CITARASA RINDUAN

Tuesday, November 8, 2011

Reality yang bernama MAJIKAN...ku kerap makan hati!!


"Kalau dahulu kedai kau jarang tutup, mesti niaga dari pagi sampai ke malam, sekarang nie, suka-suka kau jer tutup buka…, tutup buka….. Eh!! Kalau macam nie, baik kau tak payah niagalah.."

Itulah, senario yang ku hadapi.. sering ku menangis mengenangkan apa bakal terjadi pada citarasa rinduan….namun, ku tahu.. sekiranya ku teruskan berniaga mengikut ketetapan waktu yang dikehendaki oleh pelanggan pasti kesihatan aku 1 hari bakal terjejas, dan siapalah nak jenguk sakit pening mertuaku dirumah…..

Suara sumbang sesetengah pelangganku, aku jadikan panduan.. betul apa yang mereka katakan, dahulu aku dan arwah abah sering bergilir2 menjaga kedai, dan kami mempunyai 8 pekerja…

Namun, kini hanya 3 orang pekerja yang bertahan.. puas aku memujuk pekerja lama, dan puas aku berikan ganjaran namun.. mereka melangkah juga…, dan tiada sesiapa yang boleh bergilir dengan aku untuk menguruskan perniagaan, membeli bahan mentah, memikirkan apa jua strategi perniagaan...

Sukarnya!!!!

Syukur, kerana ada teman2 alam maya yang sering berkongsi kata2 semangat…. Akan ku teruskan bertahan sehingga nyawa dikandung badan..

Terima kasih teman2 yang kerap singgah ke blogku..…




(kiriman coklat dari my cosin.. terima kasih…)

Selingan: bila baca entry ini.. ku tersenyum.. hehehhhehe. Ramainya blogger yang kelahiran November…..  Happy birthday semua, ku pun November day… 4 November,

28 ulasan:

anymz said...

selamat hari raya aidil adha ayu.belum terlewat sangat kan?..
sabar lah ayu.kita ni kalau tak di uji bukan hidup namanya kan?..baru lah ada advanture dlm kehidupan.
akak suka berniaga dan masih mencari peluang untuk membuka tapak..tapi bukan di bumi nismilan ni.nak mencuba nasib di negeri lain dan memasyhurkan masakan lomak cili padi..:)))))

@xiiinam said...

Semoga Ayu kuat...dan terus kuat ya! ckLah memang tak berbakat langsung berniaga ni Ayu. Kalau diberi peluang, hancur rasanya.

luahfikiran said...

SALAM,
SEKARANG NI SINGGAH KAT BLOG, NANTI NAK SINGGAH KEDAI ! NAK MAKAN ! MESTI ADA DISKAUN HARGA !

Cheq Sue said...

saya ni langsung xde bakat meniaga... *_*

Hamizah said...

salam ayu,
teruskan semangat..adat berniaga ada psg surutnya,kan?

chaiyok..

Daddylicious said...

Ianya sukar sekali kalau cuma seorang sahaja yang menggelapai jentera...tabah dan sabar buat mana yg terdaya ...ikut rasa hati sahaja seadanya...

diana said...

tu maknanya pelanggan makin ramai..
rezeki tu ayu..
kuatkan semangt ye..
apa yang kita dapat pasti lah ada pengorbanan nya ayu..:)

Fatin Mraz said...

happy belated birthday!! ;)

pada pendapat saya kan.. kedai makan yg sedap n ramai regular customer mmg kalau leh x leh tutup..hehee.. sebab kalau tutup, ada perut2 yg memberontak.. nak makan kat kedai lain x sama spt di citarasa rinduan..

mm..mungkin perlu di tambah pekerja.. kemana mereka pergi ya?
ada offer lagi best kah??

Daddy Ziyyad said...

Itulah cabaran bila berniaga kan...makcik saya pun buka restoren, penat katanya...tak boleh nak tutup lama, takut customer lari...apa apa pun, sebagai bos/tuan punya, kita berhak tentukan apa yg terbaik utk diri kita & keluarga. Selebihnya, kita berdoa dan pohon kpd Allah..sebab Dia lah yang Maha Memberi Rezeki, bukan hambaNya (manusia)

akuanakpahang said...

Salam Ayu semoga anda ceria sentiasa bersama kelurga.

