Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Monday, September 26, 2011

Sudah tiba masanya, blog CITARASA RINDUAN direhatkan..

Salam pagi isnin…..

Sudah tibanya, blog citarasa rinduan dicutikan sebentar, bagi menguruskan hal-hal yang lebih utama, walau ada rindu dan tiap hari terfikirkan kalian,ku perlu ambil keputusan ini.... 

Kepada yang sudi singgah dan meninggalkan komen ke mari… hanya ucapan terima kasih sekalung budi….
Insyallah bertemu kembali dialam maya….



PS: Moga tak jemu dan tak bosan melayan kerenah daku yang hanya blogger dipinggiran…


Sunday, September 25, 2011

Memey-Norman Sah Bergelar Suami Isteri




Memey dan Norman kini sah bergelar suami isteri.
PETALING JAYA: Pelakon Norman Hakim, 35, telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, pelakon Memey Suhaiza, 23, pada Sabtu di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.
Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah mukim Kambau, Kota Tinggi, Zulkifli Tarmizi berwalikan bapa Memey, Suhaimi Sawarni, 49.
Pada majlis tersebut, Memey turut menerima mas kahwin berjumlah RM22.50 dan lima dulang hantaran termasuk wang hantaran RM24,000, sistem pengesanan global (GPS), rantai, cincin berlian, kek buah berbentuk beg tangan Gucci, sirih junjung dan al-Quran.
Sementara Norman menerima tujuh dulang hantaran daripada Memey iaitu iPad 2, cincin, coklat, buah-buahan, sirih junjung, kek lapis Sarawak dan al-Quran.
Keseluruhan hantaran kedua-dua belah pihak dianggarkan berjumlah RM40,000 yang digubah oleh Iezla Bridal merangkap perunding perkahwinan.
Memey dan Norman kelihatan sama cantik sama padan mengenakan baju pengantin berwarna mengikut kulit rekaan Ezuwan Ismail.






Memey menerima hadiah hantaran daripada Norman. - Foto RAHMAN EMBONG
Selain keluarga kedua-dua belah pihak, majlis ini turut dihadiri dan disaksikan oleh 1,000 tetamu.
Menurut Norman, dia akan membawa Memey berbulan madu di Paris dalam masa yang akan ditetapkan kemudian dan seterusnya dijangka ke Mekah untuk mengerjakan umrah pada tahun depan.
Pada malam Sabtu, pasangan ini melangsungkan majlis malam berinai di rumah pihak perempuan di mana Memey mengenakan baju busana berkonsepkan kontemporari berwarna peach manakala Norman dengan baju tradisional berwarna hitam yang disediakan oleh Iezla Bridal.
Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan dilangsungkan di rumah pihak perempuan pada Ahad dengan berkonsepkan perkahwinan dalam taman. Pakaian persandingan direka oleh Hatta Dolmat manakala untuk upacara memotong kek direka oleh Rizman Ruzaini.
Pada 28 September depan pula, majlis perkahwinan yang bernilai RM12 juta, akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia.
Tema majlis perkahwinan itu berkonsepkan Kosmopolitan dan hanya 200 orang tetamu sahaja di undang iaitu pihak media dan selebriti.
Menariknya Memey akan menyarungkan gaun pengantin pereka tersohor dunia, Vera Wang pada majlis perkahwinannya pada 28 September itu.
Menurut perancang perkahwinan mereka, Billbora, gaun yang menjadi pilihan selebriti Hollywood seperti Kim Kardashian, Mariah Carey dan Invanka Trump itu telah dibeli oleh Rafflesia, menerusi sebuah agen di Hong Kong.
Memey akan mengenakan dua gaun pengantin pada majlis tersebut dan salah satunya daripada rekaan Vera Wang yang berkonsepkan Bohemian. Bagaimanapun ia bukanlah ditempah khas sebaliknya dibeli oleh pihak Rafflesia yang inginkan kelainan pada majlis tersebut.
Sepasang lagi gaun yang akan dikenakan pula direka khas oleh tiga pereka tempatan daripada Rafflesia dengan bertatahkan mutiara gred A yang bernilai RM500,000.
Bagi pakaian pengantin lelaki pula, Norman akan mengenakan dua pasang sut tradisional Inggeris rekaan Lord's Taylor bernilai RM10,000 setiap satu.
Menarik lagi, keempat-empat gaun dan sut pengantin tersebut akan dipamerkan untuk satu acara istimewa di Muzium Negara pada 26 November hingga 31 Disember depan.
Selain Rafflesia, Lord's Taylor dan Vera Wang, Profesor Datuk Jimmy Choo juga akan menghasilkan dua pasang kasut khas buat Memey yang bernilai RM300,000.
Ini merupakan perkahwinan pertama buat Memey manakala yang kedua bagi Norman.
Norman pernah berkahwin dengan pelakon Abby Abadi pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3. Mereka bercerai pada 18 Disember 2008.
PS: Kredit to mstar online, semoga berbahagia dan kekal selamanya…..

