Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, February 17, 2011

Sesat dalam rumah

KUALA LUMPUR: Pelik tapi benar. Itulah ungkapan yang dapat menggambarkan kejadian aneh menimpa seorang lelaki berusia 27 tahun yang gagal mencari jalan keluar selepas memecah masuk sebuah rumah di Kepong, di sini, Isnin lalu.
Apa yang menghairankan, suspek dilaporkan berpusing-pusing dalam rumah berkenaan hampir sejam selepas mencuri beberapa barangan berharga namun gagal menemui pintu keluar menyebabkan dia ‘terperangkap’ dalam rumah berkenaan.

Bertambah malang, apabila suspek akhirnya dicekup pihak berkuasa kira-kira jam 5 petang selepas kehadirannya disedari pemilik rumah berusia 64 tahun dan anak lelakinya berusia lingkungan 20-an yang baru pulang ke rumah itu.

Menurut sumber, ketika suspek memecah masuk rumah berkenaan, kediaman itu kosong kerana mangsa yang hanya tinggal berdua dengan anak lelakinya itu keluar berniaga.

“Sebaik pulang ke rumah, dua beranak itu melihat ada seorang lelaki tidak dikenali sedang berdiri di ruang tamu rumah bersama beberapa bungkusan barang kemas yang sudah dicurinya dianggarkan bernilai RM1,700.


“Dia (suspek) seperti kebingungan sebelum anak kepada pemilik rumah itu menghubungi polis,” katanya di sini, semalam.

 Sumber berkata, lima minit kemudian sepasukan anggota yang bergegas ke lokasi kejadian berjaya menahan lelaki terbabit yang memberitahu dia bingung kerana tidak dapat keluar dari rumah berkenaan kerana tidak menjumpai jalan keluar selepas memasukinya. “Siasatan awal mendapati, suspek yang gagal keluar dari rumah mangsa sebenarnya melakukan perbuatan itu bersama seorang lagi rakannya berusia lingkungan 20-an.

“Namun, rakan subahat suspek hanya menunggu di kawasan luar kediaman mangsa dan dipercayai melarikan diri sebaik menyedari pemilik rumah itu pulang,” katanya.

 Sumber berkata, hasil soal siasat, rakan suspek berjaya diberkas sekitar Kepong, di sini, kira-kira sejam kemudian.

Difahamkan, kedua-dua suspek yang juga warga tempatan itu ditahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.


Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu kedua-dua suspek akan dituduh di mahkamah.


Kredit to metro online




PS: teringat kisah tok di kampungku Rengit, Batu Pahat..ada doa untuk mengelakkan rumah dirompak, dan doa agar perompak tak jumpa jalan keluar apabila masuk rumah kita..
Tapi sayang,, aku tak dapat ingat doanya..kalian semua…korang ada tak amalkan doa-doa untuk dikongsi bersama?..semoga dijauhkan rumah kita dari di pecah…nauzubillah…..jom kongsi doa amalan kalian??LUMPUR: Pelik tapi benar. Itulah ungkapan yang dapat

9 ulasan:

Mama Hanim said...

bagus amalkan doa2 cmtu.. byk kebaikannya..

Anonymous said...

mak salu psn supaya baca ayat kursi kat 4 penjuru rumah. dia akn jd pjaga kt. pastu ayah ajar gantung riwayat nabi bercukur sebagai pendinding umah...

mungkin ni petua... salu tgk org2 tua letak penyapu lidi kat pintu... kata mereka supaay org yg bniat jahat xnpk umah kt. btol atau x, wallahualam

norhidana said...

msti pemilik umah tu ada amalkan doa apa2, alhamdulillah takde apa2 yg hilang, kesian utk pencuri tuh kalu tak insap lg tak tau lah...

pandai lak ckp bingung kt polis tu yek, time ko mencuri tak bingung lak... pengajaran lah tu

sahromnasrudin said...

benar tue..baca ayar kursi 4 penjuru dan jangan ada patung di dalam rumah..malaikat tak masuk

sicKo^ said...

umah dah kena pagar.. memang kena lar pencurik ttu

mama maman aka yana said...

bagus gak kalu tau bacaan tuh.... benda elok mmg bagus kalu diamalkan... :)

norgee said...

alhamdulillah, rezeki keluarga mangsa...tidak kehilangan apa2...mungkin lepas ni, pencuri akn berfikir berkali-kali sebelum mencuri...~ hikmah baca ayat kursi kot..jangan lupa amalkan tiap kali lepas solat yer.. :)

azzey said...

Kuasa Allah mengatasi segalanya...

munna said...

tu Allah nak bagi petunjuk pada dia.. harapnya lepas ini dia insaf....