CITARASA RINDUAN
Wednesday, June 30, 2010
TERIMA KASIH PARA SAHABAT
Tuesday, June 29, 2010
TABAHKAN HATIMU
9 hari di ICU pakar putri, Johor Bahru
Zalie
- Syukur kepadamu Illahi, Teruskan hidupku…aku perlukan isteriku dan anakku
- Semakin banyak perkembangan, sudah sedar dan melatih diri menyesuaikan keadaan badanku yang terlalu lama terbaring (7 hari)
- Tidak mengingati apa yang berlaku selama 7 hari yang lepas
- Bingung, mengapa penuh wayar yang berselirat, dikaki, ditangan, di hidung, dan di tekakku seperti ada sesuatu yang tidak kena
- Dimanakah aku sekarang?
- Aku perlukan suaraku….
- Alhamdullilah, aku sudah diizinkan minum menggunakan strow dan isteriku telah menyuapkan bubur ke mulutku…sedikit, namun ianya memadai dengan keuzuranku.
Ayu
- Semakin lama aku semakin berani, aku perlu yakin…demi suamiku
- Tak tergambar dihatiku untuk meninggalkan suamiku di hospital, apatah lagi aku sudah tak larat memandu selama 2jam setengah seharian namun, aku perlu patuh pada prosedur hospital
- Aku takut ketika memandu…aku perlukan semangat yang tinggi, tapi…perjalanan hari ini sungguh mencemaskan…seekor babi telah melintas secara tiba-tiba, mujur aku selamat (mungkin amalan zikir memuji namaMU yang Tuhan dan selawat keatas Nabi Muhamad serta keluarganya).. alhamdullilah..aku selamat pulang ke rumah…semoga esok hingga suamiku sembuh sepenuhnya aku tetap selamat dunia dan akhirat…amin
- Aku yakin semangat suamiku kuat..Kuat demi kami sekeluarga dan sahabat yang banyak memberi nasihat, doa dan kata-kata membina kepada kami..
- Terima kasih padamu Illahi…kerana ujian ini, aku cekal menjadi wanita.
Sunday, June 27, 2010
AKU RINDU SUARA DAN GELAK SUAMIKU
Pemanduan aku agak kurang selesa..mungkin kerana hatiku sayu mengenangkan Umai disebelah yang terlena kepenatan…kesian dengan keadaan Umai…tak terjaga…kurang layanan dari aku si Ibunya apatah lagi dari ayahnya yang terbaring kaku dengan kesakitan yang beliau hidapi
Ya Allah, kau kurangkan kesakitan yang dirasai oleh suamiku Mohamad Razali Hamis
PS: aku perlu kuat…dari segi mental dan fizikal….
Saturday, June 26, 2010
SEMAKIN KUAT MENJADI SEORANG WANITA DAN ISTERI
Assalamualaikum
Rindu rasannya nak update blog…akhirnya malam ini aku punya kekuatan..
Terima kasih kepada ahli keluarga, sahabat-sahabat, jiran tertangga, sahabat FB, blogger sekalian…kerana diantara korang sungguh perhatin terhadap masalah yang telah berlaku atas aku dan keluargaku..
Terharu sehingga ada yang datang mengziarahi kami.
Sesungguhnya ucapan, nasihat, doa kalian menguatkan aku untuk terus berdikari sementara en Zalie sedang dalam kritikal…alhamdullilah..hari demi hari beliau kuat untuk terus hidup…
Akan aku ceritakan kisah itu untuk entry akan datang
Sesungguhnya kudrat wanitaku semakin lama semakin kuat…kuat demi suami tersayang dan diri sendiri…memandu seharian dari johor hingga felda sungai sayong amat memenatkan…dengan suasana pagi yang sejuk…dan balik semula ke rumah pada lewat malam.(perjalanan pergi dan balik memakan masa 2 jam).ALHamdullilah…semangatku masih kuat
Ikutkan aku mahu bermalam di hospital..namun, disebabkan system hospital tidak mengizinkan sesiapa menemankan pesakit di ICU…aku sanggup berulang alik…doakan kesihatan aku tidak terjejas
TERIMA KASIH ATAS KEPERHATIAN KALIAN,
Sekiranya berkesempatan..aku akan
Monday, June 21, 2010
AKU BERCUTI DARI BLOG
Sunday, June 20, 2010
AWARD DARI KASIH SUCI UNTUK CITARASA RINDUAN...
