Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Wednesday, June 2, 2010

CINTA PERTAMA AKU


Assalamualikum…

Selamat petang…semoga hidup kalian sentiasa diberkati…disisi insan yang tersayang….dibajai oleh kasih sayang yang zahir di lubuk hati…

Tempoh hari…aku berkongsi ngan korang tentang kisah monyetku part 1,2 dan 3.. kali nie aku nak kongsi tentang cinta pertamaku..

CINTA PERTAMA yang muncul dari hidupku…

Buat pengemar kisah cinta.. Aku abadikan kisah ini untuk tatapan kalian, bukan maksudku mengaibkan diri namun untuk diabadikan menjadi memory yang pernah ku lalui pada masa remaja.

Kisah bermula semasa tahun 1998, semasa aku menyambung pelajaran di Kolej yayasan melaka, seingatku aku mengikuti pogram UNITAR , bagi kos pengurusan perniagaan.

Semasa pendaftaran, aku mempunyai sifat yang bercanggah dengan prinsipku..iaitu jauh dari keluargaku..aku yang tak pernah jauh dari ibubapa menanggung kesediahan..akibat dibenakku tidak pernah terlintas aku akan berjauhan dari ketiak ibuku…apatah lagi jauh dari abah kerana aku seorang yang amat manja dengan ayahku..

Hidupku sebelum itu (di usia remaja) hanya berkisar di kampong kesayanganku iaitu Felda Tenggaroh 1, Mersing… bersekolah di sana sehingga usiaku 17 tahun..Tidak berapa menyerlah bab social.hingga ramai tak kenal aku .

Yang buat orang kampong tidak berapa perasan dengan kewujudan aku kerana aku mempunyai adik-beradik yang ramai…dikelilingi dengan adik beradik yang sama jantina denganku..

Oleh kerana aku anak yang kedua..aku mengambil sifat menyendiri, tidak menonjolkan diri.. bila aku memperolehi keputusan peperiksaan SPM dengan aggregate satu . Maka, ramai orang kampong mula bertanyakan sesama mereka,

Siapa anak simpulan? Yang nombor berapa? Paling tidak ada yang tolong jawabkan…”Alah korang tak akan kenal…sebab anak simpulan tu.. jenis duduk kat rumah..susah nak nampak dia keluar rumah”…ada yang jawab “ Budak tu memang anti social, duduk bawah ketiak ibu”

Itulah aku, kehidupan anak remaja yang biasa....tetapi aku gembira dengan kehidupanku yang tak berapa menyerlah. Hidupku semasa diawasi dengan jagaan orang tuaku yang amat menyayangiku, walaupun ibubapaku tidak pernah menyekat hidupku, aku lebih suka dijagaan mereka….AMIN …jauh dari pancaroba zaman kini yang bermacam-macam masalah social…Nauzubillah

Kuteruskan kisah cinta pertamaku…maaf kerana aku memanjangkan mukadimahku…cerita tentang zaman remaja yang sememangnya biasa pada kalian..namun bermakna padaku..tidak tercemar dengan hasutan syaitan yang sentiasa menyesatkan anak-anak adam.

Apabila ibubapaku meninggalkan aku keseorangan, ditemankan sahabat kolej yang baru…Aaaahh…..suasana yang begitu asing padaku..Aku mula menguatkan azam…tabah..dalam mengharungi dugaan hidup bergelar siswazah…tidak tahu musibah yang bakal kutempuhi..yang pasti aku rela mati dalam keadaan mati syahid…dari hidup tanpa ilmu.

Berkumpul dengan sahabat dari pelbagai bangsa dan pelbagai negeri membuatkan aku bertambah canggung,,,pening memikirkan bahasa yang tak berapa kufahami..lebih banyak menganggukkan kepala walau aku tak berapa faham bahasa mereka….(kupasti kalian yang pernah bergelar siswazah pasti mengalami masalah komunikasi sepertiku)….pening,risau dan lucu..namun itulah pengalaman yang sangat bermakna, satu Malaysia satu Negara

Dua bulan lamanya aku mula menyesuaikan hidupku dengan dunia reality…semakin hari hidupku semakin tabah bergelar siswazah, sakit, lapar, gembira, penat, tension dikongsi dengan rakan sebaya…terima kasih atas jasa mereka..ku abadikan nama mereka, Juliana, Syamsiah dan Syidah…(maaf para sahabat yang pernah mengenaliku semasa belajar di kolej sekiranya aku terlupa menulis nama kalian, kerana tempoh 12 tahun membuatkan aku terlupa situasi kemarin, yang pasti kalian yang mengenaliku semestinya amat baik dengan aku..TERIMA KASIH sekali lagi)

Seronok bergelar pelajar…hari-hari sudah pandai membentuk jati diri, telefon telekom yang bergantung di hujung asrama menjadi satu alat komunikasi antara aku dan ibuku..dekat dihati walau jauh dimata…(hidup felda yang sederhana,mengakibatkan abah tak boleh sampai ke asramaku…kos kewangan ke melaka amat membebankan mereka, elok dijadikan lauk untuk adik-adikku yang masih kecil.) bersyukur dengan nikmat dariNYA…amin

Akhirnya, aku berjumpa dengan salah seorang lelaki yang mula menambat isihatiku…zaman remaja, usia 18 tahun adalah zaman wanitaku ingin dicinta dan menyintai..mulanya si dia menjauhkan diri…kerana ada wanita yang lebih layak untuk dirinya yang amat warak, berkarisma tinggi,segak,berakhlak mulia dan mempunyai wajah yang sesuai dengan wataknya yang sungguh disegani… Pakej yang amat lengkap untuk seorang yang bergelar lelaki. Terpesona dengan sifat kejantanannya. Si wanita pula adalah seorang wanita yang amat sempurna, selain warna kulitnya yang cerah, lemah lembut dan bertudung lingkup…sesuai sungguh pasangan mereka itu,

PS: Aku berhenti sehingga disini…kerana, ada janji dengan sahabat karibku…berjogging di taman tasik Bandar tenggara, nanti ku sambung semula

4 ulasan:

Sufi Asri said...

alamakkk... potong stim daa... tegh best layan citer nie..

isk3.. suspend betol.. ahhaa

anyway, masalah komunikasi pon dialami zoro juga masa mula2 berada di terengganu nie.. hohoho. kelakar kalo ingt balik.. :P

Unknown said...

zoro,
kalau ada kesempatan sis akan sambung lagi..

kikiki...mmg bab komunikasi nie jadi trouble kat para students kan.....

kella said...

haa.. kak ayu masa ni kita baru nak abis sekolah nih! akak dah masuk unitar yee.. apa itu cinta pun tak tahu lagi.. hihihi..

kisah akak ni sangat layan.. nanti sambung balik tau! tak sabar nak tahu citer selanjutnya!

Unknown said...

kella

umur awak berapa?

em..tengah fikir nie.....kikikik