Queenie said...

pekerja2 ni mmg camtu ayu. akak dah rentung ngan perangai mereka. buatlah baik camner pun, celebrate b'day mereka, raya hantar kain baju kat keluarga mereka kat kampung, layan ngalahkan sedara sendiri, tp kalau depa nak buat taik, dibuatnya jugak.

skrg ni akak buatlah kijer sensorang..takyah makan hati, dpt duit terus masuk poket sendiri. skrg ramai jugak yg ngendeng2 buat muka tebal mcm dinding nak mintak kijer, mmg tak layan lah sorry...
bohsan ngan perangai yg takkan berkesudahan...

birlah penat mati berdiri dr ada pekerja tp makn hati. kalau boleh gaji saban bulan nak naik tp buat kerja mcm taik!

ada jugak kengkawan yg puji2 pekerja dia kononnya baik, akak diam jer la...bebaru mglah, masuk jer 2-3 bulan, amik ko! dgn laki2 ko dirembatnya! hmmm...

ooops sorry ayu, mmg hati panas tiapkali cerita psl pembantu 'taiku' ni

alinac lover said...

akak..tiba2 yong jd sdih sbb yong pon pernah merasai keadaan mcm ni..

bukak kedai makan ni byk jgk cabaran..
tmbh2 dgn sikap pekerja..

aduh..lama2 bole skit jiwa..tp yong tahu akak tabah.kuatkan smangat ya!

Acik Erna said...

Ayu..cabaran dan dugaan buat ayu.
mesti dah macam2 yang ayu tempuh..
insyaallah ayu akan berjaya atasinya..
allah akan sentiasa merahmati ayu..

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Jgn makan ati Ayu.... mkn coklat takpe. ;D

logorithm said...

Mungkin Cik Ayu kena pikirkan perubahan strategi. How about buat style outsource? Mungkin ada makcik-makcik berdekatan yang ingin menambah pendapatan yang boleh tolong masakkan di rumah mereka. Cik Ayu cuma gi ambik jer masakan yang dah siap. Sorang makcik masak satu lauk. Sepuluh makcik dah sepuluh lauk.

Hehe... cakap macam senang ye? Tapi ia satu idea jugak kan? :-p


Terbaru dari Logokoko:

[U] Edwards Syndrome

[U] Suis

[U] Wajah Siti sekiranya simetri sempurna

norhidana said...

sabar ye kak...
dugaan org meniaga gini ye kak, ada naik turun nyer, bnyak pengalaman,kesabaran di perlukan

doa dana semoga citarasa rinduan akan ttp teguh n ttp ramai pelanggan,semoga akak tabah n cekal utk menghadapi dugaan..

oh ye kak, hepi belated bday yek

Cik Ecah said...

owh...4november yea....:)

eppy belated besday k.ayu!!


berniaga ni memang cabarannya bnyak kan kak....
mak ecah pun dulu pernah meniaga nasi lemak....tp org dengki plak...sekejap ajer meniaga nya....


xper setiap kesusahan pasti ader penyelesaiannya kan...:)

bujal X said...

kak ayu kena lantik seorang manejer~he~~

Niena Pengembara Ilahi said...

sabar kak ayu... dugaan sume tu.. akak mampu melalui sume tu,, sabar ye..

smoga mtua akak tu baik2 sntiasa :D

wan habibah said...

bos ku pon sama.. lg2 lah india... ehmm...

JunAina said...

aina tak biasa ada pekerja kerana aina pun kerja dengan org tp jadi bos ni kena kuat semangat, kena keras hati.

ayu kena jaga kesihatan, mungkin kena fikir stategi yg bagus utk perniagaan ayu.

Fara said...

Ayu,

Pada pendapat sy, bos dan pekerja tidak boleh jdk kawan melainkan di luar waktu kerja. Mst ada batas. Klu tak, mmg susah nak handle.

Sbr Ayu. Ayu pun sy tgk mcm keletihan je (eh, mcmlah sy ada kat sana eh?).

Hiks!

Munnafendy said...

sedihnye baca...sbr la kak eh.

wahida said...

sian ko ayu...dugaan org berniaga mcm tu la...

aku tau ko kuat...
harap semuanya dipermudahkan...
amin...

Amy Syaquena said...

sabarrr ye sis , kalau di lihat nasib kita sama tapi apa yang mampu kita kena kuat dan teruskan bersabarr...

Ros said...

Salam Ayu,

Jangan berputus asa,teruakan berusaha...Kak Ros yakin Ayu seorang yang tabah kalau tak ..takkan Ayu boleh bukak kedai berniaga...Yakin boleh,tapi kesihatan tu kena lah jaga jugak...

Woofer Storm said...

salam aidiladha kak,walaupun dah agak lewat..maaf,sy kat kampung skg ni..

sabar sis,orang kuat adalah orang yang mampu mengharungi suka dan duka..sabar separuh dari iman..percayalah,allah sentiasa bersama dngn orang yang bersabar..mungkin sis kena buat strategi yang baru..mungkin??

CT NoArIzAh ArIs said...

Sabar Ayu.. selagi boleh bertahan ayu bertahan jelah sayangkan bisnes yg dah maju tertutup macam tu je... tapi memang benar berniaga makanan lebih penat dr yg lain..yang berniaga nasi lemak kat gerai kecik tepi jalan tu pun selalu kata letih dan tak byk masa berehat apalah lagi kedai makan macam ayu ni... semoga ada jalan penyelesaiannya satu hari nanti.