Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Sunday, November 20, 2011

Telefilem Payung Emas di TV3


First time lihat wajah Farahdhiya bertudung, tersangat terserlah keayuan beliau, sebelum ni kalau lihat beliau berlakon drama pasti aku akan kata, dia sangat cantik tapi sayang asyik bawa watak jahat sahaja..

Payung Emas tajuk drama yang beliau lakonkan  bersama pelakon lelaki kesukaan ramai semestinya si Remy Ishak.. aku akui, farahdiya membawa watak perempuan muslimah yang sangat sempurna…. Tahniah buat beliau

Telefilem ini bersiaran dari jam 10 malam hingga 12 tengahmalam.. pada 19 November 2011 saluran tv 3.
Membawa watak sebagai seorang isteri bernama Ain yang mengalami masalah dalam rumahtangga, walau asalnya bahagia…ianya berpunca akibat penyakit yang dihadapi hingga mengakibatkan kandungannya gugur, pasti membuatkan aku sedih tak terperi..




Ain, berkawin dengan Hidayat (Remy Ishak) kerana mengotakan janji kepada kakaknya yang telah pulang kerahmatullah.. sebenarnya hidayat tu adalah abang ipar Ain…(ala2 ganti tikar gitu)





Part paling klimaks mestilah semasa ibu mertua Ain meminta Hidayat kawin lain.. (aduss, terasanya aku!!!) kalaulah semua mertua minta menantu izinkan anak mereka berkawin lain akibat tak boleh bagi zuriat.. rasanya pasti ramai perempuan gila meroyan….. adehhh..

Ala2 kejam pula rasanya bila Hidayat minta kawin lagi, sebab nak ada zuriat sendiri, Fuh!! Kaum isteri memang sensetif oooooooo, so.. buat kaum lelaki renung2kan lah kalau ada isteri yang ada masalah ya… Hati wanita mudah tersentuh ooo




Ain mengambil keputusan memilih Khatijah (pembantu di pejabat Hidayat), seorang anak yatim, solehah.. khatijah bersetuju berkawin dengan Hidayat akibat desakkan Ain..

Wajah sedih Ain, bila Hidayat kata nak kawin lagi..... (hanya wanita yang pernah mengalami yang tahu.. robek gila hati...)





Walau pun Ain telah berjanji pada diri sendiri untuk menjadi isteri yang solehah dan  madu yang mithali namun apabila hidayat banyak menghabiskan masa bersama khatijah apabila khatijah disahkan mengandung, pastinya membuatkan Ain kesunyian…

Disinilah punca Ain terikut kata2 sepupunya Sarah yang baru lepas bercerai supaya meninggalkan Hidayat… Ain mula berubah fikiran




Bayangkan, semasa Hidayat menuntut haknya pada satu malam, hingga menyebabkan Hidayat hampa, keesokkan harinya Hidayat mengalami kemalangan hingga koma, disinilah timbul kesesalan pada hati Ain

Ain rasa bersalah…. Kerana dia tahu, kerana dia.. punca Hidayat ditimpa kecelakaan....

Moral dalam telefilem nie.. semestinya kalau ingin membuat sesuatu perkara mestilah ikhlas… tanya diri, mampukah kita bergelar madu yang merelakkan apa2 yang berlaku antara pasangan kita dengan madu kita??? 

Lelaki mungkin akan kata.. madu itu manis.. Tapi tidak buat kaum wanita.... 



PS: aku hampir tertipu part Ain ke pusara!!! Ingatkan betul2.

29 ulasan:

Zalieda Zaliedana said...

Kak Ayu,best kan cite nih,sy pon mula2 igtkan tijah meninggal n kandungan dia gugur,adeiii suspennyer,hihi..Apa pon suka lak tgk faradhiya berhijab,nmpak Ayu gitu..

Unknown said...

Tak tgk

sbb tgk snggul beracun kt astro
best jugak

Ibu Muda 30series said...

kak Ayu....gulung tikar ke ganti tikar? hihiii

Yat Maria said...

alamakkk terlepas plak arr!!!!

Yana Shaiful said...

ari2 mkn madu tp xsanggup dimadukan.. huhuuu

Cik Puan Kocik said...

bukan gulung tikar....gulung tikar tu bankrap.

Ini ganti/salin tikar ... he he he

mamaijat said...

.....ayu..kalau dapat madu yang pandai jaga hati kita yang tlah di rampas kasih sayangnya x per gak...yang tahu kedudukan diri..tahu hak dia & hak kita....ni dapat madau specis HANTU ..si pisau cukur. hahahaha baik angakat kaki...x dapat payung emas pun x perlah...biarlah dia dgn dunia hantu dia...

