Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Wednesday, February 2, 2011

Tiga Pesawat TUDM Akan Berlepas Ke Mesir 12 Tengah Hari Ini

KUALA LUMPUR: Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual berlepas ke Mesir tengah hari ini bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di negara itu.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pesawat tersebut akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka.
"Pukul 12 ini tiga pesawat milik TUDM akan berlepas dari Kuala Lumpur. Macam-macam makanan mereka akan bawa sekali dalam pesawat tersebut seperti beras, sardin, minyak masak, rempah kari, tepung, dan lain-lain lagi," kataya ketika dihubungi Bernama.
Katanya, kerajaan juga berusaha mendapatkan visa sementara khas daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan pelajar yang berada di Mesir dipindahkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang.
"...sebab kita nak keluarkan pelajar kita ramai sangat. Jadi kita nak bawa mereka ini ke Jeddah dulu," katanya.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi jalan laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.
Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar, A.Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail.
Dilaporkan terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di negara itu dan daripada jumlah tersebut 7,000 adalah pelajar. – BERNAMA

Kredit to mstar online

PS: kepada blogger zaki, semoga 10 sahabat anda di sana, dalam keadaan selamat, begitu jua dengan keluarga dan sanak saudara kepada pelajar-pelajar di Mesir, semoga dengan khabar ini,,,kalian beroleh kelegaan perasaan, amin…..
Marilah kita sama-sama mendoakan agar kawan-kawan kita di sana berada di tempat yang selamat dan sentiasa di lindungi olehNya..

11 ulasan:

eqbalzack said...

risau juga kalau dikenangkan pelajar Malaysia di sana ayu...
semoga segalanya berjalan lancar dan pelajar2 kita dapat pulang dengan selamat...

Cetusan said...

bayangkan terlekat di lapangan terbang..nak makan apa?? kalau drumah ada juga tepung beras..airtea....

sahromnasrudin said...

alhamdulillah..semoga segalanya selamat....

Kak Amy said...

alhamdulillah semoga semuanya selamat dan berjalan dengan baik..

nurayunni said...

insyallah..semuanye akan selamat...

munna said...

alhamdulillah.. akhirnya kerajaan kita hantar bantuan.. semoga semua rakyat kita disana selamat...munna ada anak buah yg belajar sana.. setakat ni diorg selamat tapi tak sabar nak balik .. katanya makin buruk keadaan disana

IMANSHAH said...

kita lambat bertindak..harap2 takde apa yg terjadi di sana

CikguAreefNaim said...

salam,

sama2lah kita berdoa agar pesawat yg membawa bekalan makanan tu akan selamat sampai...

dan moga semua rakyat kita yg berada di sana akan dilindungi allah hdknya... amiin...

Mas said...

insyaAllah, mudah2an semua rakyat malaysia disana selamat...

maszmadi said...

semoga mereka semua dilindungi Allah hendaknya..... ameen

perjalanan pulang said...

selamat kembali