Selamat pagi selasa sahabatku semua.. hari ini dah 3 Muharam… cepatnya masa beredar… kita tempuhi masa hadapan dan usah menoleh pekara yang dahulu, hanya mengambil iktibar dari masa nan lepas,, Insyallah pasti kita menjadi insan yang kamil..Insyallah..
Semenjak cuti sekolah aku perhatikan perangai anak daraku makin berubah.. dari sikapnya yang pemurah dengan kata-kata, perbuatan.. sedikit sebanyak menunjukkan tanda protes.. maksudnya, tiba-tiba anakku akan menunjukkan sifat marah dan sering menghentakkan kakinya..
************
Bila berniaga, sebagai ibu.. ada sedikit culas yang berlaku pada aku, sebagai contoh mungkin aku pernah berjanji itu ini pada anak daraku.. hujung2 aku terlupa… kasihannya anakku..
Bukannya dia meminta sesuatu yang amat berat, hanya ingin merasai percutian seperti kawan-kawan sekolahnya yang lain..
Memang ada 2 ekspedisi yang aku ingin ikuti seperti Jelajah 4x4 sekitar taman Negara dari 6-12 December 2011, dan 1 lagi rombongan bas ke pantai (ala-ala BBQ ), mungkin salah satu dari program itu akan aku ikuti untuk melapangkan mindaku dan sekurangnya anak daraku happy menempuhi cuti sekolahnya…
Mudah-mudahan….
PS:Kemarin Umai minta aku ke KFC, kalau ikutkan hanya diminta Nuggert dan Aiskrim, walhal dalam peti aisku nurgget ayam dan Aiskrim memang dah sedia ada kusimpan bila dia minta … Mungkin dia mahukan persekitaran KFC bukan dirumah.. (Bila aku merenung mata anak daraku, ku tahu dia mahu sedikit hiburan di luar rumah)
27 ulasan:
Alahai cian umai... Ayu bawak aje ka g kfc belijan chicky meals dpt toys dlm kotak tu mudah2an terubat sket
kak, rasanya kfc tu alasan je, sbnarnya anak akak nak perhatian je dari mama dia tu...
bawak jalan2 ke ipoh pun ok..dah dekat ngan Cameron Ayu
betul ayu, kadang budak ni dia nak mintak perhatian..hanya ayu yang memahami dia kan...
sesekali jelajahlah dalam jiwa umai...meh bawak dia kat akak hehe
Umai juga perlukan sesuatu yang lain seperti kawan2 sebayanya. :)
alahai kesiannya umai....anak2 mmg mcm tu lah ayu...tambah lagi bila dgr kawan2 pegi jalan ke tempat2 yg menarik dia pun t'ingin nak ke sana...
Sue.anak2 memang inginkan perhatian.Anak ka ros pun sama.Jenuh nak memenuhi kehendaknya cuti skolah ni.Tapi dia paling suka pergi kedai buku dan beli bukiu
...itulah kenyataannya ayu...
anak2 perlukan perhatian dan selalu buat bandinagn anatara mereka & kwn2...
kalau boleh apa org buat mereka pun nak...uuurrmmm...
sabar ajelah..
umai nakkan perhatian dan mungkin betul kata akak...dia mahukan hiburan di luar rumah...:)
Salam Ayu... kesiannya Umai.. budak2 Ayu, macam tulah... kawan2 pulak selalu bercerita... bawalah dia berjalan2 ke mana2..
bawak dia datang jalan rumah muaz.... mesti dia seronok nanti
boring la tuh..:)
morning kak ayu... budak2 baya umai mmg perlu perhatian lebih kan.. mmg kene selalu bawa kuar jalan2.. ingat dulu masa cuti cam gini mmg penuh aktiviti, sbb duk ganu, selalu la piknik kt pantai atau air terjun. sbb kak ayu bz ngan kedai, jd mmg susah la nk jalan jauh2 kan. apa kata luangkan masa petang seminggu sekali masak makanan kegemaran umai dan pergi piknik di kawasan rekriasi (xtau ada pantai atau sungai x dekat2 situ..). mesti umai gembira =)
Assalam Ayu...waaaah anak2 sedang membesar, begitulah adanyaaa....kesabaran ibu dan bapa mengatasi segalanya dgn baik, akan mengeratkan lagi...jika tidak ambil peduli, merana la nanti...so layaaaannn....hehehe
Ayu..sedih pulak baca,,sian anak dara ayu..sesekali kena hiburkan jugak hati anak dara tu.
hehehe..tkpe nanti kalau ada kelapangan bawa lah dia
anak dara bila dh bsar dh lain khndak dia kan...t.pe lah skali skala kita kna turut lah apa yg dia mahu asalkn yg t.mmudaratkn ;)
Budak-budak bukan nak mkn sgt. Tapi sekadar nak berseronok keluar sama2 kita, kan Ayu?
anak2 nie memang payah utk kita fahami kan ayu ..
semoga kita boleh jadi ibu yg terbaik buat anak2 kita kan :)
dia nkkan perhatian lah tu..maklumlah kita kan sibuk..
Salam Ayu,
Umai ni,dok marah2 tu pasai dia nak perhatian dari mak dia ja...nanti Ayu bawak dia pi jalan2,ok balik la tuh....
huhu cian dia..mesti hepi bila dpt hang out cemtu
alahai kesian Umai... eloklah Ayu sertai mana2 ekspidisi tu.. bukan saja utk umai juga utk Ayu merehatkan minda dan badan
terima kasih buat sahabatku semua..
sangat2 terharu dengan persahabatan ini..
insyallah.. yang terbaik buat anak dara ayu..
dan terima kasih atas cdgn kalian...
btui... anak dara nk berubah angin
umai tue bkn apa ayu..dia nk kan perhatian mama dia...bgs la kalau ayu dpt spendkan masa ngam umai nt...
anak ina lak selalu wat2 tanya bila ina bz...syg dia tk? terkedu jgk kejap..
Post a Comment