CITARASA RINDUAN

Friday, February 11, 2011

Ops Piramid ATM Tamat


SUBANG: Misi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membawa keluar rakyat dan penuntut Malaysia yang terperangkap di Mesir akibat pergolakan di negara itu dalam Ops Piramid berakhir dengan jayanya apabilakumpulan terakhir yang membabitkan 96 penuntut selamat tiba di tanah air pada Jumaat.
Kesemua mereka bersama 193 orang lagi terdiri daripada pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), wakil media dan agensi lain yang terlibat, selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang kira-kirapukul 3.10 petang dengan menaiki tiga pesawat C-130 TUDM.
Ketibaan mereka yang diterbangkan dari Jeddah, Arab Saudi disambut oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Panglima ATM Jen Tan Sri Azizan Ariffin serta ahli keluarga penuntut terbabit.
"Ops Piramid ATM itu tamat ketika ketiga-tiga pesawat C-130 menghentikan enjinnya, maka telah tamatlah operasi tersebut," kata Ahmad Zahid kepada pemberita.
Katanya ATM sentiasa bersedia untuk digerakkan bagi tujuan yang sama pada bila-bila masa.
Ops Piramid adalah satu misi tajaan kerajaan Malaysia untuk membawa keluar rakyat dan penuntut negara yang terperangkap di Mesir, untuk dibawa ke Jeddah dan kemudian ke Malaysia, ekoran pergolakan di Mesir. – BERNAMA

Kredit to mstar online

PS: syukur……walau ada yang tidak mahu pulang., sekurangnya kita tahu mereka berada dalam keadaan yang selamat..

8 ulasan:

Mas said...

ayu...
tmpat tu tmpat mas dok tau...
dlm kem..dekat sangat...he..he..

Citarasa Rinduan said...

mas, maksudnya mas duk area subang perdana or bistari yer?>

IMANSHAH said...

anak murid saya pun dah balik

Ummi AmnaAmzar said...

bukan ke ramai lagi kat sana? berani dorang xnak balik ye..mak ayah mesti risaukan dorang

Citarasa Rinduan said...

cikgu iman--
orang kampung saya pun dah balik..suka lihat ibunya gembira

ummi--
memang ramai..tapi depa duk dalam kawasan selamat. ramai yang tak balik sebab depa dah last sem...sayang

akuanakpahang said...

Alhamdulillah janji mereka semua selamat.

Citarasa Rinduan said...

akuanakpahang..
syukur,,,,,,,

Mas said...

ayu..mas dok dalam pengkalan udara tu la...
hubby tudm...ayu pernah masuk dlm kem ke....