Saturday, September 24, 2011

Moga hari ini lebih baik dari semalam..

Salam pagi sabtu sahabatku semua..

Hari ini citarasa rinduan kembali beroperasi…. Walau semalam banyak agenda… walau semalam urusan utama banyak dilakukan… namun sekurangnya ku rasa lega kerana semuanya berjaya dilalui…. Hidup hanya sekali, pandai2 menguruskan itu ini…

Moga hari ini lebih baik dari semalam, semoga rezeki bertambah2…. Jom, ke citarasa rinduan !

Friday, September 23, 2011

Kerana si Angry Bird, akhirnya termakan hasutan...

Bila geng2 blogger dok tayang..

Aku dah mula pujuk Umai..

Ya lah kan. Umai tastenya hanya minat Barbie, mickey mouse, princess, Ana Muslim..lain2 dia tak termakan pujukan… tayangkan lah apa2 pun jenama lain.. dia tetap tamo..

Bila kak zakie syer entry tentang anak2nya yang hari2 pakai dan gunakan.. aku pun terpikat sama



Bila gadis bunga tayang 3 batang pen yang berkepala tu.. aku lagilah makin suka..cun kan.........


Akhirnya, selepas solat maghrib, aku belanjer keperluan citarasa rinduan.. terus ku perasan kelibat si angry birds.. banyak ko.. macam2 ada..baik keperluan sekolah, bantal, beg, frame dan apa2 keperluan sekolah kanak2.. aku mula cucuk jarum kat anak daraku.. hehheh



Dan akhirnya.. Umai termakan hasutanku.. hahahahha…

Tara!!!!!!!!!!! Kipas si angry Bird… lain2 dia tamo. Garang katanya.. kredit pada blog kakzakie dan GB, klik gambar mereka untuk ke blog mereka..

Terajin sedikit petang ini..



Ada pisang goreng , semalam beli pisang tanduk mentah, ingatkan nak buat menu berbuka, sekali… hehehhe. Masih mentah ko…so, petang nie baru boleh digoreng..siap buat sambal kicap lagi, orang Johor memang suka makan ada pedas2…

Untuk makan malam kami. Jeng2.. hanya ikan selar goreng, tauger dan sawi goreng (menu untuk mudah dapat zuriat, kan Gadis bunga?.. heheh) dan tulang ayam masak ungkap…. Ada Nampak kaki ayam?? Itu feberat anakku umai..

Dah hidang.. jom.. makan sama2….kena makan panas2.. lagipun dah hampir maghribkan…. korang dah makan malam??

Aku tak biasa, korang mesti dah lali...

Kalau dah namanya tak biasa.. memang tak biasa…

Sungguh, aku kan orang kampung, hanya duduk kawasan yang kurang manusia, lagilah kurang berdepan dengan risiko kesesakan jalan raya.

Tapi, bila berhadapan dengan situasi dijalanraya, di lebuhraya.. Subhanallah, memang menguji imanku.. kalau ada darah tinggi mau2 naik hingga 180.. hehehhehe


Kiri kanan kenderaan.. nak memandu laju pun tak boleh.. tiap kali belakang lori.. ku ala2 pitammmmmmmm…. Ku tahu ku kecil…..depo besor..

Sampai rumah aku tidur tak sedar diri.. mengantuknya…


PS: korang yang duduk area kota mesti dah biasa kan?? Kesesakan jalanraya dah sebati dengan korang eik? Aku memang tak biasa… 

Doa dan amalan untuk mendapakan Zuriat


Salam pagi jumaat sahabatku semua…sekejapnya masa berlalu.. hari ini citarasa rinduan tidak beroperasi, jadual ku akan dipenuhi dengan temujanji en zalie dengan doctor… sudah tiba masanya jadual kami padat dik temujanji demi temujanji yang telah dibuat sebelum ramadhan lagi..

