Hadith:
DARI Abdullah r.a katanya:"Diceritakan kepada Rasulullah SAW, seorang lelaki yang tidur sepanjang malam sampai Subuh. Maka bersabda baginda Rasulullah SAW: Orang itu telah dikencingi oleh syaitan di kedua-dua telinganya."
Riwayat al-Bukhari
Huraian Hadith:
1. Mengambil berat tentang solat akan menjadikan seseorang muslim bebasserta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solatmenyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk berdamping hingga menyebabkan seseorang itu malas dan lalai.
2. Bangun untuk mengerjakan solat malam (tahajjud) adalah amalan yang sangat dituntut oleh Islam bahkan ia boleh menjadikan iman seseorang itu kuat bahkan menjadi benteng yang menangkis daripada sebarang perbuatan khianat (sihir) menimpa diri.
3. Islam menyarankan kita agar berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al-Quran dan berzikir kepada Allah sewaktu hendak tidur sehingga terlelap. Abu Hurairah meriwayatkan: "Sesiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur, dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kredit to mstar online
PS:Selamat malam jumaat kepada sahabatku semua…..esok, citarasa rinduan bercuti, selain aktiviti berjogging dan workout, aku akan menguruskan pelbagai kerja-kerja kecerian untuk mengubahsuai citararasa rinduan untuk penilaian anugerah USAHAWAN berjaya….
~maaf andai tak dapat singgah atau jenguk rumah kalian, salam sayang dari blog CITARASA RINDUAN untuk kalian semua
6 ulasan:
selamat malam kak :)
salam akak..
selmt hari jmaat n slmt malam...
akak awet muda la...suka tgk:D
nite
hehhehe insaf sekejap
Assalammualaikum Ayu...nice n3..tq sharing yer..nanti senang singgah ambil award...:)
semoga berjaya dpt anugerah ayu...
Terima kasih atas perkongsian. pagi2 jumaat nih, dpt peringatan, alhamdulillah..
selamat berusaha.. sy doakan yg terbaik buat akak =)
Post a Comment