Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Friday, September 9, 2011

Majlis Hari Lahir Umai, Rewang, Cari bahan Mentah untuk citarasa Rinduan.. Sambutan Raya.. (Sibuknya aku!!)


Assalamaulaikum..
Salam penghulu hari buat sahabatku…
Hari ini, walau citarasa rinduan tutup.. namun jadualku agak padat.. menguruskan majlis hari lahir anakku Nur Umairah dari jam 9.00 pagi-11.30 pagi, barulah majlis selesai.. dengan bantuan pekerjaku dan bantuan beberapa orang guru. terima kasih semua...


Kata pengetua sekolah TABIKA KEMAS, hari ulangtahun kelahiran Umai disambut meriah.. ku jawab.. rezeki anakku, rezeki buat kawan2 Umai dan rezeki  cikgu yang mengajar anak2 di sekolah Tabika.

Akrabnya, anakku dengan ayahnya... ceria wajah Umai bila ayahnya datang walau majlis sudah berjalan separuh jalan... kehadiran ayahnya memang Umai nantikan.... SAYANG abah Zalie!!


Ku hulurkan beberapa makanan ringan dan minuman, jua duit raya buat sahabat2 Umai…. Budak2… bila dapat sesuatu dari seseorang, lagilah berupa barangan yang mereka sukar perolehi, melonjat kesukaan tak terkata… pelajar lelaki ku pakaikan topeng, manakala pelajar perempuan ku pakaikan topi.. comel-comel rupa mereka..


Seterusnya, ku bergegas menghadirkan rewang bagi sambutan hari raya peniaga jentera F SUNGAI SAYONG untuk tahun 2011.. aktiviti rewang yang sentiasa mengeratkan hubungan kekeluargaan kampung kami yang menjadi perpaduan rakyat..
Tema malam ini santai.. hanya berbaju melayu dan kurung, manakala jemputan VVIP hanya DATO ADHAM BABA dan beberapa AJK tertinggi jentera FELDA..
Ku ambil masa sekejap untuk update blog, sementara menunggu en zalie pulang dari solat jumaat.. nak cari bahan basah untuk citarasa rinduan… perlu ke pasar yang jauhnya memakan masa 3 jam pergi dan balik….
Ku perlu percepatkan masa kerana, malam ini majlis SAMBUTAN HARI RAYA perlu didahulukan…Masih tak dapat nak BW ke blog sahabat yang lain... doakan semuanya dipermudahkan ya..


PS: nampaknya, ku tidak dapat menghadirkan diri ke majlis kesyukuran anak blogger SINAR KEHIDUPANKU di taman U, skudai.. Semoga anak beliau yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti luar negara berjaya dengan cemerlang disana, dan sentiasa selamat pergi dan kembalinya ke tanah air.. Amin…


13 ulasan:

faraherda.razalan said...

Mmg comel2 la budak2 tu Ayu. Sy nie dahlah suke sgt dgn budak. Hehehehehe. Teringat Aydin lak...

Unknown said...

mommy fara--
tadi ayu jadi cikgu sementara .. hahhahah.. kawal budak2...
aydin siapa? anak fara ker?

Unknown said...

wahhh...meriahnya....mst umai rasa terhutang budi sgt kat ibu dia kan..

Kakzakie Purvit said...

Kakak lagilah suka kalau rai budak-budak macam ini. Syok je.... Umai... happy birthday ye sayang...

Maya Mayana said...

Ohh rupa2nya diri ini masih diingati...terharu...semoga kakak tabah jua mengharungi hidup ini...Tuhan tak kan menguji hambanya jika kita tidak kuat mengharungiNya...semoga kak Ayu sekeluarga sihat2 dan dimurahkan rezeki selalu...Amin...terima kasih jua atas doa akak yer...

Qaseh Suhaida said...

selamat hari lahir umai

NadiRah said...

nak kek!!!!!!!!!!!!

fatin said...

sy kagum dgn kerajinan citarasa rinduan..

wahida said...

hepi beday umai...meriahnya beday dia...

meh auntie nak cium sikit..
muahhh!!

azieazah said...

Selamat Ulangtahun Kelahiran to UMAIRAH, moga menjadi anak yang cemerlang, dan mengenang jasa ibuayah.

Tahniah buat AYU sekeluarga kerana terus berusaha menjadi ahli masyarakat yang baik dan dihormati.

Jauhnya cari bahan mentah? Murah eh? Semangat kena kuat tau!

Sis Lin said...

Sian Ayu..terkejar sana sini dia..

takpe ayu, rezki kita, janji apa yg kita bt sendiri puashti..!

take care ayu.. :)

Kayu Manis said...

selamat hari lahir utk budak comel tu..

Mas said...

happy birthday umai cayang...
moga membesar dengan sihat dan cergas dan menjadi insan berjaya dunia dan akhirat....

meriahnya majlis...
seronok mas tengok tau..