CITARASA RINDUAN

Thursday, February 17, 2011

RESEPI PUCUK PAKU GORENG

Pagi ini,untuk 17 Febuary 2011 untuk edisi GEGAR BLOG ANDA masih dalam gegaran, tapi…kita rileks dahulu, dah penat berjalan ke pelbagai negeri dan Negara..jangan pening kepala……kita layan dahulu resepi mudah ini..

Seperti yang pernah ku janjikan pada kalian, untuk kuberkongsi resepi dengan kalian….
 

Oleh kerana Sayur pucuk paku goreng menjadi pilihan kalian, jom..semak resepi mudah ini, entry permintaan adalah di sini

Bahan-bahannya

  1. sayur pucuk paku- di raut daun dari batangnya, dibasuh daun dan ditoskan
  2. ikan bilis belah- disiang, dibasuh, ditoskan dan di tumbuk halus(ayu guna ikan bilis, kerana kombinasi daun pucuk paku dengan ikan bilis menghasilkan rasa yang lemak dan menyelerakan)
  3. bawang merah-2 biji ~blander/tumbuk~
  4. bawang putih – 4 biji (penggunaan bawang putih hendaklah di lebihkan untuk mengasilkan rasa yang sedap selain bau yang wangi) ~jua blander/tumbuk~
  5. lada merah- 4 batang ~dibasuh dan dihiris ~
  6. minyak masak – sedikit sahaja
  7. ajinamoto- sedikit
  8. garam - sedikit
  9. air paip

Cara memasak

  1. panaskan kuali, masukkan minyak masak, tunggu minyak betul-betul panas, masukkan bawang merah, bawang putih, garam, ajinamoto dan lada merah. Tumis kesemua bahan sehingga mengeluarkan bau yang wangi. Kemudian masukkan ikan bilis
  2. masukkan sayur pucuk paku mentah gaul dengan mengunakkan api yang perlahan..  masukkan air agar sayur daun pucuk paku tidak lebam
  3. tumis dan gaulkan kesemua hingga sayur sudah masak, jangan terlalu lama, kuatir zat dari sayur akan hilang, matikan api dapur dan hidang
  4. selamat mencuba

8 ulasan:

ibuintan said...

sedap tu Ayu... buat rendang ngan kerang pun sedap tu

Mas said...

ayu,
kalau ngan pucuk paku mas suka buat masak lemak dan goreng macam yang ayu buat ni....
memang sedappkan ayu....
terliur mas tengok pucuk paku tu...
sedappnya makan ngan nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan....

eelobor said...

macam2 ada kat CR nie....resepi ader, gegar blog ada, gosip artis ada. ngalahkan astro tuh

tun_telani said...

err... k'ayu, bawang putih tu 4 biji ke 4 ulas? hihi~
sy suka mkn masak lemak pucuk paku!! sedapnyer~~

kella said...

alaa kak ayu, kita baru je masak lemak sayur pucuk paku semalam! setelah berhempas pulas nak mikirkan apalah nak di masak dengan sayur ini.. last last buat lemak je...
takpe.. next time kita cuba resepi kak ayu ni pulak ya...
:)

sahromnasrudin said...

selalu org buat masak lemak pucuk paku kans...

mama maman said...

terer nye cik ayu nih memasak.... bila la nak terer gitu... hhhaaa....

ct_nurmarlissaa said...

Wahhh..terliur sudah...:-)