Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, February 17, 2011

Menghidupkan Malam



Hadith:
DARI Abdullah r.a katanya:"Diceritakan kepada Rasulullah SAW, seorang lelaki yang tidur sepanjang malam sampai Subuh. Maka bersabda baginda Rasulullah SAW: Orang itu telah dikencingi oleh syaitan di kedua-dua telinganya."
Riwayat al-Bukhari
Huraian Hadith:
1. Mengambil berat tentang solat akan menjadikan seseorang muslim bebasserta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solatmenyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk berdamping hingga menyebabkan seseorang itu malas dan lalai.
2. Bangun untuk mengerjakan solat malam (tahajjud) adalah amalan yang sangat dituntut oleh Islam bahkan ia boleh menjadikan iman seseorang itu kuat bahkan menjadi benteng yang menangkis daripada sebarang perbuatan khianat (sihir) menimpa diri.
3. Islam menyarankan kita agar berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al-Quran dan berzikir kepada Allah sewaktu hendak tidur sehingga terlelap. Abu Hurairah meriwayatkan: "Sesiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur, dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kredit to mstar online

PS:Selamat malam jumaat kepada sahabatku semua…..esok, citarasa rinduan bercuti, selain aktiviti berjogging dan workout, aku akan menguruskan pelbagai kerja-kerja kecerian untuk mengubahsuai citararasa rinduan untuk penilaian anugerah USAHAWAN berjaya….
~maaf andai tak dapat singgah atau jenguk rumah kalian, salam sayang dari blog CITARASA RINDUAN untuk kalian semua



6 ulasan:

Unknown said...

selamat malam kak :)

alexayussida said...

salam akak..
selmt hari jmaat n slmt malam...
akak awet muda la...suka tgk:D

Kengkawan said...

nite
hehhehe insaf sekejap

Unknown said...

Assalammualaikum Ayu...nice n3..tq sharing yer..nanti senang singgah ambil award...:)

Cute Oven said...

semoga berjaya dpt anugerah ayu...

tun_telani said...

Terima kasih atas perkongsian. pagi2 jumaat nih, dpt peringatan, alhamdulillah..
selamat berusaha.. sy doakan yg terbaik buat akak =)