Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Saturday, April 30, 2011

Babak Mandi..........AMRAFAHAN: Cerita Mengarut aku...


Makonah rasa lama benor kudin dalam bilik air. Makonah dah kepenatan tunggu Kudin bersiram...

Tadi dah mandi, nie mandi lagi...rungut hati si Markonah diam-diam.... ditepeknya bedak di seluruh kulit mukanya, dah macam tepung gomak bila dia tatap depan cermin...

Ala.... sesekali nak melawa depan kudin apa salahnya...kan?? si Makonah cakap sorang-sorang, macam tak pernah berias untuk kudin......

Makin lama, makin menjadi ghairah si Makonah.... terus di tenyehnya lipstik jenama ABC di bibirnya... tebal.. merah menyala macam warna bibir orang tertelan cili padi...walhal tak pernah si Makonah guna lipstik ABC tu... tapi untuk kudin apa salahnya??

***************

Tiba-tiba  Makonah teringat babak mandi dia dengan kudin petang tadi...

Pada mulanya, Kudin takut nak mandi dengan Makonah... tapi, Makonah bijak susun strategi... dipujuk-pujuk hingga kudin berani nak mandi sama-sama makonah...

Wah!!!!!!!!

Pertama kali kudin sudi mandi bersama Makonah, Makonah tersenyum-senyum bila kudin turuti apa hajat Makonah... sebenarnya dah lama makonah ingin kudin mandi bersamanya.... bersiram sama-sama... bergurau senda sama-sama...makonah ingin kudin gosok-gosok belakangnya... tolong shampo rambut makonah yang panjang macam filem Hantu Kak Limah Balik Kampung....... keras kejung macam mee kuning yang makonah beli kat kedai Apek Chai...

Yelah.... 3 tahun berkawin.. kudin jarang dirumah.. asyik bawa lori kontena dari singapore – bukit kayu hitam..

Tapi...
Bila makonah dah siap bersiram... kudin tak bantu makonah sental belakang badan guna sabun, Makonah pelik... Makonah sental pakai sabun buku di depannya....sental sorang-sorang...

Laki aku nie,... awat dia dah ada perempuan lain ker??? Tak ingin nak bermesra dengan aku.. dah mati pucuk agaknya... Baik aku mandi sorang-sorang.. bebel makonah dalam hatinya. Kudin hanya berdiri tegak menghadap pintu bilik air,.. jauh sekali nak pandang Makonah bersiram.

Babak mandi petang tu jadi sepi....babak mandi itu tak berjalan seperti apa yang makonah impikan..babak mandi pertama kali dalam hidup makonah berakhir tanpa tinggalkan kesan yang berahi....

Makonah tekad kalau kudin keluar dari bilik air dia nak soal habis-habisan... dia nak kudin luahkan....

**********************

Prap!!!!

Daun pintu bilik tidur Makonah di tolak dari luar...

Makonah, terus ambil peluang... jalan ala-ala perempuan gedik... biar kudin sayang pada Makonah...kiri ke kanan punggung lebar Makonah bergoyang.... bergegar bilik tidur mereka....Makonah rasa macam model 
Baywatch.... dengan baju tidur tipis dan berkain batik lepas...

Kudin sapu mukannya dengan tangan kanannya...berpeluh-peluh dia pandang isterinya yang comel, dia tahu.. makonah takkan lepaskan peluang.... kudin tahu, Makonah nak luahkan..

Abang!!!! Konah nak Tanya nie??

Sah!!! Kudin cakap sorang-sorang.... apa aku nak jawab nie?.. tadi dalam bilik air aku dah puas karang ayat... tapi.... kalau aku biarkan mesti aku tidur luar malam nie... kalau tidur luar.. jawapanya aku kena tidur dalam lori.. aku tamo......sakit pinggang aku.... aku tak rela..

Yer sayang,... tanyalah.. abang tak kisah.... (nekad kudin.. aku kena jawab yang betul. Yang benar, sebenarnya.. biar Konah tahu apa yang berlaku)

Kenapa abang tak sudi nak melakukan babak mandi bersama Konah tadi?? Abang dah tak sayang Konah ker??? Sampai hati abang. (Makonah dah start berlakon.. mengalahkan Fasha Shanda berlakon, mencurah-curah air mata palsunya....)

Sebenarnya... kan bilik air kita tu kecil... tengah-tengah ada perigi... abang takutlah kalau ada mata-mata memandang... lagipun buang tabiat kita nak mandi kat luar halaman...kalau bilik air kita tu macam dalam hotel tak apa,  ini macam zaman batu....keliling cover dengan zink berlubang-lubang..memang abang tak sanguplah Makonah oiii....

Makonah makin kuat menangis,. Meraung sorang-sorang.. dia tahu.. babak mandi yang dia mahu takkan tertunai...wawawawawa........


