SUBANG: Misi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membawa keluar rakyat dan penuntut Malaysia yang terperangkap di Mesir akibat pergolakan di negara itu dalam Ops Piramid berakhir dengan jayanya apabilakumpulan terakhir yang membabitkan 96 penuntut selamat tiba di tanah air pada Jumaat.
Kesemua mereka bersama 193 orang lagi terdiri daripada pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), wakil media dan agensi lain yang terlibat, selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang kira-kirapukul 3.10 petang dengan menaiki tiga pesawat C-130 TUDM.
Ketibaan mereka yang diterbangkan dari Jeddah, Arab Saudi disambut oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Panglima ATM Jen Tan Sri Azizan Ariffin serta ahli keluarga penuntut terbabit.
"Ops Piramid ATM itu tamat ketika ketiga-tiga pesawat C-130 menghentikan enjinnya, maka telah tamatlah operasi tersebut," kata Ahmad Zahid kepada pemberita.
Katanya ATM sentiasa bersedia untuk digerakkan bagi tujuan yang sama pada bila-bila masa.
Ops Piramid adalah satu misi tajaan kerajaan Malaysia untuk membawa keluar rakyat dan penuntut negara yang terperangkap di Mesir, untuk dibawa ke Jeddah dan kemudian ke Malaysia , ekoran pergolakan di Mesir. – BERNAMA
Kredit to mstar online
PS: syukur……walau ada yang tidak mahu pulang., sekurangnya kita tahu mereka berada dalam keadaan yang selamat..
8 ulasan:
ayu...
tmpat tu tmpat mas dok tau...
dlm kem..dekat sangat...he..he..
mas, maksudnya mas duk area subang perdana or bistari yer?>
anak murid saya pun dah balik
bukan ke ramai lagi kat sana? berani dorang xnak balik ye..mak ayah mesti risaukan dorang
cikgu iman--
orang kampung saya pun dah balik..suka lihat ibunya gembira
ummi--
memang ramai..tapi depa duk dalam kawasan selamat. ramai yang tak balik sebab depa dah last sem...sayang
Alhamdulillah janji mereka semua selamat.
akuanakpahang..
syukur,,,,,,,
ayu..mas dok dalam pengkalan udara tu la...
hubby tudm...ayu pernah masuk dlm kem ke....
Post a Comment