- Pink sangat cantik...
- sangat cantik pink itu....
- pink itu terlalu - lalu cantik....
- cantiknya pink itu.....
- Bajuku
- set cadarku
- tudungku
- selipar dalam umahku
- seluar dalamku.....(kikikikikik, baca senyap-senyap...saje bikin korang terkejut......)
OPOCOT........AKU KENA TERJAH LAGI
< < < < < < < < < < >
< < <
Saturday, June 19, 2010
ABAH- KAU SENTIASA DI HATI
BLOGGER BARU- KORANG NAK BERADA DALAM BLOG LIST BEN?
Selamat malam..
TERIMA KASIH AZIAN...KE CITARASA RINDUAN
ANAK BERTUAH!!!!!!
Friday, June 18, 2010
BILA SI DIA MERAJUK (khas untuk yang dah berkawin)
- Cuba korang letak surat khabar, tegur dia...sambil kata...abang nombor keter abang naik lah.............( sure dia cepat-cepat ambil surat khabar tu....kikikik....itu yang khas untuk si dia si kaki nombor yer)
- Cuba korang hulurkan duit...sambil kata.....~abang nie amik duit buat beli sport rim baru~ wink..wink...sure berkesan...
- Cuba korang yang ada anak tu,,.minta si dia ajak kita pi shopping...(mana tahu berkesan, leh lah surut rajuknya, si dia tamo ikut?...suruh anak korang sampaikan kat si suami..kata...korang pi ngan jiran sebelah, bujang...kikikiki...)
- Cuba korang pakai lawa-lawa...sure si dia, pandang...dan tegur kita....(berkesan bagi si isteri yang tak biasa hias diri hari-hari)
- Cuba korang buat sibuk-sibuk kat dapur....masak pizza atau roti...., mana yang tak reti memasak tu...pi buka blog CIK MAT GEBU. mana tau menjadi....hidang kat si dia...gerenti si dia hilang rajuknya.
- Cuba korang kemas bilik tidur seindahnya....bubuh bunga segar, ganti cadar yang paling terbaik....ajak si dia masuk bilik...sure si dia.....paham......(nie yang tak faham tak tahu lah..)
- Kalau si dia, tetap merajuk....last sekali...kemas beg...letak kat depan TV.....(gerenti ...si dia...tak jadi majuk....mana leh si isteri majuk, nak makan mana?..siapa yang nak buatkan air?
ADNAN SEMPIT- UMAI PUN BOLEH GELAK MENONTONYA
Language: Bahasa Malaysia
Cast: Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Norliana (Yana), Azad Jazmin
Adaptasi dari filem Adnan Sempit- Segala-gala dalam hidup Adnan memang sempit - rumah sempit, duit sempit, ekzos pun sempit! Namun, Adnan tidak pernah merungut tentang hidupnya. Dia seorang Mat Despatch dan Mat Rempit yang sentiasa berfikiran positif dan bercita-cita tinggi walaupun selalu dianggap gila dan berfikiran ´sempit´ oleh kawan-kawannya.
TAHNIAH NUR HAFIZAH ZAIDI
- Doaku, semoga beliau tabah dalam mengharungi dugaan ketika di sana
- Kuatkan semangatmu....kerana kami sekeluarga doakan kamu sejahtera dari segi fizikal dan rohani
- Semoga berjaya dan lulus dengan cemerlang..
- Bakal jadi cikgu mate, senang sikit nak ajar Umai....(boleh gitu?)
DAH PULANG...
MASIH ADA SAYANG!!!