PS: ini cerita mengarut aku untuk contest Amrahan ............ jom join sama-sama...sila klik sini..ada hadiah menanti tau.. rugi jalau korang tak sertai.....
( aku kena tidur awal.. hari nie citarasa rinduan dipenuhi pelanggan.. maklumlah cuti 1 mei.... mata penat, fizikal letih.. selamat malam sahabatku semua.)

Friday, April 29, 2011

Walau masih letih....

Selamat malam sahabatku semua..

Mata ingin menatap lama lappyku ini.. inginberkunjung ke blog kalian.. namun. Selepas balik dari TJMART (belanjer basah untuk citarasa rinduan) aku terasa amat letih sekali.. Hajat nak layan Maharaja Lawak.. rasanya tak kesampaian kot... tonton jerlah ulangan esok-esok...heheheh

***************

Walau masih letih... dalam jam 6 petang masih ku gagahkan diri untuk memasak menu sihat en zalie.. sayur bayam bening tanpa bahan asid urid, ku tambahkan sedikit carrot dan sebiji kentang buat penambah rasa... dan ikan ayam-ayam bakar berserta air asam...

***************
Menuku...ikan selar kuning goreng dan sayur bayam bening...aku jenis kurang makan, bukan aku jaga makan... tapi dah terbiasa makan sedikit.. syukur.. kenyang daku.. jam 6 lebih dah makan bersama family tersayang.


PS: selamat malam sahabatku semua... esok-esok aku singgah yer.. nak ucap selamat hari pekerja (BURUH) kepada anda semua...

Korang dah Makan Tengahari?? Lauk apa?? Jom kongsi....

Selamat tengahari sahabatku semua..

Waktu macam nie mesti blogger lelaki di Masjid, manakala blogger wanita sedang cuci mata windos shopping kan........?? atau ada ker yang menghadap komputer di pejabat?? Wah!! Sure banyak kerja, lagilah hujung bulan... kena audit dan buat untung rugi pendapatan syarikat kan??

Aku???

Pagi tadi, selepas ke pusara arwah FIL, aku ke kota tinggi, belanjer barang-barang kering untuk citarasa rinduan...Dalam jam 2.00 petang lori dari syarikat yang aku belanjer tadi, akan hantar barang-barang ke kedaiku... (dapatlah aku update blog sekejap..hehehehh)

*****************
Bila sattle. Belilah bahan-bahan mentah buat masakan tengahari ini..so, teruslah aku masak ala kadar... En Zalie kena makan ikut masa yang betul, jam 12 Tengahari. Alhamdullilah, kami dah makan tengahari sebelum en zalie ke masjid tadi...

Lauk??? Yang senang jer. Tapi sihatlah.. 


 1.       Sayur bening tanpa ikan bilis atau bahan-bahan yang tinggi asid urid
 1.       Ayam goreng berempah bersalut oat


1.       Peria katak goreng telur..

PS:Kalian pula??? Dah makan tengahari?? Jom kongsi lauk pauk anda?, mana tau.. ada resepi mudah dan menyihatkan... bolehlah aku salin resepi untuk menu akan datang..

Dan pemenangnya.........

Assalamualaikum...

Salam pagi jumaat sahabatku semua..

Ku doakan kepada kalian semua dan diri ini dalam kesejahteraan yang baik-baik sahaja..semoga segala pekerjaan yang kita lakukan pada hari ini dan esok hari seterusnya pada hari esok-esok dirahmati olehNya.. amin


Hah!! Semalam aku ada buat satu contest kecil,. Ala-ala teka kacang gitu..

Dan nak umumkan....pemenangnya adalah

>
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
Wah!!!!!!! Tak ada pemenangnya lah.. harap maaf ya..


Kalau kalian nak tahu apa jawapannya.. sila lihat gambar  dibawah.. perhatikan set mana yang en zalie makan?? B kan?? Tapi ayamnya??? Heheheh.. en zalie makan bahagian dada..... (maklumlah. Bahagian itu sahaja yang elok untuk orang diet)





Apa-apapun terima kasih kepada semua peserta yang join contest pendekku itu..

PS: hadiah akan di bawa ke contest teka berikutnya....(Pagi ini nak ke pusara arwah FIL) Al fatihah untuk arwah...


Thursday, April 28, 2011

Kami dating lah...Jom... teka-teka...ada hadiah ooo...

Assalamualaikum..

Salam malam jumaat sahabatku semua..

Semalam lupa pula daku nak syer tentang apoinment en zalie dengan pakar medical dan pakar diet.. keputusan alhamudllilah... en zalie sudah nampak baik dan buruk kesan dari  yang dialaminya akibat kurang menjaga permakanan pada masa lampaunya..

********************

Buat masa ini.. makanan en zalie mestilah yang berkhasiat, diet adalah menu utamanya.. segala makanan seeafood, ikan bilis, pati ayam dan segala makanan yang tidak baik untuk kesihatannya perlu dihentikan serta merta.. manakala, pengambilan manis tidak perlu dibimbangkan sebab en zalie tiada kencing manis.. 

