CITARASA RINDUAN

Saturday, November 5, 2011

Edisi Aidiladha - Sayu hati ini...


Entry seterusnya, berkenaan.. menu raya esok hari, agak cepat aku memasak hari ini.. mungkin tak sabar nak hidangkan menu berbuka buat MIL.





Menemankan MIL berbuka puasa, menikmati hasil tanganku untuk hidangan raya sangat menyeronokkan… MIL berpuasa sejak 1 Zulhijah.. hari ini hari terakhir ibadat puasa sunatnya..

Tiba-tiba kami  mendengar takbir raya.. Oh… terus suasana bertukar sayu.. sungguh!!! Kami terus menunaikan ibadat solat kami..

Ku tahu, sesiapa yang merasai saat ini, pasti kalian akan terselit kerinduan…Moga, orang-orang yang kita sayang sentiasa diredhai OlehNya.. Amin

****************
Syukur, alhamdullilah dipermudahkan kerja memasakku..

Kari ayam tua





Opol (bahasa orang Boyan) nangka masak rending




Sambal goreng bersama babat lembu



Sekarang, ku perlu menghantar kunjungan (berkat makanan raya) ke rumah jiran terdekat.. selamat hari raya Aidiladha teman-teman…

10 ulasan:

Acik Erna said...

Assalam ayu..selamat hari raya aidiladha..
memang kita akan sentiasa rasa sayu dihati bila mendengar suara takbir..walaupun dari tv kan.
meriah menu ayu..
beruntung mak mertua dapat menantu pandai masak macam ayu.

Citarasa Rinduan said...

acik erna--
waalaikumusalam..
nie baru balik hantar berkat...
dapat 8 rumah dah semput benor hahahhaha.

salam aidiladha buat kak sklrg juga

Hanim Mahali said...

wah ! terliuq nengok semua makanan tu O.o

Hanim Mahali said...

wah ! terliuq nengok semua makanan tu O.o

Arizakiah said...

Selamat menyambut hari raya aidiladha buat ayu....
Rajin ayu masak dan hantar kat jiran...berkat tu....

*Babat lembu tu apa ye?...akak tak pernah dengar....

Daddylicious said...

sambal goreng tu nampak sangat lazat la....

salamadiladha juga...

Scarlett O'Hara said...

Selamat hari raya.Org Jawa biasanya masak sambal goreng godog.Dua2 sedap tapi opol tu tak pernah rasa.

insan_marhaen said...

selamat hari raya juga...

Along Maklong said...

ayuu..
memang rajin.. maklong sampai sudah tak masak.. huhu.. pagi ni baru terhegeh2 masak daging yang menantu beli malam tadi.. ntah kenapa hilang semangat nak memasak.. sebab tak ada yang nak makan kut..
kalau duk dekat rumah ayu tunggu ayu munjung.. tapi nak balas dengan apa yerk..? pulangkan bekas kosong boleh tak.. hehehe..

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum ayu...
Salam Aidiladha buat ayu sekeluarga..
sedapnya tgk menu raya ayu nie... terliur tgk