Saat ini, ku bermohon agar 1 hari nanti akan ada zuriat buat kami… selain usaha, selain petua yang kami amalkan.. ada jua amalan berkaitan dengan doa yang kami amalkan…
Ku kongsikan dengan kalian doa amalan kami untuk mendapatkan zuriat …. Kami usaha, Insyallah..


Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh

- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.


PS: Doa ini kupelajari dari Ustazah Siti Nur Bahiyah..semoga usaha yang kita lakukan sekurangnya membuahkan hasil.. Insyallah

Thursday, September 22, 2011

Kuah rojak asma..

 Selamat malam jumaat sahabatku semua.. ku online dah larut malam.. sah2  kawanku semua dah tidur awal… tak apalah.. ku sajikan dengan kalian resepi kuah rojak asma untuk kalian.. ini resepi mak mertuaku.. kita belajar buat sama2 ya….

Asalnya rojak mee ada dijual di citarasa rinduan, namun 10 tahun bertahan, MIL hentikan penjualan kerana memikirkan risiko bahan2 yang banyak, dan permintaan yang sedikit….
Jom, kita sama2 lihat apa resepi kuah rojak istimewa ini



Bahan-bahannya

1.       Bawang merah 6 biji (dikupas kulit, dibersihkan)**
2.       Bawang putih 4biji(dikupas kulitnya dan dibersihkan)**
3.       Halia sebesar ibujari (dikupas dan dibersihkan kulitnya)**
4.       Kunyit basah (dikupas kulitnya dibersihkan)**
5.       Belacan (sedikit sahaja)
6.       Lada kering atau cili padi **
7.       Minyak masak untuk menumis
8.      Air
9.       Keledek 2 biji (dikupas kulitny*a, dibersihkan dan direbus) ***
10.   Biskut marie 4 keping **
11.    Kacang tanah 200gram (digoreng)***
12.    Garam sedikit
13.    Ajinamoto sedikit
14.    Gula 4 sudu
15.    Bijan 200 gram


Cara-cara menyediakan

·         Blander kesemua bahan bertanda **, kecuali keledek, kacang dan biskut
·         Tumis bahan yang bertanda ** dalam kuali panas yang berisi minyak, masukkan gula, belacan, garam dan ajinamoto.. tumis hingga betul2 masak  (minyak akan lari dari bahan)
·         Masukkan bahan yang diblander bertanda *** kedalam kuali yang sama, masukkan air, kacau hingga sebati jika kurang cair masukkan air sedikit demi sedikit
·         Apabila sudah masak, masukkan bijan, matikan api


Hidang bersama jemput2 kosong, jemput2 sayur, telur rebus yang digoreng, fish cake yang digoreng, daun salad, lada hijau, tauger, tahu goreng, kentang goreng, temper goreng, lebih enak ditambah dengan mee yang telah di rebus dengan air panas…

Selamat mencuba…..

PS: Esok pagi ke hospital… moga urusanku disana bersama en zalie dipermudahkan.. amin…



Berita semasa, Aduhai!!!

Selamat pagi khamis sahabatku semua..
Walau daku sibuk,namun tetap melayari berita semasa, kalau isu bunuh dan balas dendam dimana2 hingga meragut nyawa, dah macam isu makan nasi..hari2 pulak tu…. kan………kannnn…
Isu artis pula, paling popular minggu ini tentang kes si Mamat dan Fida, kes apa lagi.. semestinya kes Nampak rambut, selain tu. Kes si Nabil yang akan mendirikan rumahtangga akan datang dengan pasangannya Nazirah Ayob.. moga jodonya kekal selamanya..dan kes filem Hantu Bonceng tentang si Zizan mempesendakan kalimah Allah.. alahai… memang rangking yang paling terhangat… macam2 kan……….
Aku nak syer tentang virus di internet yang paling hangat untuk tahun nie.. tentang virus yang kerap melanda alam maya… sebenarnya, tempohari FB aku dah kena serang.. sebab tu.. ku dah kurang aktif.. rasanya aku nak remove FB ku, sekurangnya privasi dan gambar2 terdahulu yang hanya ku kongsi dengan kawan2 boleh diselamatkan….
Agak2 kalau aku buka FB baru, ada ker yang nak approve daku????

