Assalamualikum, selamat malam sahabat... Kisah hari ini amat memenatkan, namun ku bersyukur semuanya dipermudahkan olehNya, moga Dato dan rombongannya makan dengan berselera, rancangan akhir tak berjalan seperti yang dirancang, DATO terpaksa memohon segala makanan yang dimasak dibungkus ke tempat yang DATO patut dijadualkan...
Tak terkilan pun hati ini kerana menerima panggilan telefon beberapa jam kemudiannya Dato mengucapkan terima kasih atas hidangan yang lazat.. Syukur, lagilah semua kesemua bekas-bekas makanan dipulangkan dengan isinya kosong.. Terharu
Walau letih, tetap gigih menyediakan menu kegemaran anakku Nur Umairah.. Sosej Ayam buat santapannya, lepas siap mandi malam ku terus bergegas menguli Doh roti... Nak syer resepi agar kalian dapat menyediakan untuk anak-anak yang gemar akan menu ringkas ini
Bahan-bahannya Doh:
a) tepung roti 500g
b) tepung bread improver 1 sudu teh
c) Air 2 cawan
d) minyak atau mentega 50g
e) Yis maripau kering 11g
f) sedikit garam
g) Gula 3 sudu besar
h) telur sebiji
i) susu tepung atau susu cair 70g
Bahan-bahan untuk kilatan kulit:
a) kuning telur
b) sedikit air
c) berus
d) bijan
Bahan-bahan isi:
Sosej ayam atau sosej Daging
(bila si kecil yang minta, maka wajiblah gambar roti sosej ditayang bersama tuan badan)
Cara menyediakan
a) kembangkan Yis dengan air suam.biarkan seketika, masukkan telur dalam mangkuk, tuangkan majerin/minyak,gula,susu,garam uli bersama tepung roti dan bread improver sedikit demi sedikit.
b) uli dan masukkan sedikit demi sedikit air yis. Uli sehingga doh naik.
c) buat bulat, leperkan dan balut sosej ayam/daging didalamnya, kelar atasnya
d) Kilatkan kulit atas dengan bahan kilatan telur dan air dan taburkan dengan bijan
e) Panaskan Oven dalam 190c, selama 20minit
f) selamat mencuba.
**menu tempahan ada 2 jenis yang tak dapat ku ikuti kehendak DATO, ikan baung lemak cili padi ku tukar dengan ikan patin cili padi, manakala udang galah yang dipintanya ku tukar dengan udang harimau. Mujur DATO memahami kerana masalah bahan mentah yang sukar ku temui..
Terima kasih buat semua sahabat yang telah ku minta tanpa malu untuk bertanya tentang bahan mentah itu,
Terima kasih buat blogger tersohor yang sudi memberi idea untuk memasak ayam hutan.
dan terima kasih buat blogger terkenal yang sudi membuat kejutan waktu aku sedang menghadapi masalah, rasa sangat2 dihargai..
Terima kasih semua**