Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Wednesday, February 29, 2012

Wordless Wednesday (Part 26 D) gambar disebalik majlis yang meriah...


Orang kuat majlis… penat… bila penat.. mula buat lawak tak ingat!! meriahhh


Ada kugiran, bila abang iparku menyumbangkan suara, anak saudara pertamaku terus ikut langkah.. gamat suasana layan mereka menyanyi, malahan usikkan demi usikkan mengamatkan suasana







Adat orang Johor, tol tak pernah dilupakan.. berpeluh2 si tukang tepis  (sampai mandi peluh) melayan karenah tol2 tak bergaji… hahahhaha..

Ada silat dari sepupuku yang pandai menyumbangkan ilmunya…

Wordless Wednesday (Part 26 C) Tayang gambar makanan pulak!!







Wordless Wednesday (Part 26 B) layan Gambar bersanding, dan makan damai








Wordless Wednesday (Part 26 A) Layan gambar berinai pula











Wordless Wednesday (Part 26) layan gambar Nikah











Tuesday, February 28, 2012

Gadget ini memang power, laju dan sedap...


Inilah basikal terbaru yang ku miliki, baru 4 hari bersamaku….

Bila ada 2 basikal, aku rasa kelainannya, basikal jenama Proton.. aku suka basikal terbaru nie, lembut dan selesa bila menunggangnya…

Kalau dulu, kalau naik atas bukit, aku kena turun.. sorong.. hahahahha, (lawak gak, kalau ingat kenangan aku mula2 join berbasikal), kali ini dah berbeza…. Bukit, jalan tak rata aku dah tak perlu gusar…..

Moga2 perantaraan basikal ini, riadah terbaruku harap2 berkekalan, sekurangnya.. sihat tubuh badanku.. Amin


PS: nak minta maaf kepada seorang blogger yang berada di Muar, kak terlepas pandang, insyallah.. kak check bloglist kak semula.. maaf sekali lagi ya dik..

Monday, February 27, 2012

Jumpa blogger lagi? Wah!! Siapa pula tu?


Hari ini dalam sejarah, bertemu dengan 2 blogger dihadapan mata. Siap boleh peluk2, dan bersalaman… indahnya.. (buat pembaca.. entry ini sangat panjang dengan gambar2 sebagai kenangan teristimewa kami bertiga) harap tak bosan ya

Kalau ikutkan pertemuan ini tidak dirancang, lepas memasak lauk tengahari, dapat call dari blogger kecil comel, blogger izan namanya, mahir buat kek dan pandai make over wajah seseorang (jom skodeng blog kek beliau)..dah kenalkan?, Tak kenal juga ker? Ala yang en suaminya kerja dilautan.. heheh (offshoremen)..korang klik sini ke blog suami blogger Izan.berkisar tentang pengalamannya dilautan


Katanya dia di pasir gudang, HOTEL SELESA.. wah!! Ini sudah bagus.. maksudnya akan ada pertemuan dengan seorang lagi blogger yang sangat saya minati…( senior sekolah saya dahulu) blogger Aja (Faizah Ayes).. gigih dapatkan no telefon kak Aja, kebetulan kak Aja dah 14 tahun bekerja di hotel tersebut.. 



Dalam 4 lebih, hati dah rasa cuak, apoinment en zalie baru sahaja habis, dan belum buat bayaran, saya dah telefon Izan dan kak Aja untuk confirmkan semula pertemuan tersebut, walhal.. dah rasa takut tiada jodoh kami..


Syukur, akhirnya mereka dihadapan mata…

Bila bertemu, of couse.. biar gambar berbicara   
Suka sangat sebab dapat melawat hotel tempat tinggal blogger izan dan tempat kerja blogger Aja.. cantik viewnya.. macam2 ada….












Kalau korang berminat nak bersantai di Hotel SELESA, korang boleh datang sendiri ke pasir gudang… masuk sendiri dan merasai pengalaman duduk di hotel yang best tu… sesekali manjakan diri dengan keluarga, pastinya berbaloi2… (tengoklah blogger Izan yang kecik molek tu.. gagah kehulu kehilir dengan blogger Aja) aku tumpang 2 kaki....hehehhe



Dan paling tidak dapat dilupakan tentu sekali bertemu dengan en offshoremen.. baiknya hati dia, sebab tak kisah saya ambil gambar mereka sekeluarga…ingatkan tiada jodoh nak bertemu beliau… sesekali orang laut bertemu dengan orang darat, kami yang dapat tempiasnya.. hehehhe, kannnn kak Aja…




PS: syukur, azam saya tahun ini mahu bertemu dengan mana2 blogger yang ada kesempatan dan ada izin dariNya, termakbul juga (dan saya mendoakan, akan datang lebih ramai blogger yang sudi gather2 denganku)