Wednesday, September 21, 2011

Tak layak................

Semakin hari ku rasakan aku dah tak layak nak berblog, sungguh, kali ini pengakuanku 100% adalah benar… semakin terharu dengan persahabatan dialam maya.. rasanya kalaulah aku ada 1 kuasa ala2 superman atau terjumpa pintu doremon.. tambah lagi, wordless wenesday  part 15 dibawah ada padaku saat ini, dah lama kita bertitip pesan,, kan…..kannnnnn…..
Jom layan rezeki berbukaku hari ini…


Aiskrim MD pemberian en zalie, dibelinya sewaktu pulang dari hospital.. (kalau area kampung aku manalah ada) nak cari kena keluar sejauh 40minit pergi dan balik cair dalam perjalanan.. hehehhe


Mertabak kentang mini hasil air tangan MIL, sejak2 MIL kembali solo.. hari2 dia tak menang tangan, asyik buat itu ini… tak apa, janji MIL happy dan kerinduan terhadapt arwah FIL berkurangan..sayang Mak Ros……


Air kembang semangkuk, hasil tangan pembantuku dikedai.. Asalnya dia nak buat untuk dirinya seorang.. aku pujuk2 buat lebih, sambil hulurkan RM 10.. hah!!! Sejag ala2 air cikang dihadapan mataku.. thanks my bibik!! Aku berbuka dengan perut yang kenyang..

PS: selamat malam buat semua yang sudi bertandang, ada keizinan, ada masa yang terluang.. ku usahakan BW ke blog kalian.. salam penuh kerinduan pada kalian semua….

Wordless Wednesday (Part 15) Kalaulah mampu....







Biar gambar berbicara..
Tapi aku nak berkata2 jua…
Kalaulah ada sebijik menantang kat atas tu.. aku akan pastikan hari2 aku terbang melawat korang..
Agak2 berapa harganya eik??????

Tuesday, September 20, 2011

Sudah waktunya suamiku berdikari

Esok pagi en zalie ada temujanji dengan pakar OSA di klinik dada… pertama kali ku tidak menemani suami tersayang…walhal setahun nan sudah rawatan dimana2 pakar baik medical,ENT, FISIO,DIET mahupun pakar dada akulah yang jadi pendampingnya…
***************
Ada tempahan dan kekerapan citarasa rinduan kurang beroperasi setiap minggu membuatkan pelanggan ada yang dah panjang mulutnya..
Ya!.. ku tahu, ku berniaga nasi campur, bila pelanggan dah ada, sudah semestinya ku dahulukan yang utama dan semestinya pelanggan ibarat raja..
****************
Memandangkan tahap kesihatan en zalie ke arah positif, malahan ku perhatikan cara pemanduan en zalie semakin normal seperti dahulu.. ku tahu.. sudah waktunya suamiku berdikari..
Good luck untuk suamiku.. yang baik2 ku doakan untuk beliau..
PS: selamat malam buat semua sahabat dan rakan yang kerap memberi nasihat dan komen ke blogku..…Maaf berlori, ku tidak ada peluang untuk singgah ke blog kalian.. ampun maaf dipinta..sesungguhnya hanya ucapan TERIMA KASIH yang dapat ku ucapkan.. salam sayang dariku AYU CITARASA RINDUAN

Bila aku dah start berleter part 2

Sebenarnya dah malas nak kecoh2..
Tapi bila aku luahkan di blog, akhirnya aku mendapat kepuasan sendiri....
Lumrahkan bila ada golongan yang sudah menerima tapi tak ambil tahu siapa menghulurkan, itu kes lupa diri, atau tak mengenang jasa…
********************
Okey, aku tipu itu kes lain.. nie kes perniagaan… hujung2 kes aku tempohari, nampak gayanya.. itu semua auta semata… ku kena tipu.. bengang sudah……………
Dari hari khamis aku check akaun.. tak ada RM,bukan banyak pun hanya RM 260.00, (sarapan pagi, tengahari dan petang untuk 25 orang makan) jumaaf hari malaysia, faham.. bank tutup, samalah dengan sabtu dan ahad… (pelik gak, bila kata online bila2 masa tanpa had boleh urusniaga, tanpa tunggu bank beroperasi rasanya nak transfer duit tak ada jadi masalah kan…kan???)
Hari ini dah hari selasa, tak ada langsung butiran pembayaran di akaun simpananku….. bengang sekali lagi…..menyampah pun ada…
PS: bertambah nak bebel, bila ada pelanggan suka2 nak kurangkan harga makanan, hello…. Aku jual nasi goreng ayam sebungkus RM4.50. dengan harga ayam dah naik hingga RM 8.50 sekilo.. takkan senang2 nak minta RM3.00 sebungukus.. Aci ker?……..