Tapi, kena hati-hati.. mencegah lebih baik dari mengubati kan??

Apoinment mendatang adalah pada bulan Julai 2011...

********************
Oleh kerana terlanjur kami keluar ke hospital, aku mengambil keputusan untuk makan di kenny Rojers Desa Tebrau Tesco. Bagiku disitulah makanan yang sihat yang boleh diambil oleh en zalie.. nak sampai ke rumah.. sudah semestinya makan tengaharinya akan terlambat..

So...... kami dating lah!!!...




Jom.... sekodeng gaya kami dating berdua..




PS:Oh yer.. agak-agak korang mana satu menu en zalie dan menu untuk aku?? Korang jawab A atau B untuk kami berdua yer.. siapa yang teka betul... jeng...jeng.. aku pencinta AVON.. ada sesuatu yang menunggu kalian.. yang pasti siapa yang teka cepat .. dialah yang dapat..

Kesayangan arwah...

Hari ini, en zalie memandu kereta arwah abah...

Jadi, motorku sudah bertukar dengan kereta arwah.. bila aku nak balik solat zohor.. aku terkedu.. aku terpaksa bawa kereta arwah sebab motorku di rumah

Sejak arwah pergi first time aku duduk dalam kereta arwah.. pegang stereng kereta arwah..tersirap peluh menyimbah ke mukaku.. rasa sangat seperti arwah bersamaku..

Arwah sayang kereta ini, baru ditukarnya dengan kereta lamanya tak sampai setahun. Puasa tahun lepas arwah pujuk en zalie, teringin nak pakai kereta macam orang muda katanya...

Ya Allah.. rupanya memang betul... teringin yang arwah maksudkan memang menjadi kenyataan... tak silap arwah pernah drive paling jauh sampai negeri Sembilan..selain pergi ke rumah besannya iaitu ibundaku... di Mersing (tenggaroh)

Cuma, aku sedikit terkial-kial.. kereta ini lain caranya nak pandu.. handbrake tangan kanan bila nak start memandu dan bila berhenti kena tekan handbrake kaki kiri..

PS: agak-agak patutkah kereta arwah dijual semula, lagipun memikirkan ansuran yang mahal, (boleh bayar 3 biji kereta mayvi).. atau ku biarkan dahulu kerana ini harta kesayangan arwah?? Minta pendapat yer rakan-rakanku...

Wednesday, April 27, 2011

Menu makan malam kami....Ikan?? Ayam ?? Eik, mana satu nie!!

Asalamualaikum...

Korang dah makan malam??

Jom, layan menu sihat untuk kehidupan seharian kami..

Ikan ayam bakar, eik!! Korang kenalkan ikan ini?? Aku tiak namanya ikan ayam-ayam... kalau tempat korang apa yer namanya??

Untuk resepi ikan bakar ini, jom.. ku kongsi dengan kalian



Bahan-bahan
1.       
Seekor ikan ayam-ayam, disiang, dibuang segala isi perutnya, dibasuh, jangan buang kulit yer...
2.       Sedikit garam
3.       Sedikit serbuk kari ikan

Cara membakarnya
1.       Ikan yang sudah siap dibasuh dilumurkan garam dan serbuk kari ikan
2.       Panaskan kuali, masukkan ikan ini... tak perlu risau terhangit sebab kulit ikan nie keras ko...
3.       Bakar, terbalikkan 10 minit kemudian, sehingga kering..
4.       Selamat mencuba
Untuk menambah selera, ku buat air asam dengan sedikit campuran limau kasturi.. nak sedap lagi.. jom tambah ulam timun muda..


PS” korang layan drama tv 9 tak?? Tajuknya Isteriku Zulaikha... ada pelakon hebat ko... si khairiah dan si Amani...tak silap nie drama ulangan kot....macam best jer..

Kad Undangan Perkahwinan Zed Zaidi dan Natalia Mustafa kamal

Aku di tag di FB oleh adik perempuan ku... kad undangan perkahwinan pelakon Zed zaidi...kebetulan, zed Zaidi adalah duta O2plus, produk air oksigen berkhasiat...manakala Halim Abdul Aziz tu.. abang iparku....
Kad, sangat sempoi.. nampak macam FB pulak kan??? tarikh majlis perkahwinan pada 7 Mei 2011, betempat di dewan  perdana FELDA... Selamat Pengantin baru kepada mereka berdua...




Yang ingin ku kongsi, adalah rupa sebenar bakal isteri Zed Zaidi. Dan hasil google...... Natalia Mustafa Kamal adalah pemilik gambar dibawah...... kebenaranya?? Wallahualam..( kredit to blogger Ezany)


Kalian sudah bersarapan?Menu apa tu?