Sedang si isteri menantikan sms mahupun panggilan daripada si suami tersayang…si isteri…mengeluh sendirian, bukan ertinya si isteri kecewa dengan sikap si suami yang berubah 100% ke sifat menyendiri..tetapi si isteri mahukan si suami bersifat terbuka…yakin bahawa masih ada sinar untuk esok hari
Sebulat suara, si isteri terus meyakinkan dirinya….YA,,,aku harus menyapa si suami didalam sms, walaupun tiada balasan dari si suami, si isteri tak malu dan tak peduli…hanya satu niatnya…membangkitkan kemesraan yang kian pudar
~abang apa khabar?....rindu dengan abang, abang sayang Ibu?...~sms ditujukan kepada si suami tanya peduli apa jua tanggapan…
10 minit menunggu ……namun, tiada balasan…masih jua hati menunggu…merayu..mendayu-dayu……kenapalah si suami tak hiraukan perasaanya sekarang?...jika sayang katakan..jika benci bilang benci………tidak aku ternanti-nanti.(ibarat lagu safura…pujaanku tahun 90an)
Si isteri, mengeluh sendirian….si suami terus dengan menyepi…
Tetapi, si isteri merasakan si suami masih dalam dunianya sendiri..terperangkap dengan seksa batinnya…namun, ada lagi langkah lain untuk meneruskan bunga-bunga yang layu untuk terus dihiasi cantik nun dihujung kamar..
Walaupun bunga itu tak segar,tapi si isteri yakin…dia mampu mengubah keaslian sebenar si bunga sakura itu..
5.4.3.2.1……….tit..tit….(si isteri tergamam…..adakah salah pendengarnnya.?) YES…..YES………….penantian terlerai jua..
~Alhamdullilah…abang masih kuat menahan dugaan, ibu tetap dihati abang,I luv u ~
PS: masih ada sinar untuk esok….maka, bahagialah si isteri….kerana keyakinan terhadap si suami tersayang….
GOLONGAN OBES LEMAH SEKS
Dalam pada itu, lelaki obes lebih terdedah kepada jangkitan kelamin meskipun tidak mempunyai ramai rakan seks
Hasil kajian yang di lakukan saintis Perancis dan
Dengan masalah obes semakin meluas di kebanyakkan Negara kaya dan semakin meningkat di kalangan Negara sedang membangun, pakar berkata kesan terhadap kesihatan awam dalam kajian itu amat penting.
Kajian itu diketuai oleh Profesor Nathalie Bajos dari Institusi kajian Kesihatan dan Perubatan Perancis adalah kajian menyeluruh petama untuk mengkaji kesan obes terhadap kegiatan seksual dan factor lain seperti kepuasan seks, kehamilan tidak di rancang dan pengguguran.
Kajian itu membabitkan 10,170 lelaki dan wanita berusia 18 hingga 67 tahun yang datanya dipilih secara rambang daripada kajian tingkah laku seksual yang dijalankan pada 2006 di Paris
Ia juga mendapati, berbanding lelaki biasa, lelaki obes adalah 70 peratus lagi tidak mempunyai lebih daripada seorang rakan seks
Berita metro harian 17hb Jun 2010
AWAS UNTUK WANITA YANG MENGGUNAKAN GAMBAR ANDA SEBAGAI PROFIL DI FB
Atas Dasar Ukhuwwah & Kasih yang Tidak Terhingga terhadap Antunna, PS Amat-amat Memohon drp Lubuk Hati yang Paling Mendalam....
'SILA DELETE KESELURUH GAMBAR2 ANTUNNA YANG MASIH TERSISA DI FACEBOOK DENGAN KADAR SEBERAPA SEGERA!'.
Terutamanya kepada Mereka yang Belum Berpurdah, Gambar-gambar Antunna di Ambang Bahaya dan boleh menjadi Asbab Fitnah yang Maha Dahsyat kepada Diri, Keluarga dan kepada Addenul Islam itu Sendiri.