Tip jauhkan diri dari masalah

Assalamuaikum, salam ceria di pagi selasa…..

Awal sedikit ku beronline hari ini… sesudah bersahur, sedang menanti azan subuh berkumandang. Molek ku kongsi tips yang ku pelajari semasa alam persekolahanku

Teringat apa kata ustaz yang mengajarku.. semasa bangkit dari tidur.. kita dikehendaki mengamalkan amalan sunah, seperti menyebut kalimah Allah… selain membersihkan diri, dalam fikiran kita hendaklah sentiasa kearah postif

Sebagai contoh.. jika menghadapi kesulitan membayar hutang, semasa bangkit tidur diawal pagi, jangan fikirkan masalah tersebut.. kita fikirkan kita mampu bayar dan semoga Allah mempermudahkan urusan kita

**************

Selain itu.. semasa mandi pagi, air hendaklah dicurah dari permukaan kaki hingga ke atas, molek kalau basuh kaki dahulu.. boleh awet muda tau…..

Berbeza dengan yang mandi wajib tu,. Basuh tangan dan kaki, seterusnya curahkan air ke kepala hingga kebawah..

Success In Life: Bangun pagi gosok gigi....
Lagi satu, kita hendaklah lebihkan menyapu air dan sabun pada bahagian hadapan barulah disudahkan ke bahagian belakang

Moga, kita sentiasa ke arah positif dalam kehidupan kita… dan ku doakan agar sahabatku yang membaca entry ini selalu dijauhkan dari segala masalah yang kalian hadapi… Amin

Monday, September 19, 2011

Ada undangan, namun akhirnya ku katakan TIDAK..

Assalamualaikum, selamat petang,,,
Tak ada entry terbaru yang boleh ku syer dengan kalian.. dengan aktiviti ku yang hanya memanjang dipenuhi di kedaiku sendiri..
Dengan menguruskan kehidupan sendiri dengan family tersayang, lagilah saat ini, en zalie, umai dan MIL mengharapkan aku untuk kembali bersemangat menghadapi kehidupan..
*************
Banyak jua aku mendapat undangan majlis rumah terbuka sahabatku yang lain selain undangan majlis Perkahwinan,. Namun sayangnya perjalanan adalah agak jauh bagiku, masa 1-2 jam yang ada lebih elok ku gunakan menguruskan keperluan yang lebih penting..
Rasa ralat kalau nak diikukan, lagilah bila ku fikirkan ku akan bercampur gaul dengan teman2 lama tanpa en zalie disisi… pastinya saat itu ku akan fikirkan en zalie di rumah,
Namun, hanya ucapan terima kasih atas jemputan kalian.. panjang umur.. insyallah pasti tahun mendatang ada keizinan kita dipertemukan…
PS: beraya tanpa en zalie adakah bermakna raya ku itu?

ANTARA KEJU DAN BELACAN, drama Astro Warna 132.