Assalamualaikum..salam pagi sahabatku semua.. hari nie hari rabu 27 april 2011

Ku akan temani en zalie ke hospital sultan ismail (HSI), temujanji beliau dengan pakar medical dan pakar diet.....

Semoga hari ini segala urusan kami dipermudahkan.....

Kalian sudah bersarapan? Menu apa tu? Jom.....bersamaku,  menikmati 6 sudu oat dengan air suam... kalau ikutkan tekak, sure aku nak makan mee hoon goreng berserta telur mata goyang ( goreng setengah masak)...... heheheheh


PS” citarasa rinduan, terpaksa di tutup.... akan kembali berniaga pada 28 hb April. Nak sangat beroperasi seperti biasa, namun.. apakah daya??

Tuesday, April 26, 2011

Hoi!!!!


Aku bukan jenis pemarah. Apatah lagi nak hangin satu badan tak bersebab......
Semalam bila ke blog sinar Raudah, Blogger Amy... jua mengalami masalah tentang AKU BUKAN KURANG AJAR OK.. sangat menarik entrynya..siap aku komen cara nak atasi... tapi.....
Bila kena dekat diri sendiri..... alahai.......

Jom, ikuti situasiku pagi tadi dalam jam 8.30 pagi

**********************
Pelanggan:Ambilkan nasi lemak ayam

Aku : sekejap lagi saya hantar ke meja abang
Kebetulan datang customer lain, ku layani order pelanggan ke 2, sambil tanganku lincah menyediakan nasi lemak ayam pelanggan pertama

Pelanggan: hoi.......hoi
(antara aku dengan pelanggan pertama memang jauh, dalam 6-7 langkah. Sebab pelanggan pertama sudah duduk di mejanya)

Tapi...... disinilah punca aku rasa tak puas hati, dan disini bukan aku kurang ajar okey!!

Ku balas dan ku toleh dengan senyuman, walau hati aku geram dan amat benci

Aku : abang, nama saya Ayu, bukan hoi.... ini nasi lemak abang, ada apa yang kurang? (masih ku lempar senyuman, entahlah mungkin senyuman ku itu tak ikhlas, atau senyuman sakit hati)

Pelanggan : eik, (mungkin terkejut...) cik ayu, saya tak mahu kacang dan ikan bilis yer


PS: kalaulah dia beritahu awal-awal. Mungkin kejadian ini tak berlaku... tapi yang paling bengang, sebab pelanggan pertama adalah pelanggan setia., dia tahu namaku... tapi... kenapa mesti guna ayat Hoi!!! Untuk memanggilku?????? Elok bukan jika dia tak tahu namaku.. tiak sahaja kakak, makcik atau nenek!!

Khas untuk Kak Norhayati Berahim dan Lily Haslina Nasir..

Assalamualaikum..daku ambil masa sekejap, tadi baru hantar umai check ke klinik kesihatan...alhamdullilah, belum masuk 4 tahun anakku mempunyai tahap kesihatan yang normal, berat badan 16.7 kg.... lain-lain semuanya okey.. good umai..

*********************
Entry ini ku tujukan buat penulis novel/cerpen/blogger yang ku sukai hasil nukilan mereka.. iaitu kak Norhayati Berahim dan kak Lily Haslina Nasir..hari ini depa masuk paper Metro ko, metro bertarikh 26 April 2011....... tajuk pun best iaitu HARI RAYA PEMINAT BUKU, maklumlah depa baru sahaja bertungkus lumus bersama 
peminat di pesta buku Antarabangsa PWTC minggu lalu

Tahniah kepada mereka,hari-hari aku suka skoldeng blog kak yatie dan kak lily........lagilah blog mereka suka kongsi tentang kisah family, kisah kehidupan mereka...semoga mereka terus sucess dalam apa yang mereka ceburi... jom kita terjah ke blog mereka, DARI HATI KECIL INSAN YANG KERDIL (kak Yatie), dan LILY HASILINA NASIR 

Foto

Gambar diatas, adalah kak Yatie (Norhayati Ibrahim) ehsan dari metro online..

PS: selain mereka,  khas kepada semua penulis novel yang berada di Malaysia..... ku ingin mengucapakan syabas kepada mereka...... kerana duniaku selain Citarasa rinduan. Novel menjadi sumber inspirasi/ilusiku.... hehehehe

Monday, April 25, 2011

Aku rasa muda .... Aku baru 13 - 17 tahun tau!!..


Ehem!!....... tajuk entry daku, melampau eik, hahahha... daku dah 30 an... dah tua ko...

Tapi, just nak syer tentang majalah YEZZ!  (terbitan karangkraf) yang ku perolehi dari skuad ERA tempohari...

Bila ku selak2 majalah nie, peeh.. kurasakan diriku muda, gitu... walau ku pakai tudung sarung, baju t-shirt, seluar sukan.. rasa ngamlah.... daku ala2 muda gitu... huhuhuh

Cover majalah pun sempoi, Fasha dan anak yusof haslam ( si Shamsul).. depa pun bergaya dengan pakaian ala-ala remaja gitu..... soalan dari wartawan Yezz  untuk depa, walau ke arah budak-budak tapi matang oooo... so, depa jawap dengan jawapan yang sangat molek....(eik, awat gambor nie aku tak edit... abaikan...)




