(Auto post)
JOHOR BARU: Seramai 24,528 orang daripada 6,047 keluarga masih berada di pusat pemindahan banjir di empat daerah di Johor pagi Selasa.
Kesemua mangsa di daerah Muar, Batu Pahat, Segamat dan Ledang itu ditempatkan di 91 pusat pemindahan, demikian menurut portal rasmi kerajaan negeri Johor, www.johordt.gov.my.
Daerah Muar mencatatkan mangsa teramai dengan 9,544 orang daripada 2,414 keluarga, diikuti Batu Pahat (8,174 orang, 1,889 keluarga), Ledang (5,910 orang, 1,517 keluarga) dan Segamat (885 orang, 227 keluarga).
Daripada 94 pusat pemindahan yang dibuka, 27 daripadanya adalah di Muar, 34 di Batu Pahat, 12 di Segamat dan 18 di Ledang.
Setakat ini lima orang dilaporkan lemas akibat banjir di Johor.
Sementara itu, di MELAKA seramai 189 mangsa banjir yang berada di dua pusat pemindahan di daerah Jasin, pagi ini.
Jurucakap bilik gerakan banjir negeri Melaka berkata sehingga pukul 7 pagi ini, seramai 159 orang daripada 35 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu manakala 30 orang daripada sembilan keluarga di Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat. BERNAMA
Kredit to mstar online
PS: syukur………alhamdullilah
6 ulasan:
alhamdulillah...kesian sgt kat dorang ni...semoga mereka semua tabah hadapi dugaan yg hebat ini...
salam kak ayu...citarasa rinduan...
apa khabar..
moga bahagia selalu..
dan semoga banjir di johor akan kembali normal seperti biasa...
semoga semuanya tabah menghadapi ujian.. kawan akak kat melakapun kena banjir juga...
alhamdulillah.. kat pahang pun dah habis banjir ni... cuaca pun dah cerah je
semoga mereka yg terlibat bersabar diatas dugaan ALLAH S.W.T
Kesian dgn mangsa banjir ni. byk yang hilang harta benda .....:(
Post a Comment