21 september 2011 (hari rabu), astro warna saluran 132, bakal menyajikan kepada peminat drama komedi sebuah drama yang paling mencuit hati… bakal bersiaran jam 10 malam, Antara Keju dan Belacan itulah tajuk yang akan menemui anda seisi keluarga…
Penulis skrip Zaini Kosnin, dan Nasarudin Ab Rasif memilih Natasha Hudson (watak Tyna) sebagai heroin dalam drama komedi ini…
Bila ku baca sinopsi drama ini di akhbar metro harian jumaat bertarikh 19 September 2011, ku tahu.. gabungan pelakon Shuib sebagai Jai (raja lawak sepah) pasti membuatkan malam anda ceria sekali…
Ditambah dengan lakonan Fathil dani dan Sheila Mambo sebagai ibubapa Tyna pastinya mewujudkan eleman kekuatan dalam drama komedi ini…
****************
Ianya mengisahkan, tentang Tyna dan James, sering dipandang serong dikalangan rakan sekerja wanita tersebut, tyna sanggup berpura2 menjalani hidup seperti warga asing kerana ingin mengikuti cara kehidupan teman lelakinya seperti tidak makan makanan tempatan.
Namun, disebalik lupa daratan Tyna, sebenarnya dia mempunyai rahsia yang hanya diketahui oleh Jai (rakan sekerjanya) sebagai penghantar surat. Rahsianya adalah Tyna mengemari sambal belacan, Oh!!! Lucunya daku apabila berimaginasi lakonan Natasha yang mencuri2 makan sambal belacan di pejabat sambil disekodeng oleh si Shuib.. hahahhaha..
Sebenarnya Jai sudah lama meminati wanita itu, dan sering memerhatikan gerak geri wanita idamannya, tanda disedari sebenarnya, Jai diminati oleh wanita Inggeris bernama Maria... jeng2!!!!! Semakin panas bunyinya…..
1 hari james melamar Tyna, dengan bersetuju memeluk agama Islam dan apabila berkawin Tyna akan dibawa pulang ke negara asal James di Hungary, saat inilah Jai memberanikan diri memberikan hadiah istimewa kepada wanita idamannya.
Hadiah yang di berikan kepada tyna adalah seketul KEJU dan semangkuk BELACAN, Jua terselit VCD bertajuk antara keju dan belacan, kerana hadiah itu.. fikiran Tyna berbelah bagi untuk memilih siapakan jodohnya yang sebenarnya..

PS: jom.. ramai2 jangan lepaskan drama komedi hebat ini….. kita gelak sama2 ya!!!!!!!!!!!!!

Sunday, September 18, 2011

Jom ramai2 kita serbu karnival PESTA BUKU MPM di Pesta Konvokesyen UTM ke 47skudai

Asalamualaikum.
Kengkangan masa buatkan aku tiada masa berlamaan di depan pc.. ku mengharapkan kalian yang sudi singgah ke blog citarasa rinduan khususnya warga negeri Johor beramai-ramai meraikan majlis konvokesyen yang bakal berlangsung di UTM skudai dari 21-28 september 2011
Akan berlangsungnya pelbagai aktiviti yang menarik menanti anda…
Bagi peminat buku, majalah dan novel.. jom.. kita serbu booth Karangkraf.. mana tahu rezeki anda. Bakal bertemu penulis karangkraf yang kalian cintai…


Buat blogger mama noriz,blogger  kak ct Zaleha(batu lesung), semestinya kalian yang berkhidmat disana pasti tidak akan melepaskan peluang ini.. buat blogger kasih suci dan en suaminya.. jeng2.. tolong borong banyak2 novel alaf 21 feberat kak ayu ya.. hehehe
Buat blogger sunah, blogger nad, blogger sara, dan blogger geng2 students UTM, apa lagi.. masa nie lah tunjukkan bakat niaga apa yang anda tahu… niaga kek lapis sarawak pasti berbaloi2…. Kan…kan….
Kak ayu teringin nak niaga mee bandung disana.. ada sesiapa yang boleh bantu kak disana? Hehehehehe.. nak uruskan citarasa rinduan pun tak cukup tangan, inikan pula nak tambah impian uruskan perniagaan di UTM.. kompom pitammmmmmmmmmmmmm…….
PS: kredit untuk Puan Sri Diah yang sudi tag namaku untuk pemberitahuaan Temu Mesra Novelis Grup Buku Karangkraf Sempena PESTA BUKU MPH di Pesta Konvokesyen UTM Ke-47…terima kasih banyak2 kak Sri…… sayang ketat2…