Cara majalah nie memperomosikan memang terbaik, berjaya membuatkan remaja suka pada majalah Yezz!.. selain ada soalan dari wartawan kepada para remaja... ada juga soalan dari FB... (kan, sekarang nie pelajar dah ramai ada FB dan twitter?)




Semakin ku belek, semakin suka pulak dengan kandungan majalah nie.... dan akhirnya daku terpaku di ruang si cantik lisa (pelakon popular) dan Mia Sara... depa memang pasangan yang sangat serasi........  walau Mia masih kanak-kanak lagi, Mia bergaya dengan pakaian yang sopan dan sepadan dengan tubuh badannya

 Untuk blogger remaja pulak.... kali nie, majalah Yezz! Memperkenalkan dengan blogger remaja perempuan yang sangat sopan... daku dah follow blog beliau.. memang best ko...... jom.. terjah blog Hahazirah....... bila daku terjah ke blog adik Hahazirah, daku tabik springlah.... peweett.. tahniah dik...SECERIA HATI ZIRAH, blog kamu meleleq lah.....



PS: bila aganya blog kita nak masuk majalah eik???  Masa aku masuk blog Nazirah, dia sudah dilamar majalah REMAJA pulak........ peeh!! 

Sunday, April 24, 2011

Jom makan ais cream Wall`s Fruit Salad

Assalamualaikum..

Tempat korang panas terik tak?? Kat kampung tercinta panas sangatlah..... dan untuk hari ini aku terkantoi dengan ais cream terbaru jenama Wall`s... Fruits dan salad...

Rasanya?? Ngam ko...... enak dimakan begitu saja..... (eik!! Iklan pulak), memang betul.. tak tipu. Rasanya sedap sangat... ada buah-buahan di dalam ais cream terbaru nie... kiranya sesuailah buat basahkan tekak time cuaca panas2... kan??

Kalau korang?,. time cuaca panas korang suka makan apa???? 
Jom. Kongsi makanan/minuman yang menyejukkan.......



PS:Hari ini hari ahad, seperti hujung minggu yang lain..citarasa rinduan di penuhi pelanggan... syukur padamu Illahi, bolehlah buat bayar gaji pekerja dan bayar belanjer semasa..... kalau dulu arwah yang fikir masalah tentang pembayaran lain-lain.. sekarang nie kenalah aku gunakan semula ilmu yang ku tuntut semasa di politeknik, jurusan akaun.... Wah!! Moga-moga dipermudahkan...amin

Saturday, April 23, 2011

Sampaiku lupa aku GAYAT!!

Assalamualaikum..salam hujung minggu sahabatku semua

Panas sungguh cuaca hari ini, kepalaku pun dah naik berpinar-pinar, mujurlah iman kuat tak capai minuman sejuk....so hanya berani minum air ECPI yang ada dalam simpanan... kalau ikutkan nafsu dah lama ku nikmati air manis yang di jual di citarasa rinduan. Namun, bak kata pepatah.. mencegah lebih baik dari mengubati.... kan??? Kan...

******************
Balik dari niaga, MIL mengadu lampu bilik air rumah atas terbakar... EIK!!!!!! Masalah pulak, tapi.. memandangkan tak ada sesiapa yang boleh membantu.... ku kuatkan semangat, walau aku jenis gayat kalau berada di tempat tinggi.... untuk pekara seremeh ini kena ambil perhatian ooo...

Dibuatnya, malam nanti ada yang sakit perut...takkan nak kena turun ke tingkat bawah. ,... ajer terkucil karang..hehehhe

So, ku kuatkan semangat.... naik benda alah nie..... (tangga aliminium, gambar dari google..)... alhamdullilah.. dan akhirnya berjaya jua.....


Perasaanku??? Peeh........... boleh pengsan kalau tak kuat iman....sebelum naik tangga kat dalam bilik air, siap baca doa kesejahteraan dahulu...hehehheh.. yakin BOLEH!!,sampai ku lupa yang aku nie jenis Gayat....hahahha

PS: esok, ada ceramah usahawan di Bandar Nusanjaya, Johor... rasanya, terpaksa ku batalkan hasratku....... family dan citarasa rinduan lebih utama dari yang lain......

Friday, April 22, 2011

Menu makan malam dan Borang A (Pusaka Kecil)


Assalamualaikum..salam malam sabtu sahabatku semua..

Hari jumaat hari bagi penghulu hari, ku isi pagi jumaatku dengan mengziarahi pusara abah mertuaku, kemudian, ku uruskan beberapa perkara, yang berkaitan borang harta pusaka kecil bagi mengantikan nama arwah kepada MIL iaitu borang A, di pejabat persuruhjaya sumpah seterusnya ke majlis tanah daerah kota tinggi....