Bagi Memastikan Antunna Melakukannya pada SAAT DAN KETIKA INI juga, di bawah ini PS sertakan Beberapa Artikel Beserta Bukti Kukuh bagi Meyakinkan Antunna untuk men'DELETE' Gambar-Gambar tersebut Tanpa Ragu2.
[ ARTIKEL 1 ] ~ TANGAN KOTOR : MEMBOGELKAN GAMBAR MUSLIMAH DENGAN SUPER IMPOSE
Super Impose yang semakin menjadi kegilaan dunia hari ini, telah menyebabkan berlakunya beberapa kezaliman terhadap wajah wanita yang bertudung. Kesal juga, sejak kebelakangan ini, ternampak beberapa bentuk serangan media dengan menggunakan istilah-istilah lucah yang agak meluat untuk menyebutkannya di sini.
Post kali ini, saya cuba menarik para pembaca untuk memahami situasi yang terjadi. Istilah-istilah kotor yang saya maksudkan di atas, cuba dikembangkan. Antara cara-cara mengembangkan otak kotor terhadap wanita muslimah, ialah dengan menggunakan SUPER IMPOSE.
Iaitu, mengambil beberapa keping gambar perempuan bertudung yang dirasakan secocok dengan gambar bogel, kemudian gambar perempuan tersebut dipotong dibahagian yang sesuai. Biasanya garisan tudung tersebut. Kemudian, di”tampal” pada tubuh mana-mana yang tidak berpakaian.
Maka, akan terhasil seorang wanita yang bertudung, tetapi tidak berpakaian. Kerja-kerja ini tidak lain adalah untuk menghina Islam, bahkan menghina wanita muslimah yang sentiasa menjaga aurat mereka. Persoalan di sini, dimanakah saluran mudah untuk mendapatkan gambar-gambar muslimah kita?
Oh ya, FACEBOOK adalah jalan paling mudah dan berkesan. Sejak kebelakangan ini, nampak seperti wanita muslimah Indonesia dan Malaysia yang menjadi mangsa! Hah.. Adakah anda sedar, entah-entah gambar saudara mara kita pula yang kena.
Lebih teruk apabila gambar tersebut dibuat animasi dengan format GIF. Animasi yang boleh ditampal dengan mudah di web-web lucah. Asalnya ia merupakan gambar kaku, tetapi apabila diubahsuai dan diset dalam format GIF, akan terhasil animasi bergerak. Antaranya AKSI-AKSI RANJANG yang agak mengaibkan untuk disebut di sini.
Baca Selanjutnya -->http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/06/tangan-kotor-membogelkan-gambar.html
Thursday, June 17, 2010
MUSLIM/MUSLIMAT- BERWASPADA DENGAN PRODUK CROCS
KELUARGAKU...
SELAMAT PAGI, ADA TETAMU
Wednesday, June 16, 2010
GAMBAR ANAK DYNAZ
SINAR HARIAN EDISI JOHOR SUDAH ADA DIPASARAN
JOM BELI PRODUK MALAYSIA, BOIKOT PRODUK ISRAEL
Tuesday, June 15, 2010
INIKAH SAHABAT?
