Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Tuesday, February 1, 2011

Isu harga minyak naik??, apa pun ada altenatif lain teman-temanku……..

Salam malam selasa sahabatku sekalian, maaf lah lambat sedikit aku online untuk 1 febuary 2011….

Kisah ku untuk berkongsi bersama tentang pengalaman pada awal febuary amat banyak sekali..lebih-lebih lagi aku pergi ke Jabatan imegresen di johor iaitu di taman setia tropika, kempas, johor….

Namun, pengalaman itu akan ku buat entry khusus untuk berkongsi info dan tips dengan kalian semua..


**************************************
Cuma, aku suka untuk berkongsi pendapat tentang harga petrol RON97 naik entry sila klik siniRON 97 (minyak yang agak berkualiti tinggi untuk jenis kereta berkuasa tinggi seperti evo,skyline dan lain-lain jenis kenderaan yang mahal harganya, dan kelajuan pecutanya berbanding kereta yang lain.)

Bila sahaja isu harga minyak naik, semestinya….ramai yang tepuk dahi dan menuding pada sebelah mata sahaja..tanpa terpikir risiko pendapat anda bakal di kritik secara hebat atau disokong oleh sahabat anda

Terus terang ingin ku katakan, hal minyak naik adalah masalah ekonomi Malaysia, ramai yang pakat hentam sebelah pihak, ada yang siap dok kongsi pendapat nak tukar pangkah time pilihanraya…terpulang…itu hak anda……aku pun bukan orang politik, hanya blogger kecil di pinggir jalan...

*******************************
Aku? Pun sama-sama rakyat Malaysia……agak terkejut dengan kenaikkan harga minyak…….Cuma aku tak guna jenis minyak RON97, belum mampu lagi nak pakai keter mahal-mahal……..guna disel dan RON95 sahaja……
 kereta minyak ron95PIC, kredit to google
Kalau harga minyak tetap akan naik, rasanya akan datang nak ke pasar aku jalan kaki sahaja, basikal pun ada…boleh kayuh..so sihat lah jugak, dari hidupkan enjin kereta yang jarak kedai runcit hanya 500 meter….

Kalau susah gak, untuk sahabat di luar..apa kata kita pakat naik bas, atau kongsi kereta dengan kawan-kawan satu opis, atau gunakan pelbagai jenis kenderaan awam sepeti LRT dan lain-lain…..

PS:Insyallah, kita rakyat Malaysia, tak perlu salahkan mana-mana pihak,,,,bersyukurlah dengan tahap ekonomi Negara kita, kerana akal rakyat Malaysia lebih bijak dari rakyat Negara lain di bumi tercinta…kan? Kan?


13 ulasan:

IMANSHAH said...

salam

saya berkecuali dalam hal ini. Sya pengguna RON 97 sejak dari dulu. Rasanya kajian dibuat, takkan kerajaan nak kalah pilihanraya. Pilihan ini sahaja yang ada

Shaizul Sapar said...

harga minyk pasti akan naik kerana bhn mentah semakin habis. cuma yg sdg berlaku d malaysia adalah pengolahan pemberian subsidi kerajaan. skrg digelar penyelarasan, padahal bermksud minyk naik.

Unknown said...

salam...

ooo..cikgu guna RO97 rupanya...

PS: syukur dengan apa yang ada...takkan hal ini kita nak berbalah sesama kita, nak lari kemana kita kan?
rakyat Malaysia,so......pilihan anda hak anda....

Unknown said...

dakwat basah..
thanks perkongsi pendapat....
lagilah saya nie perniaga

harga bahan mentah naik, saya tetap tak naikkan harga..
mungkin untung rugi masih belum ditahap merbahaya..

insyallah..selagi bergelar perniaga...sedikit sebanyak bolehlah saya bersedekah sedikit kepada pelangga setia citarasa rinduan

Muhamad Zaki Zafir said...

saya kurang setuju kak..bygkn kalau ibu mengandung memimpin 2 org anak kecik menaiki bas di pagi hari utk ke kedai dan mnghantar anak ke sekolah disebabkan tidak mampu utk berkereta lagi apabila minyak makin naik makin naik.mampukah dia? dlm hal ni, kita perlu melihat secara menyeluruh.kalau saya sendiri pun, masih lepas lagi, tp ibu2 yg saya katakan tu tidak.

Unknown said...

salam zaki...

terima kasih berkongsi pendapat..

kalau ikutkan skop yang zaki katakan itu sama juga dgn situasi kak ayu yang ada anak..dan hantar anak ke sekolah...

kita rakyat malaysia, kuasa macamana kita nak lakukan kalau kenaikkan harga adalah bergantung kepada keupayaan ekonomi sekarang..

minyak satu kemestian...
kita bangkang macamana pun tetap naik kan?

dahulu dah biasa bersenang, sekarang kena ubah cara kita...jimat cermat...

Muhamad Zaki Zafir said...
This comment has been removed by the author.
Muhamad Zaki Zafir said...

salam kak ayu.. :)

kita berda di golongan pertengahan.tp kalau golongan bawahan yg sudah habis berjimat, nak berjimat dan menggandakan usaha yg mcm mana lg supaya mereka dpt menampung hidup? :)

Unknown said...

insyallah..
kita warga perhatin..
banyak tabung yang ada..baitullmal, JKM..
alhamdullilah..guna saluran yang betul

dan...kak mohon kawan2 semua menghulurkan sedekah kepada yang memerlukan, sedikit namun, dengan pengiraan dari yang ariff mereka bakal menikmati keselesaan yang sempurna...

insyallah

Muhamad Zaki Zafir said...

insyallah, sama2 kita membantu mereka yg memerlukan..

risau kwn2 di mesir.kwn2 sekelas shj dh hampir 10 org di sana. :(

Unknown said...

kak pun sedih dgn keadaan mereka disana, ditambah dgn saudara mara dan keluarga yang tak lena dik nak tahu berita terbaru mereka..

dengar2 mereka dah dipindahkan ke negara yang berhampiran dgn mesir

kak sentiasa mendoakan sahabat zaki disana selamat...insyallah


zaki...sila ke blog ini...banyak info ttg pelajar mesir

http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

Kalamhati said...

Ayu..
saya pun kdg2 bg minum RON97 kat myvi sy tu..hehe nak jalan jauh rasa best sket..smooth je

Unknown said...

kalamhati..

jom kita buat minyak sendiri..hehehehe...

selamat bercuti cikgu