Saturday, September 17, 2011

Lama tak update blog!!, jom syer entry anda dengan CITARASA RINDUAN

Asalamualaikum.
Wah!! Ada ker yang rindu padaku??? Atau betulkah, korang ternanti2 entryku ker??
Hahahaha.. ayat poyo.. rindunya nak syer kisah dua hari ini ku yang terlalu padat.. malah rindu nak menyapa kalian di blog kalian sendiri.. agak2 kalau ada entry yang best!! Jom kongsi link dengan ku…..
Jangan malu2.. tinggalkan sahaja entry terbaru anda, mana tahu, ada yang syer entry tentang HARI MALAYSIA yang kalian ikuti semalam… atau ada yang nak syer gambar open house yang kalian hadiri….. Insyallah.. akan ku singgah membaca dan merasai saat yang terindah kalian rasai..
Kalau yang ke rumah sifu masak2 iaitu CIK MAT GEBU.. apa lagi, cepat2 update blog, akan cemburulah aku… pasti masakkan yang dihidangkan sedap2 belaka… dan sudah kewajibannya kalian berposing dengan tiffin biru…
******************
PS: ceritaku pula, hanya sibuk menguruskan citarasa rinduan, dan menyiapkan tempahan yang semestinya rezeki di musim perayaan..
Hanya semalam mengikuti HARI MALAYSIA anakku di sekolahnya, satu hari yang paling bersemangat ku lalui, bertuahnya menjadi anak MALAYSIA..….


Friday, September 16, 2011

Salam HARI MALAYSIA dan cerita semalam (Raya ke rumah blogger Ibu terkenal)

Salam penghulu hari.. salam 1 Malaysia, hari ini HARI MALAYSIA, kalian semua bercuti kan????
Aku layan tv 3 sekarang, ramainya yang berada di padang dataran merdeka… seperti 31 ogos.. meriah!!!
Wah!! Apa program hari ini? Aku akan mengikuti anakku menyambut HARI MALAYSIA di sekolahnya, selain ada jemputan hari terbuka sekolahnya sempena hari raya, baju yang kami akan pakai semestinya baju raya, ada sessi menaikkan jalur gemilang, semestinya saat yang wajib kami ikuti, rugi ooooo tak join.... hehehhehe
*************
Korang nak tau kemana semalam daku sekeluarga tuju???
Tara!!!!!!!!!!!!!!
Selain ke hospital, kami dapat beraya dan menjejakkan kaki ke rumah blogger ibu paling populor tau…. Suri pada komando.. jeng2.. ada yang dah dapat tangkaplah siapalah gerangannya, ibu pada 3 cahayamata yang gebu2….
Nak lihat wajah blogger terkenal tersebut??? Jom layan gambar semalam…



Laluan hospital dengan taman perumahan blogger ini memang kami lalui tiap kali ke hospital.. jadi, molek benar kami ambil kesempatan mengeratkan hubungan persahabatan…


Kehadiran kami memang dinantikan oleh ahli keluarga blogger mamamya a.k.a kak lieya sekeluarga, bila kami kata semakin hampir, en komandor dah menunggu kehadiran kami dijalanan.. terima kasih abang Ali..
Kak lieya dan anak2 yang gebu menanti kedatangan kami diambang pintu.. wah!! Terharunya…..


Ehem!!! umai yang awalnya malu2 kucing dengan along dan angah. Si firas time nie tengah tidur…


Hah!! Kan dah boleh bersatu,, siap jadi geng lagi…. Hehehheh, geng pink..
Terima kasih kepada kak lieya sekeluarga, kerana melayan kunjugan kami sekeluarga, layan kalian, santapan yang kalian hidangkan  semestinya feberat en zalie.. soto ayam, ditambah dengan “begedil” kalau nak belajar buat begedil ayam yang sangat nyami!! Kita minta kak lieya syer entrynya nanti ya… sangat kami hargai…


Sebelum balik kak lieya ada tapaukan my feberat cookies.. semestinya almond london… terima kasih kak lieya.. time nie ayu sangat malu sekali.. tak pernah pergi ke rumah sesiapa dapat cenderhati yang sangat enak……
Moga, persahabatan kami kekal selamanya…..Harapan kami semoga kak lieya dan keluarga dilimpahi rahmat yang berganda2.. Amin

Thursday, September 15, 2011

Spontaneous Thursday part 1





“Harap maklum, CITARASA RINDUAN tidak beroperasi pada 15 September 2011”

**Pertama kali aku join… walau banyak kali ku lihat blogger lain dah lama buat entry ini setiap hari khamis…. **

Wednesday, September 14, 2011

Akan Ku Miliki Hatimu itu............