Untuk sahabatku yang ingin menanyakan beberapa persoalan berkaitan borang A, anda bolehlah menanyakan kepadaku..insyallah, hasil pengalaman yang ku lalui, untuk beberapa hari ini, sedikit sebanyak boleh ku kongsi dengan anda...




Petang, ku isi masaku dengan mengoreng pisang tanduk... memandangkan MIL tak lalu makan untuk beberapa hari ini, ku masakkan ikan kaci masak kari dan sayur sawi Jepun.
Alhamdullilah, walau beberapa suap MIL makan untuk mengisi perutnya untuk makan malamnya, itu amat mengermbirakan hatiku..

PS: dibawah contoh borang A yang ingin ku kongsi dengan kalian..untuk memudahkan kalian sila KLIK SINI



Thursday, April 21, 2011

Skuad ERA dan hari Lahir sahabatku Suryani

Assalamualaikum..
Selamat hari lahir ku tujukan buat sahabat baikku.. Suryani pada 21 april 2011, Sue...teman di saat suka dukaku selama ku berhijrah ke felda sungai sayong..

Ku doakan semoga sue, dipanjangkan usianya di beri rahmat dan hidayat dariNya....dan dimurahkan rezekinya.....

Kebetulan, skuad radio ERA datang ke gugusan felda sungai sayong Kulaijaya, singgah makan ke kedai citarasa rinduan... mulanya aku tak perasan, mujur adik angkatku Zana memberitahu melalui telefon bimbitku...

Terima kasih skuad ERA... dengan cendermata yang ku perolehi berlambak-lambak..... banyak manfaat ku temui dari cenderhati itu............


PS: hilang seketika perasaan sedih yang ku alami, dimana skuad ERA sudi menghiburkan kami, dan meraikan hari kelahiran Sue.....  ... rasanya, sudah tiba aku menceriakan diri....Insyallah...semoga semangatku datang kembali..

Wednesday, April 20, 2011

Ku bukan cengeng......

Assalamualaikum......

Ya Allah, sekuat manapun aku..
Sekuat manapun kudratku...
Apabila menerima pelbagai ucapan takziah dari sahabat handalku...
Menitis jua, airmataku ini
Ku bukan cengeng, apatah lagi merai simpati...
Namun...ku wanita...cair jua penghujungnya

Ku redha pemergian abah
Ku redha setiap ketentuan dariNya
Ku tabah dan ku kumpulkan semangatku...
Namun...ku tahu, DIA maha adil menetapkan suratan/peristiwa yang berlaku

Terima kasih teman, terima kasih sahabatku semua
Anda penitip dan peniup semangatku untuk tidak lemah dimata suamiku
Kerana suamiku tak sekuat dan segagahKu...


PS: hanya ribuan kemaafan ku hulurkan tanda aku malu pada kalian, untuk sementara ini.. ku bercuti dahulu BW ke blog kalian....maaf kerana menghentikan sementara persahabatan istimewa sesama kita.


Operasi sementara

Assalamualaikum...........

Selamat pagi rabu sahabatku semua...

Untuk makluman, citarasa rinduan akan beroperasi seperti berikut

Waktu operasi : 7. 00 pagi – 7.00 malam

Hari operasi : sabtu – khamis (jumaat cuti)

Ini adalah untuk sementara waktu, semoga perniagaan citarasa rinduan, tetap di hati pelanggan setia dan pelanggan yang mengenali kedai makan kami...
Terima kasih

PS: rindu nak BW ke blog kalian, namun keterbatasan ruang/waktu menyebabkan ku perlu bercuti untuk ke blog kalian,dan terima kasih kepada beberapa blogger yang follow blog citarasa rinduan, terima kasih kepada sahabat yang sering telefon/sms kepadaku...jasa baik kalian ku hargai

Monday, April 18, 2011

Belasungkawa HAMIS BIN HJ ABU

Nama: HAMIS BIN HAJI ABU

Tarikh lahir : 22 Ogos 1956

Tarikh ke Rahmatullah : 12 April 2011

Sebab kematian : Demam
*****************************************************************

12 April 2011

Tok...tok..bunyi pintu biliknya ku ketuk..
(rutin setiap pagi, aku akan mengambil wang modal harian dengan mak mertua)

Namun, abah yang buka pintu biliknya, ku terkejut sebab ku tahu abah demam...lagipun, memang sukar abah yang tolong bukakan pintu bilik, selalu mak yang akan lakukan..

“Ayu, peningnya kepala abah, abah tak dapat tidur malam tadi”

“Abah, ayu ambil minyak yer, urut kepala abah yer....”

Ku peluk dan ku bantu abah berjalan hingga ke sofa yang berdekatan ....melayang-layang abah berjalan.. bila abah dah duduk, ku urutkan dada, urut belakang badannya, ku urut kepala dan mana-mana yang abah kata sakit dengan minyak panas...

