Bila aku layan drama kekasih awal dan akhir di tv 9, jam 8.30 malam… Hasil arahan aaron aziz yang dalam drama ini turut menjadi hero (namanya Awal) bersama heroin Siti Saleha.. aku dah rasa sangat sedih oooooooooo..
Mula2 memang best, rasa ala2 layan drama Nore Elena, romantic gitu….. makin lama aku jadi sayu..
Ya lah, kan.. kita nie wanita.. bila kita sakit, sure nak yang terbaik untuk suami..
Takkan, nak biarkan kita yang lumpuh tiada harapan nak pulih, nak biarkan suami kita yang sihat waafiat hanya menghadap kita hari2…..
Mereka pun ada nafsu juga…
********************
Bila Aaron bertemu semula Julia (lakonan Fauziah Gous) yang dahulunya memang ada menyimpan perasaan terhadap aaron aku rasa semakin memahami situasi Akhirah (Siti Saleha), siapalah tak pendam rasa bila suami dan anak sendiri asyik cerita tentang wanita lain….
Akhirnya mereka berkahwin, (Julia dan Awal) hasil pujukan Akhirah yang bersetuju mereka bersatu… (time tu,Aakhirah tulis atas ipad awal perkataan kawin).. adussssssssss meleleq air mata aku… sedihnya……………
Rupa-rupanya si Julia nie jenis perempuan yang tersangat tak mengenang jasa… menyampah akuuuuuuuuuuuuuuu…. Sangat jahat pun ada… sanggup dia cekik leher cahaya mata si Awal dan Akhirah depan mata si Awal….. padam muka ko Julia, kantoi sudah sikap sebenar ko… I like.. dan semudah itu, Awal ceraikan si Julia… kiranya aku rasa puas hati..
Tapikan, kalau manusia yang jenis pendendam susah oooo.. si Julia, dengan lagak berani suka2 mengenakan si Akhirah… sanggup dia colek si Akhirah bila Awal dah lepaskan dia… mungkin sebab dia rasa tertekan kot.. kan......
************
Dalam masa Akhirah di larikan oleh Julia, mereka ditimpa kemalangan, masa tu mata Akhirah ada masalah akibat kemalangan tersebut,.
Syukur rintangan yang mereka hadapi akhirnya berbaloi2… kerana ada penderma yang sesuai…
Korang percaya tak yang dermakan mata tu adalah Julia!!!
PS: tahniah buat isteri sebenar Aaron Aziz yang menulis skrip drama hebat ini,, hanya bagiku kekurangan masa, drama ini yang sepatutnya kena bersiri terpaksa dipendekkan tempoh penyiaran, so.. kepada yang kurang menghayati telenovela nie, sure rasa cepatnya rasa feeling, terbantut2 ko....
23 ulasan:
ala..xsempat tgk...
tak tengok...ingatkan bersiri..! rupanya telemovie..huhu...rugi la pulak!!!
betul la ayu..citernya singkat sangat..and cepat jek jalan citernya..tau2 dah kawen..dah ada anak...bagi scene romantik2 sket..syok lagi kot..hhehhe..
apa2 hal pun AA tetap di hati..heheh
mysara--
harap2 tv9 buat ulangan lagi ya
siti murni--
aduh.. kasihannya kamu.. tak sempat ya
jaja--
tulah kan, thanks kerana perbetulkan ejaan yang ayu tulis.. hahhaha.. ayu nie main bedal ikut mulut jer.. dulu tulis drama nora elana.. ahakss.....walhal nora elena..
AA?? dia mmg kacak,.
aduhh.. sy pun terlupa. duk biar je tgok tv3 sambil buat kek. sdgkan x lah best mana.
fazlinil irma--
tv3 drama apa dik>
tack tengok la pulak...
harap2 nnt ade siaran ulanganye...
dh lama tk tengok tv9...
asyik layan afc jer...
tv3 bersamamu dgn apa ntah. pastu amekaw. dah 10.30 baru baca entry akak.
sis..mcm best je cite ni,tapi tak tengok lagi pun..hehee
*buat baik dibalas baik,buat jhat pliz jgn cuba walaupun sekali..
Kak Azie tengok dah hujung hujung. Masa kisah nak operate mata tu jer.
Tapi boleh faham la juga. Tak semangat sangat nak tengok, sebab tak minat langsung Fauziah Gous tuh.
Kakcik tengok separuh jalan sahaja semalam, lepas tu, tv tengok kakcik. :)
nmpk mcm meleret2 tuh. malas nk tgk...ahahahah.. lgpon kt umah kiter x dpt cenel tv9 tuh...miahahahahah
drama ni laju sangat~tapi klise la jugak~bab julia derma mata tu awal2 saya da agak~keh keh~~
maksu mmg tak minat tgk cerita sambung-sambung.. mmg tak paham. kalau baca novel yg tebal-tebal tu, suka skip sebab nak cepat habis... huhuhu
alah tak tgk..... mlm td..
tgk juga promonya.. tp tak berkesempatan nak menontonnya.. ruginya..
Anak - anak yang sibuk nak tengok semalam ....
AA dengan SZ memang serasi bersama
hehehe.. tgk iklan jer citer ni.
Salam Ayu,
Kak Ros tak tengok cerita ni,,tapi dengar ayu cerita pun kak Ros dah sedih ni....
jarang tengok tv9...tapi minat giler ngan aaron aziz :)
sambungan pada drama Nora Elena.. masz pon rasa cenggitu gak..
hurm, patut drama ni jadi drama bersiri kan kak ayu.....
aina pun tengok cerita ini tp dah separuh jalan pun...
tapikan cam tak logik je penderma mata tu. kalau kat sepital boleh ek buat cam tu kalau kita sihat...
Post a Comment