini?

Sunday, June 17, 2012

Kunjungan blogger Alam Sari ke CItarasa Rinduan


Istimewanya Citarasa Rinduan di hari minggu bersamaan 27 Rejab, di datangi blogger masak-masak yang sangat baik hati dan sempoi sekali, mengenali beliau sejak 2 tahun nan lalu, terus terpaut dengan keikhlasannya bersahabat denganku, mungkin keserasian bersama-sama dalam mengolah entry daku tangkap leleh (eh!!!! beliau kan bekas penulis akhbar.. hihihihi)
Bukti kunjungan beliau iaitu Blogger Alam Sari, ke teratak CR pada jam 12.30 tengahari, yang buat ku terperanjat sebab beliau selamat sampai tanpa sesat jalan.. Tahniah, ER u memang super duper!!!.... Lagipun Yaya yang manis dan lebih tinggi dariku.. buatkan pertemuan tadi berseri-seri...

Kalau korang nak tahu macamana nak cari maps Citarasa Rinduan, korang boleh KLIK SINI, kannn??? senang tu..

(ER, dari kiki yang menjauhi kami, maklumlah.. tak sedar bila mereka sekeluarga mahu undurkan diri, daku terlupa nak snap gambar bersama-sama, diikuti gambar Yaya, Kak Yus dan daku...)

Buat kak Yus, terima kasih atas kunjungan kalian ke teratak CR, rasa indah dan bahagiannya, bila menerima kunjungan sahabat blogger..

Maaf berlori atas kekurangan layanan, dan kebetulannya CR menghadapi masalah pekerja. 


PS: korang nak mencuba In Jar Cake kak Yus? jom.... PM di FB beliau, Kak YUS menguruskan perniagaan cake comel tersebut tau... (daku cilok dari FB beliau, thanks) 

Happy Bitrhday Blogger Sinar Raudah


Selamat Ulang tahun kelahiran buat blogger Sinar Raudah yang ku tiak Amy Syaquena pada 17 Jun, Moga dimurahkan rezekinya, moga dipanjangkan usiannya...
www.sinarraudah.com

Mengenali beliau, hatiku begitu betuah sekali... hinggalah perkenalan alam maya disambung ke urusan perniagaan, masih ingat pengalaman daku beli handphone Note bersama beliau? jom.. KLIK SINI..jom kenal beliau...


PS:keratan akhbar KOSMO halaman 54 EGO LELAKI SURI RUMAH 17 JUN 2012, Jurnal tentang blogger BEN ASHAARI.. jom sama-sama kita dapatkan. (belum sempat snap gambar akhbarku sendiri, cilik dari FB BEN.. hehehe)

16 Jun 2012 Pertemuan dengan Baby Qhaliff Ben Ashaari


Salam 27 Rejab sahabat, moga yang baik-baik sahaja yang akan berlaku pada hari ini.. Amin
Semalam, merupakan hari yang paling teristimewa apabila En Zalie mengajak daku sekeluarga ke teratak Cik Mat Gebu disedenak, pelawaan dari Ben Ashaari terus kepada suamiku tersayang membuatkan hari sabtuku yang indah-indah... Terima kasih Abang.


Lihatlah aksi Qhaliff anak kepada blogger Azila dan Ben Ashaari pada pertemuan semalam, geram dengan keletah baby berusia 2 bulan yang dah pandai mengajuk bila berhadapan dengannya, Qhaliff yang bijak dan kacak.. Terima kasih kepada Tuan rumah iaitu Cik Mat Gebu yang sentiasa melayan kami sebaiknya, senyuman Bak kepada kami, keramahan Mak Yah sentiasa segar diingatan .. Di tambah hidangan yang beraneka rasa... Sedappp

Kenangan bersama baby Qhaliff tidak akan dilupakan sampai bila-bila.... (Qhaliff doakan cik Ayu pula mengandung ya..)

Jua ucapan teristimewa buat kesemua blogger antaranya blogger SIN LIN, SUE JOSHUA, KAK YATIE, CIKALI,QUEACHMAD DAN GENG WHATSAPP (Link tak sempat nak bubuh, maaf berlori) dan kepada blogger lain-lain dari belah Kuala Lumpur yang bersama-sama meraikan suasana, pertemuan yang kusangkakan biasa-biasa, rupanya meriah sekali... Dan maaf apabila ku pulang awal disebabkan pelbagai perkara yang wajib didahulukan.....


Air tangan Cik Mat gebu yang sentiasa sedap,,, (paling hadapan Apam dot-dot kak Yatie Sinar kehidupanku yang lazat). Blogger KASAWARI dan isteri, terima kasih sama-sama meramaikan majlis, maaf ku terburu-buru pulang hingga tak sempat nak berborak panjang

Untuk entry sahabat yang lain,
BEN ASHAARI
KAK YATIE
CIK MAT GEBU
CIKALI
QASEH
SUE JOSHUA
MK SYAHIR
FIZA FANTAGIRO
SIS LIN


(entry akan diupdate lagi apabila link-link blogger lain di kemaskini)


(17 Jun 2012, dapatkanlah akhbar KOSMO hari ini, baby Qhaliff dan Blogger Ben Ashaari diwawancara sempena HARI BAPA, selamat Hari bapa untuk semua yang bergelar AYAH)

Saturday, June 16, 2012

Daku dapat apron, masterchef kah?


Pagi tadi dalam jam 7.15, daku yang tersangat kelam kabut menguruskan Citarasa Rinduan, dikejutkan oleh abang Skynet, Eh!!! kiranya kejutan yang membuatkan hatiku tidak senang duduk di dapur.. Yalah kan, awal pagi tu....

Bila ku pandang akan parcel yang berbungkus sampul surat putih.. daku terus cari alamat.. wah!!! kiriman dari Pahang, Kuala Lipis tu.. mesti ada kaitan dengan penyanyi terkenal Dato CT, peweeett.. kikikikik

Bila ku lihat isinya, Yuhaa!!!! apron merah yang sangat cantik, siap ada renda-renda lagi... daku suka.....
buat pengirimnya, Kak Tini, terima kasih daun keladi, Apron tersebut dah selamat di gunakan olehku didapur..
Cantik kan?? (bukan aku, tapi apron yang ku gayakan)

Nak kenal kak Tini dengan lebih dekat, jom.. klik SINI, dan sebenarnya, apron yang ku perolehi itu merupakan hadiah sempena GA beliau.. Kak Tini, Insyallah.. ayu akan guna sebaiknya...


PS: keletihan yang amat... nak tidur awal, esok ada meeting perniagaan..


Thursday, June 14, 2012

Tazkirah sebelum masuk tidur






Copy Paste dari FB sahabat....
PS: tidur awal sedikit, esok banyak urusan.. nak ke ASB Johor Baharu Jalan Segget, agak2 kalau tak ada urusan penting, tak jejak bandar JB lah daku...Selamat malam semua

Happy birthday Buat blogger Yana (mama maman)


Mengenali blogger ini, walau belum bersua muka, ku tahu.. dia seorang mama yang baik hati, berpendidikan dan sentiasa berkongsi cerita tentang kisah kehidupannya bersama anak tersayangnya Maman..

Kebetulan hari ulang tahun kelahirannya jatuh pada 14 June, ku sebagai sahabat alam maya, mendoakan agar segala impian yang dihajati untuk dirinya, suaminya dan anaknya akan terlaksana.... Amin
(gambar ku ambil dari FB beliau, aksi mama yana dan Maman yang sentiasa happy) I Like

Buat blogger Yana, Happy birthday teman.. Moga diberi kesihatan yang baik-baik.. Semoga bahagia selalu..