Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Tuesday, February 8, 2011

Mangsa Banjir Di Johor, Melaka Berkurangan

(Auto post)
JOHOR BARU: Seramai 24,528 orang daripada 6,047 keluarga masih berada di pusat pemindahan banjir di empat daerah di Johor pagi Selasa.
Kesemua mangsa di daerah Muar, Batu Pahat, Segamat dan Ledang itu ditempatkan di 91 pusat pemindahan, demikian menurut portal rasmi kerajaan negeri Johor, www.johordt.gov.my.
Daerah Muar mencatatkan mangsa teramai dengan 9,544 orang daripada 2,414 keluarga, diikuti Batu Pahat (8,174 orang, 1,889 keluarga), Ledang (5,910 orang, 1,517 keluarga) dan Segamat (885 orang, 227 keluarga).
Daripada 94 pusat pemindahan yang dibuka, 27 daripadanya adalah di Muar, 34 di Batu Pahat, 12 di Segamat dan 18 di Ledang.
Setakat ini lima orang dilaporkan lemas akibat banjir di Johor.
Sementara itu, di MELAKA seramai 189 mangsa banjir yang berada di dua pusat pemindahan di daerah Jasin, pagi ini.
Jurucakap bilik gerakan banjir negeri Melaka berkata sehingga pukul 7 pagi ini, seramai 159 orang daripada 35 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu manakala 30 orang daripada sembilan keluarga di Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat. BERNAMA

Kredit to mstar online

PS: syukur………alhamdullilah

6 ulasan:

wahida said...

alhamdulillah...kesian sgt kat dorang ni...semoga mereka semua tabah hadapi dugaan yg hebat ini...

Adinda Amy Sensei said...

salam kak ayu...citarasa rinduan...

apa khabar..
moga bahagia selalu..

dan semoga banjir di johor akan kembali normal seperti biasa...

Hazlin Nazri said...

semoga semuanya tabah menghadapi ujian.. kawan akak kat melakapun kena banjir juga...

munna said...

alhamdulillah.. kat pahang pun dah habis banjir ni... cuaca pun dah cerah je

zmanja said...

semoga mereka yg terlibat bersabar diatas dugaan ALLAH S.W.T

azzey said...

Kesian dgn mangsa banjir ni. byk yang hilang harta benda .....:(