Assalamualaikum…salam selasa, maaflah yer,aku tak sempat nak luangkan masa untuk korang, nak buat satu entry pun tak sempat…(sungguh sibuk kebelakangan nie)
Nak kongsi ngan korang citer semalam, untuk umat Islam..sure korang tahu semalam dah masuk bulan rejab….semoga hari ini segala pekerjaan yang kita lakukan berjalan dengan lancar, kita mampu merancang tuhan yang menentukan segalanya…
Sedih gak kalau difikirkan tentang hal semalam…segala kerja menjadi huru hara..sampai sukar aku nak susun strategi..buat itu, buat ini semuanya tak kena, kesian juga kat pekerja, aku tunding jari kat depa..bila aku yang lakukan, rupa-rupanya segala kesilapan datangnya dari aku. Puncanya hanya kerana niatku tak kesampaian. Aku redha dengan ketentuan
Mana tahu umur panjang,.,tahun hadapan dapat aku tunaikan amalan sunat tu….kalau berhajat awal-awal…Allah beri peluang,…alhamdullilah…
Lagipun ada 30 hari dalam bulan rejab, maksudnya aku boleh tunaikan niatku dalam tempoh ini,,,semoga Allah makbulkan..amin
Terima kasih kepada teman-teman Facebookku…seperti Wana, kak Aidil, KD, Isma hasyim, Isma warahma, Sis Lelord, Hakmal, Mohd dasuki, Jaja dan Sis yatie, kerana mengembalikan semula senyuman dibibir…Mulanya dah malas nak berFB..tapi, malam tadi sempat ber`online` sementara menantikan En Zalie. Riang semula hidupku ini…terima kasih kawan-kawan..enjoy dengan persahabtan ini…
Jujur dari hati,…bila kita bersahabat di alam maya…kalau ikhlas maka iklaslah ia…Aku memang tak suka dengan MLM apatah lagi perniagaan online…tak serasi dengan hidupku…maaf sekiranya ada yang terbaca dengan prinsip hidupku…kerana jujur lahir dari dalam jiwaku…. Bukan kepura-puraan....
PS: sahabat yang baik sentiasa akan membantu sahabat dalam apa jua keadaan…terharu baru sebentar tadi, kak long telefon tanyakan keadaan kami sekeluarga,tak mampu nak kata apa-apa…kerana dalam hati terbuku kedukaan..Terima kasih kak long….Junainah Abd rahman
KHAS UNTUK IBUBAPA YANG INGINKAN ANAK-ANAKNYA PINTAR MENGHAFAZ AL-QURAN
Alhamdullilah…aku terpaku bila membaca akhbar metro harian hari ini..selalunya kita mendengar kanak-kanak cepat belajar dalam bidang nyayian, petah berkata-kata atau menari..
Namun…kali nie si kecil seawal usia 2-3 tahun sudah mampu menghafaz 30 surah dalam al-quran..sungguh istimewa mereka…itulah yang ingin ku kongsi untuk kalian.
Walaupun kanak-kanak tersebut masih pelat dan tutur katanya belum jelas namun itulah lah yang terjadi kepada DARWISYA ARDIANA ROZALI 3 tahun dan adiknya DARWISH ADRIAN 2 tahun…mereka mampu menghafaz ayat-ayat al-quran…
Tiada rahsia si Ibu kanak-kanak ini iaitu MAZLINA RAMLI 30 tahun, beliau menceritakan amalan yang di gunakan olehnya kepada anak-anaknya. Seawal usia 6 bulan beliau telah mendedahkan kepada anak-anaknya dengan bacaan al-quran melalui VCD..
Selain itu, amalan memberikan makanan seperti kekacang, badam, kismis, kurma, madu, habbatus sauda, buah zaitun dan air yang dibaca dengan surah taha.
Untuk lebih lanjut sila klik sini
PS : inilah cara yang betul untuk mendidik anak-anak…kerana mereka lebih mendalami segala ilmu yang kita ajari sejak berusia 6 bulan hingga ke atas…Oleh itu, jadikan amalan untuk mendidik anak-anak kita dikemudian hari…Insyallah….anak-anak yang soleh dan solehah adalah dari didikan ibubapa yang cemerlang dan terbilang.
Monday, June 14, 2010
KHAS UNTUK SI SUAMI:KHASIAT MEMELUK ISTERi- UMUR BERTAMBAH KE 5 TAHUN
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya 5 tahun!. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
”Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya. Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W. Ada kajian di Amerika Syarikat juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap.
Juga kata beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. ``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Datuk Dr. Fadzilah Kamsah.
SEMUANYA TAK KENA
Assalamualaikum....
BOIKOT ISRAEL
Kadangkala kita alpha
APEK KAH ITU?
Sunday, June 13, 2010
KERENAH PELANGGAN CITARASA RINDUAN
ANDA NAK A++???
