Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Friday, September 23, 2011

Doa dan amalan untuk mendapakan Zuriat


Salam pagi jumaat sahabatku semua…sekejapnya masa berlalu.. hari ini citarasa rinduan tidak beroperasi, jadual ku akan dipenuhi dengan temujanji en zalie dengan doctor… sudah tiba masanya jadual kami padat dik temujanji demi temujanji yang telah dibuat sebelum ramadhan lagi..

Saat ini, ku bermohon agar 1 hari nanti akan ada zuriat buat kami… selain usaha, selain petua yang kami amalkan.. ada jua amalan berkaitan dengan doa yang kami amalkan…
Ku kongsikan dengan kalian doa amalan kami untuk mendapatkan zuriat …. Kami usaha, Insyallah..


Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh

- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.


PS: Doa ini kupelajari dari Ustazah Siti Nur Bahiyah..semoga usaha yang kita lakukan sekurangnya membuahkan hasil.. Insyallah

22 ulasan:

Mas said...

Assalamualaikum ayu..
salam pagi jumaat..
insyaAllah...
mudah2an Allah cepat2 kurniakan lagi cahayamata buat ayu dan en zalie..
teruskan usaha yerk....

Mama Hanim said...

Insya Allah ada rezeki. Semuanya urusan Allah. semoga segala lancar n baik utk ayu sekeluarga.

Tq kongsi info.

Unknown said...

mas--
waalaikumusalam Mas
amin...........
ayu pun mendoakan moga zuriat mas bertambah2..
semoga Allah mendengar doa2 kita.. amin

Mama hanim--
amin.. terima kasih...
moga pengkongsian ini di kongsi bersama2

Kakcik Seroja said...

Semoga Allah mengabulkan doa Ayu dan suami. Semoga juga Umai akan mendapat adik. :)

Hudalatip said...

insyaallah ayu..didoakan semoga urusan dipermudahkan olehNYA dan ada rezeki untuk menambah cahayamata..

Unknown said...

morning..abah skrg put on hold dl kot..hehehe..nice sharing

Cik Pulau said...

selamat pg sis..
yang amalan kedua tu sy pernah dgr gak dari ustazah bayhah..

insyaAllah, kalau ada rezeki, dapat la nnt kak Ayu..

^^,

gadisBunga™ said...

saya penah baca petua, taugeh boleh membantu. makan mentah buat ulam.

lagipun saya mmg suka taugeh. :)

bujal X said...

saya save entri kak ayu ni~tq kak~~

Unknown said...

info yg sgt berguna

Kayu Manis said...

bagus info ni,nak bagi kat adik la,dah lama kawin belum di kurniakan anak..

Rozita Ceritaita said...

alhamdulillah bagus ni ayu.. ita kongsikan dengan kawan2 opis yang masih mencuba ni..

Anonymous said...

tq ayu...petua yang sangat bermanfaat..!!

Anonymous said...

semoga Allah permudahkan segala urusan ayu & suami :)

faraherda.razalan said...

Sy suke sgt info2 mcm nie. Terima kasih Ayu sbb share!

Ibu Muda 30series said...

moga ada rezeki sis nanti :)

aminn

eelobor said...

Insya Allah.....

munna said...

InsyaALLAH ada rezeki buat Ayu nanti ..munna doakan...

Unknown said...

semoga tercapai impian kita..:)

azieazah said...

Mula-mula berniat dan berazam. Kemudian berusaha dan berikhtiar tanpa putus asa. Berdoa tidak putus. Tawakal dengan redha.

Selebihnya, menerima dengan ikhlas.

InsyaAllah. Jangan tertekan ya.

Comel gambar UMAI masa baby dulu... geram nak cubit

norinaomar said...

terima kasih atas perkongsian ini kak ayu..yang baik kita kongsikan ye

Nur-nba said...

Terima kasih Ayu kerana berkongsi. Doakan Kak Nur juga ye cepat2 dapat zuriat.