Hudalatip said...

lagi satu mesej cerita ni, walaupun pahit untuk bergelar madu, tapi kalau boleh, hormatlah suami kan, bila ain terpengaruh dengan cakap sepupu dia tu, dia dah ingkar dengan suami menyebabkan suami dia teringat2 perangai ain sampai dia accident..tapi yelah isteri kan, mana ada yang tak remuk hati..yang penting memang kena ikhlas..

Kakcik Seroja said...

Kakcik hanya tengok separuh jalan sebelum TV yang menonton kakcik!

Ayu, sebenarnya bukan 'gulung tikar' tapi 'ganti tikar'. :)

Along Maklong said...

suka jugak tengok citer ni malam tadi.. tapi maklong tak boleh bayangkan kalau dimadu.. sebab jadi isteri pertama dgn jadi isteri ke2 tak sama kan..

Acik Erna said...

ayu..acik beria ia tengok..tapi akhirnya gelap gelita frust betul..sedo2 suami acik suruh tutup tv..rupanya dah kul 12 lebih cerita dah habis..ending pun tak tau

Niena Muhammad said...

niena xtgk ....xsmpat...hosmet tgk bola

Niena Muhammad said...

niena xtgk ....xsmpat...hosmet tgk bola

Cik Pulau said...

xtgk pun sis..
sy duk hadap netbook kat dalam sampai tido.
errr..

Anonymous said...

huhu tengok separuh jalan je lepas tu tv tengok sy..hehe

fatma syahidah said...

sy jarang tgk drama sama2 ngan suami sampai habis sbb suami sy tak suka ngan drama melayu tp mlm td siap buatkan air sbb nk suh tgk n siap pesanan lg..heeheh...kalu isteri yg tawarkan suami kawen lain mesti tak sesedih suami yang mintak izin nk kawen lg satu kan...walaupun hakikatnye ms tu isteri dh bersedia....mmg nangis la...

wanita mutalib said...

akak,
ita konpius yang last..
ain nangis kat kubur sape?

ita tutup volume sbb Q tdo hee..
tu yg jadik tak paham tu heee...

dahliana said...

Apapun, cara hidayat dlm drama tu ttp x adil.... Tetap kena berlaku adil, sama rata..... Jgn guna alasan isteri mengandung!!!!!!

JaJa'Z said...

tak suker!!! sesak dada tgk cerita cenggini...

eiela said...

tak tengok pun cerita nih. mesti best kan, rugi plak nih ha.

cik cek said...

Madu tak semanis rasanya...kita berhak merasa bahagia....Madu manis...tapi pahit tuk menelannya...tapi kalau itu dah ditakdirkan utk kita...pasrah dan redha...tenang sabar ...bertawakallah...hakikatnya Tuhan itu lebih tahu apa yg terbaik tuk hambanya...Payung Emas...siapa lah kita...hanya Tuhan juga yg menilainya...

Mysara Ab Rahman said...

kt umah sewa kte xda tb..T_T

Zack said...

En. Suami suruh tgk cite ni, tapi dah nk habislah baru tgk. hehehe.. tak berani nk ckp, sbb yg pernah kena lebih memahami. bila fikirkan, mmg kesian kt pihak isteri sbb suami kahwin lg disebabkn si isteri tak dpt memberikan zuriat...tp fikir2 lagi, suami pn ada hak jg sbb nakkan zuriat.. apapun semuanya terletak pd bahu suami; berat tanggungjawab nk pimpin kedua2 isteri biar dua2 mendengar ckp suami. lg parah keadaan kalau salah seorg isteri ada kekurangan dr segi fizikal..mesti dia terasa sgt rendah diri..

Unknown said...

alamak napo semalam boleh tak tgk citer nih...huhu

Queenie said...

ayu, akak ntah dah baper tahun miss citer malam hujung minggu huhu..

ganti tikar ker gulung tikar ayu?

setau akak, gulung tikar utk org2 meniaga jer hehhe...

lieynanilaz said...

tengok separuh jerk...badan rasa nak demam...

manis bila ain dan khatijah bertudung....

Daddylicious said...

rasa macam nak cangkul jer budak yg peel macam iblis tu...hehe

Unknown said...

terima kasih sahabat atas teguran tentang gulung tikar tu..
hahhaha
ayu nie mmg jenis main taip jer.. selalu macamnielah typo huruf., typo ayat.. ...
heheh..
terima kasih sekali lagi

mummyrinazone beauty said...

tak tgklah plak.tapi bila akak cite mmg mcm besh jer