CITARASA RINDUAN

Wednesday, February 9, 2011

Hospital...........dan ceritaku pada 9 hb Febuary 2011


Assamualaikum…….

Selamat malam para sahabatku semua..maaf, agak lambat online pada 9 hb febuary 2011…….kesihatan FIL yang tidak menentu membuatkan aku mengambil keputusan hantar beliau ke klinik kulaijaya………, sekarang FIL dah lena, setelah ku beri makan bubur dan ubatan dari klinik…lega melihat tiada renggekan dibibirnya….. moga FIL cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa....amin

*********************************

Hari ini aku telah ke hospital Sultan Ismail, apoinment dengan doctor ENT berkenaan tonsen yang telah dihadapi oleh en zalie…memandangkan en zalie mempunyai tonsen yang agak besar, hingga menyebabkan saluran pernafasan akan terganggu semasa dalam tidur.

Doctor pakar ENT iaitu doctor Jothi telah menyarankan supaya en zalie melalui pembedahan pembuangan tonsen…

********************************
Pilihan buat masa ini, en zalie tidak bersetuju membuang tonsenya, memadangkan risiko adalah sangat tinggi, ini berlaku disebabkan en zalie mempunyai dagu yang kecil, proses pembedahan mungkin menyukarkan pihak pakar, dan mengambil masa yang panjang.

Semasa sesi perbincangan tadi, aku menyuarakan persoalan kepada pakar ENT,,, Kesan yang akan berlaku selepas pembendahan dijalankan?…..dan jawapannya..en zalie akan dimasukkan ke ICU selepas pembedahan akibat saluran pernafasannya mengalamai risiko yang tinggi…

PS: Walau, dalam hati terdetik kebimbangan, dan doctor ada yakinkan, kemungkinann darah tidak akan keluar dalam kuantiti yang banyak semasa operation, kami agak lega..kerana mesin CPAX adalah penyelamat untuk en zalie bernafas untuk masa tidurnya……

Maaf, tidak dapat jengah ke rumah korang.salam sayang dari blog citarasa rinduan untuk kalian.



TAHNIAH ABANG EQ………..THANKS TAG DI FB AYU….SEMOGA ABANG EQ TERUS SUCCESS DALAM APA JUA YANG DICEBURI….TAHNIAH….


Ps: klik sini ke blog beliau...Abang EQ,jangan lupa belanjer ayu walau dah terkenal yer….ada hutang the tarik 1 gelas kan?? heheheheh

14 ulasan:

wahida said...

besar dugaan awak...tabahkan hati ye...saya doakan ur FIL dan suami sihat kembali...amin...

Piasara said...

Insyaallah...semga semuanya selamat.Tabah dan sabar selalu....

ibuintan said...

semoga urusan pengubatan en zalie dipermudahkan..

moga cepat sembuh kepada FIL juga

jeBateja said...

bahya gak tonsen tu erk....den pernah dgr tapi tak pernah tgk...

siti noorazizah said...

Insyaallah semuanye akan selamat.... n klu operation jln yg tbaik, baik teruskan...memangla ade risiko... tp klu utk jangke pjg itu yg elok....teruskan... family selalu mdoakan yg tbaik utk abg jali....

p/s: FIL 2 sape

cik pulau said...

moga segalanya dipermudahkan..
banyakkan berdoa yer kak Ayu..
tabahkan hati..^^,

eelobor said...

Semoga en.zalie cepat sembuh dan sihat.

semoga ayu akan terus tabah dan cekal

eqbal memang ganaz....nak sambung phd kan dia?

K.Nor said...

salam ayu, semoga segalanya dipermudahkan buat ayu sekeluarga terutamanya suami ayu.. sabar ya.. insyaallah ada hikmah disebalik segala ujian ..

munna said...

setiap orang ada dugaanya ayu kan... dokan ayu dan en. zalie yang terbaik...

LinRosly said...

Assalamualaikum Ayu...

Kak Lin doakan suami Ayu cepat sembuh dan sihat seperti biasa...Aminnnn.

Bersabarlah di atas segala ujian yang menimpa....

ejaescobart said...

ayu,

tabahkan hati kuatkan semangat...

moga FIL cepat sembuh.. dan en zalie pun lekas baik.. aminn...

Mas said...

ayu,
moga semuannya akan dipermudahkan oleh Allah.....
kuatkan semangat ayu...

Kakzakie said...

Salam Ayu,

Ayahnya sakit anak pun sakit juga. Ayu mesti dalam kebingungan dan sedih kan.... Ujian Allah tidak menentu. Kakak tahu Ayu & hubby mesti boleh harunginya. Moga cepat sembuh & kembali seperti biasa....

azzey said...

Mudah2an Ayu tabah berdepan dgn masalah kesihtan Suami tersayang ye...