****************

Oleh kerana masa yang suntuk untuk ku bekejar ke citarasa rinduan, ku tinggalkan abah..mak mertua solat subuh...duduk abah keseorangan...ketika itu aku perasan renungan abah lain sekali, seperti ada yang ingin disampaikan..namun dia tak luahkan...

Selalu, kalau abah demam memang abah sukar tidur, nak ke klinik masih awal pagi katanya..dalam hatiku, selepas siap aku masak lauk pauk tengahari, bolehlah aku hantar abah ke klinik yang berdekatan...

***************

Namun, dalam jam 8.15 pagi, en zalie yang dalam perjalanan ambil ayam di pasar berdekatan.en zalie telefon aku, suruh balik rumah cepat, penting katanya..

Ku bawa motor dengan hari yang berdebar, seolah-olah ku rasakan masa untuk abah sudah tiba..kuat naluriku..namun, ku buang jauh perasaan itu

Sampai ke rumah, di ruang tamu..abah sesak nafas, ku capai telefon bimbit...telefon ambulans...abah duduk, depannya anak lelaki (anak tunggalnya) di sebelah kanannya, isteri tercintanya...

Ya Allah.....abah tak boleh baring, abah dah tak boleh bercakap, walau sebelum tu..dia sebut nama anaknya, sakit...sakit...katanya...berulang kali dia minta tolong en zalie...abah sakit...abah sakit...abah pandang tepat ke mata anaknya...

Ku minta mak ajarkan abah mengucap, bila abah pengsan. Ku angkat badan abahku baringkan atas katil, kaki abah ku luruskan, Ku panggil nama abah berulang kali....ku suruh en zalie beri bantuan CPR......

************************

Ketika itu,,walau ku panik, aku masih sempat berlari ke rumah jiran,,. Abah dah tak sedarkan diri..ku pegang pergelangan tangannya...masih ada nadinya...

Ya Allah, lambatnya ambulans..mana kami ada kudrat nak angkat abah ke kereta dan ke hospital?
Hinggalah jam 8.40 pagi, doktor, jururawat dan ambulans sampai...namun, sudah terlambat...kerana abah dah pulang ke rahmatullah.......

Belasungkawa untuk Allahyarham HAMIS BIN HAJI ABU...Al fatihah


PS:Walau abah ada sakit jantung bengkak, kencing manis kronik (sebab abah ambil insulin), darah tinggi, buah pinggang. Namun, abah menghembuskan nafas dengan cara yang senang sekali...seperti abah pergi dalam keadaan tidur/pengsan....

Friday, April 15, 2011

Roh Kembali

Assalamualaikum..

Semalam saudara mara kembali kerumah masing-masing, hanya tinggal kami 4 beranak, rasa lain pula bila arwah tiada... sunyi sahaja suasana rumah hari ini...
Tak apalah, ku akan pastikan kebajikan MIL terpelihara, lagilah MIL bukan jenis yang sihat, selagi hayat dikandung badan, insyallah.... MIL akan ku jaga sebaiknya...

*******************
Tempohari, semasa duduk-duduk dengan saudara en zalie, ada terdengar tentang kisah roh selepas kematian, dimana roh akan kembali kerumah...sejauh mana kebenarannya w`allahualam..

Hanya yang boleh kukongsikan adalah seperti dibawah

SOALAN 
Saya ada menonton siaran televisyen mengenai rumah berhantu. Selain adanya kehadiran lembaga yang hodoh, dikatakan orang ramai sering mendengar suara-suara seperti orang menangis. Dikatakan bahawa penghuni rumah tersebut meninggal akibat kemalangan jalan raya.
Persoalan saya, saya percaya kepada kehadiran makhluk jin yang suka menghuni rumah yang ditinggalkan. Tetapi, suara menangis ataupun bayangan pemilik rumah yang telah meninggal dunia itu, adakah kerana roh si mati tidak diterima bumi? Kalau tidak silap, saya pernah terbaca hadis yang mengatakan ada roh yang tidak diterima oleh bumi. Jika benar demikian, ke manakah roh ini pergi?

Jawapan Ust Zaharuddin (Diterbitkan di Majalah-i)
Apabila ruh sudah berpisah dari tubuh, ia berada di alam yang dinamakan Barzakh, dan ia tidak akan mampu sama sekali untuk kembali ke alam dunia semula sama ada dalam keadaan baik atau buruk. Dakwaan Roh pulang kembali ke rumahnya setelah hari-hari tertentu adalah TIDAK BENAR. Tidak kiralah sama ada roh itu dalam keadaan baik atau buruk. Manakala jika benar kelihatan mahkluk seperti si mati dan kendengaran suara-suara menangis, maka pandangan Ulama adalah ia hanyalah angkara Jin dan Syaitan yang menyerupai si mati dan gangguan mereka, tidak lebih dari itu.
Bukti bahawa Roh tidak boleh kembali berdasarkan dalil berikut :-

Firman Allah ertinya : " Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka ( orang kafir) dia berkata : " Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan" ( Al-Mu'minuun : 99-100).

Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibn Abbas r.a) dan Ibn Zaid berkata tentang ayat ini : "Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia."

Firman Allah ertinya : "Allah SWT memegang jiwa (ruh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa(ruh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.." ( Az-Zumar : 42 ).

Melalui ayat ini, jelas bahawa roh berada di dalam pegangan Allah SWT dan Allah tidak membenarkan sama sekali Roh untuk kembali ke dunia, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat sebelum ini,
Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi). (Ar-Ruh, Ibn Qayyim, ms 20). Bagaimanapun, tiada yang berpandangan roh tersebut boleh bertemu dengan orang hidup semasa sedar mereka. Semua roh yang telah di ambil Allah SWT akan sibuk dengan urusan mereka sama ada baik atau buruk.
Prof Ahmed Azzedine Al-Bayanuny dan Prof. Mohamed Hussin pernah menegaskan bahwa dakwaan orang-orang kristian yang boleh bertemu dengan ruh si mati dengan teknik jampian kahs adalah penipuan yang menggunakan Jin dan syaitan. Ia bukannya ruh yang sebenar. ( Rujuk Al-Iman Bil Malaika dan Al-Ruhiya al-Haditha)

Destinasi Roh Selepas Mati.
Ulama berbeza pandangan dalam menentukan tempat tinggal  Roh selepas mati seperti berikut (Rujuk Syarh Al-‘Aqidah At-Tohawiyah, Tahqiq Syuaib Arnout, 2/613-614, cet Muasassah ar-Risalah) :-

a) Roh Mukmin di dalam Syurga dan Roh Kafir di dalam Neraka.
b) Kedua-duanya di dalam kubur mereka, dan Roh Mukmin di bukakan taman Syurga serta memperolehi nikmatnya dan Kafir di bukakan lubang azab neraka.
c) Roh Mukmin di alam tinggi (‘illiyyin) di langit ketujuh dan Kafir di ‘Sijjin' di dunia yang ketujuh terbawah.
d) Roh para Shuhada' (mati syahid) berada di Syurga dan Roh seluruh Mukmin lain berada di kuburan mereka. (pandangan Imam Ibn Abd Al-Barr)

Antara dalil dalam hal destinasi roh selepas kematian ini ada diterangkan di dalam hadith
" Roh yang Mukmin dalam keadaan burung-burung yang bergantungan di pokok-pokok di dalam Syurga, sehinggalah Allah mengembalikannya kepada jasadnya pada hari dibangkitkannya."  (Ibn Majah, no 1449 ; Ahmad, no 15716 12/315 cet Dar al-Hadis; Sohih menurut Ibn Hibban no. 743, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Berdasarkan sebuah hadith lain, apabila seorang Mukmin itu mati rohnya akan dibawa naik ke langit sehingga sampai ke langit ke tujuh, maka berkata Allah SWT : Tuliskan buku hambaku ini di ‘illiyyin' (tempat yang tinggi) dan kemudian dikembalikannya ke jasadnya kembali dan di datangi pula oleh dua Malaikat ... (Ringkasan Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)

Manakala Roh si jahat dan Kafir pula juga di bawa naik ke langit dengan bau yang amat busuk dan digelar dengan nama yang terburuk dan apabila sampai di langit, maka tidak dibukakan pintu langit kemudian Nabi SAW membacakan ayat 40 dari Surah al-A'raf . Kemudian Allah SWT mengarahkan agar dtuliskan namanya di dalam ‘Sijjin' (neraka) kemudian di campakkan Rohnya dan Nabi SAW membacakan firman Allah : " Sesiapa yang syirik kepada Allah, maka adalah seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan ke tempat yang jauh" (Al-A'raf : 31) . Kemudian dikembalikan kepada jasadnya, ...kemudian di datangi Malaikat..lalu dibukakan pintu dari neraka, lalu datanglah kepanasannya dan racunnya, dan kuburnya pula menyempit sehingga bersilang rusuknya. (Ringkasan dari Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Berdasarkan ayat Quran juga, ruh si jahat juga akan di azab di dalam alam barzakhnya. Iaitu :
" Api neraka dikenakan kepada mereka (kafir) pada pagi dan petang, manakala di apabila tiba qiyamat mereka di masukkan bersama keluarga Firaun yang dikenakan azab" (Ghafir : 40)
Kesimpulannya, Roh tidak mampu kembali ke alam dunia kerana Barzakh adalah tembok yang menghalangnya, dan Roh mukmin di berikan nikmat di alam barzakh manakala Roh di kafir diazab sehingga kiamat. Wallahu'alam.
Ust Zaharuddin Abd Rahman