CITARASA RINDUAN

Tuesday, February 15, 2011

Hari Junjungan Besar Nabi Muhammad

Selamat Menyambut Maulidul Rasul kepada semua umat islam diMalaysia mahupun luar Negara, hari ini citarasa rinduan tetap berniaga, selamat bercuti kepada semua sahabatku sekalian…

Pelbanyakkan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad,, selamat aku sempat berBW, singgah sebentar ke blog kella….ku kongsi dengan kalian nasyid Rasullulah dari kumpulan Hijjaz.. kredit to blogger matahari...kella, terima kasih..kak minta izin kongsi yer lirik nasyid ini....

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela


PS: era 90an, sekolahku berpeluang memasuki pertandingan ke perigkat daerah…kami berjaya mendapat Johan……dan lagu yang kami pertaruhkan adalah lagu Rasullulah……..

5 ulasan:

Mas said...

SALAM MAULIDUR RASUL BUAT AYU SEKELUARGA...

Lelaki Ini said...

selawat byak2!
ingat nabi...

kasih suci said...

Salam Maulidur Rasul...

Kakzakie said...

Assalamualaikum Ayu,

Citarasa Rinduan cuti juga ke? Kalau tak cuti sambil menumis pun boleh berselawat dan pasti tumisan akan bertambah berkat.

p/s: teringin nak makan kat sana.

kella said...

wah.. tak sangka ada nama kita di sini.. masa ni mesti kita tak sempat nak jenguk akak nie.. tengkiu kka.. :)