 Lupakan kisah siang tadi, aku dah malas nak syer tentang emosi…
Kini aku ambil masa sedikit online tika menyediakan juadah berbuka puasa ibumertuaku… menantu mithali katakan.. hehheheheh….
Korang peminat novel??
Atau korang pernah baca novelog, 
Terkini yang aku minati adalah hasil idea ben ashaari… Akan Ku Miliki hatimu itu, itulah tajuk novelog yang ben sedang kongsikan bersama kita.... antara kedua-dua jejaka siapakan yang berjaya memenai hati seorang wanita??.. jeng2…… ben… aku bayangkan wajah aaron tau.. dengan si siti saleha juga…hahhahah
Sebelum nie aku masyuk gila dengan novelog melur jelita.. terkini, 15 september  novel beliau akan berada dipasaran yang bertajuk Awak Suka saya Tak (ASST)…. Tak sabarnya nak menunggu…..
PS: dan terkini, penulis novel bernama Hanis Azla.. dah singgah blog daku! Wah!! Terharunya…jom, terjah blog beliau kembali…

Bila aku dah start berleter...

Rabu tanpa kata2..
Memandangkan kes semalam masih belarutan.. so, nak syer gak ngan korang.. hahhahahha.. bila aku dah start berleter!!!
Adat manusia, ada yang okey ada yang kurang okey.. tak sempurna kan??
Tapi.. jenis aku adalah bila berjanji.. mesti aku patuhi, kecuali kalau memang dah tersurat tak dapat nak penuhi.. so, faham2 jerlah kan… bincang atau kita bertemu muka.. insyallah.. tak ada yang tak boleh selesai… asal sama2 memahami, jangan sebelah pihak buat dono.. mulalah aku dah panas telinga!
Yang buat frust tu.. bila dah janji begini begitu….. akhirnya mungkir janji.. nie cerita tentang payment, bila order ikut suka.. minta itu dan ini.. yang sedap2 aje, yang terbaik aje… semuanya nak perfect…
Last sekali?, apa kes kalau tiba2 pelbagai alasan ditaburi… tak ada peruntukkan lah, bayar hujung bulan. Bayar pakai check lah…….. fuh!!!! Nak buat lagu mana???
Sabor?? Sampai bila…….
Tup2… buat macam customer lain.. dah bertahun2 tak bayar hutang……serik aku….

Wordless Wednesday (Part 13) Marhaban Raya ke 15



 Rezeki dibulan syawal….terima kasih kepada seluruh hadirin yang sudi keteratak kami.., alhamudllilah.. kesihatanku semakin pulih.. terima kasih sahabat sekalian yang sentiasa mendoakan kesejahteraanku dan memberi pelbagai tips padaku…

Tuesday, September 13, 2011

Mana pintu doremon???

Berniaga selepas musim perayaan. Lagilah hari raya aidilfitri membuatkan beban dikepalaku kian bertambah..
Serba salah nak membeli bahan mentah.. ayam naik, sekilo hingga RM8.00.. belum campur bahan kering seperti cili, bawang dan sebagainya
********
Mana nak fikir menu untuk marhaban, kalau aku tolak tak patut pulak, so.. terima.. hari ini ada marhaban dari GPW, masa mereka sampai aku tak tahu.. katanya rumah paling akhir.. em…….
Sesekali ada tempahan dari pelanggan untuk open house, ikutkan nampak mudah.. namun, bila order last minit.. atau senang kata memang oder tak masuk akal, macam ambil pesanan jam 12 tengahari tapi nak ambil jam 4petang… kalau menu mudah okeylah kan.. aku goreng mee hoon jer, nie nak pencuci mulut, kuih muih….
Fuh!!!! Kalaulah memasak dan menyediakan kuih muih itu sesenang masuk pintu doremon, memang aku dah lama order satu…

Monday, September 12, 2011

Good Luck

Good luck untuk semua pelajar yang mengambil peperiksaan UPSR pada esok hari..
Tak silap, anak blogger kasawari tahun nie pun ambil exam gak, anak blogger kakzakie pun sama… manakala, aku pula...anak saudaraku yang duduk di USJ, Ain namanya akan bersama2 berjuang..… esok adalah penentu kejayaan kalian.. buat yang terbaik…
Semoga kalian dapat jawab dengan tenang, dan seterusnya berjaya menjawab dengan tepat.. mak ngah, doakan yang terbaik untuk kalian ya
Buat semua guru yang mengajar UPSR.. kalian memang hebat..

PS: demam dan sakit tekakku makin teruk, aduh!!!! Pening..