Lebih mengaibkan, wanita berusia 30-an itu yang membawa bersama anaknya berusia lebih setahun turut menuntut supaya suaminya menceraikannya.
Bertindak atas laporan suaminya, wanita itu bersama bekas teman lelakinya ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam serbuan di sebuah rumah di Shah Alam, Rabu lalu.
Sumber Jais berkata, dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, pasangan kekasih terbabit gagal membuktikan mereka mempunyai ikatan sah mengikut hukum syarak apabila disoal siasat.
“Mereka dibawa ke pejabat Jais untuk siasatan lanjut dan sebelum dibebaskan dengan jaminan mulut,” kata sumber itu.
Menurutnya, siasatan awal Jais mendapati suami wanita terbabit membuat laporan mengenai kecurangan isterinya, selain mendakwa isterinya melarikan anak mereka.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Jais, Mohamad Rais Rasid mengesahkan serbuan dan tangkapan dilakukan pihaknya terhadap wanita terbabit bersama bekas teman lelakinya.
“Kami sudah menyoal siasat pasangan terbabit dan mereka bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah pada Jun depan atas kesalahan berkhalwat,” katanya.
Menurutnya, sekiranya bersalah pasangan terbabit boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun, mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.
Kredit to metro online
PS: bahana FB….(agak hairan hari ini, baik sahabat atau kenalan FB, tak ada yang boleh aku wish hari lahir pada hari ini 5.2.2011……agak berlainan sekali)
7 ulasan:
metro memang sensasi,,hehe
macam2.....sambil mengeleng2 kepala...
minta dijauhi dari perkara2 mungkar macam tu......
gila ah... ada pulak mcm tu...assalamualaikum awk..alief ada satu permintaan..kalau awk free,dtg la singgah dan baca blog alief..bg kritikan membina kat newbie mcm saya ni..supaya alief boleh memperbaiki mutu penulisan alief dan boleh menjadi blogger yg hebat mcm awk..kalau awk rasa blog alief best dan menarik,,awk follow la..kalau awk rasatak best,awk komen la sikit..dan bagi pendapat.. alief tunggu awk..trima kasih..sila bagi tunjuk ajar.. http://aliefcmoi.blogspot.com/
wow! hhmmm, berat kes nyer... :(
adake sesiapa nak bawak awak lari
akak ditag
http://www.abgshah.com/2011/02/contest-1-bila-saya-mati-by-sisyira.html
Salam, apalah malang suami dpt bini macam nie :(
Entri terbaru :"Nasi lemak buah keranji"
Post a Comment