- BUAT PERANCANGAN AWAL
- SASAR TAGET
- STUDY GROUP
- Banyakkan buat latihan bagi setiap subjek, amalkan setiap hari..sekiranya rasa tak puas hati dengan jwapan..cuba pada soalan yang lain..sekuranya masa adik2 tak panjang
- Minum air masak yang banyak, sayuran dan amalkan senaman agar sihat selalu, bagi antie, sekiranya sakit...pelajaran banyak yang tertinggal
- Buat nota ringkas,,,ala2 comel gitu..gunakan pelbagai warna..pelbgaikan tulisan. agar kamu tidak bosan membacanya
- selain tu, buat gambarajah pokok...bagusnya guna fomula yang mudah adik2 fahami...
Saturday, June 12, 2010
MAAF- BUKAN TAK MAHU BLOGGING
- Ben Ashaari
- kak azieazah
- kak mas
- kak lelord
- kak lia
- kak aidil
- jaja
- cikgu isza
- abang ee
- CMG
- azila
- ct nurmalissaa
- ayie
- kasih suci
- zoro
- cikali
- azian
- mat-et
- kak yatie
- hawa
- ayu
- kak Rizan
- kak Aja
- dan semua sahabat blogger yang rajin singgah ke blogku....
PENYAKIT MISTERI? ADAKAH IANYA MASIH ADA DI ABAD INI?
- Malas melakukan rutin dan amalan harian seperti berkerja, belajar, solat, zikir, tilawah Quran dan sebagainya
- Gangguan ketika melakukan ibadah harian seperti lupa ayat-ayat Al Quran yang selalu dibaca dalam,doa yang dihafaz dan was-was.
- Kehilangan minat atau semangat secara tiba-tiba terhadap aktiviti harian termasuk seks.
- Mimpi buruk seperti mimpi ngeri, jatuh dari tempat tinggi atau mimpi bersetubuh.
- Kerap bermimpi haiwan seperti tikus,anjing hitam,kucing hitam,ular,kala jengking atau binatang berbisa.
- Berdebar-debar terutama menjelang malam.
- Gangguan semasa tidur seperti sukar tidur, terkejut berulang kali, lewat bangun, cemas, terasa ditindih hingga sukar bernafas dan bersuara.
- Sering mengantuk tidak mengira masa.
- Hilang selera makan dan berat badan.
- Suka menyendiri, kerap termenung, rasa gelisah, sedih dan kekosongan.
- Kerap migrain, pening kepala, selesema yang berpanjangan, gastrik atau sakit kronik tetapi tidak dapat di atasi dengan rawatan doktor.
- Letih luar biasa.
- Daya tumpuan merosot.
- Rasa sakit tetapi diSAHkan sihat oleh doktor.
- Rasa bersalah, hampa, kecewa, tidak berguna dan terasa ingin mati.
- Kesan lebam di tubuh seperti di peha, betis atau lengan.
- Cepat marah dan benci tanpa sebab dan secara tiba-tiba.
- Hilang kawalan diri pada waktu-waktu tertentu seperti pengsan, histeria atau tidak sedarkan diri.
- Terasa sesuatu bergerak-gerak dalam badan atau perut.
- Ternampak bayangan, lintasan atau sesuatu yang pelik.
- Terdengar suara, bisikan atau bunyi yang menakutkan.
- Terasa seperti diperhatikan atau diintai.
- Badan merasa tidak selesa seperti takut atau seram sejuk semasa dalam rumah.
- Melihat haiwan berbisa seperti lipan, kala jengking atau ular di dalam rumah.
- Kerap terhidu bau busuk seperti darah, kemenyan, bangkai dalam rumah. Kadangkala bau wangi atau pertukaran antara bau busuk dan wangi.
- Haiwan peliharaan seperti arnab, kucing dan ikan mati dengan kadar cepat atau akan sakit selalu.
- Anjing pula akan menyalak tidak tentu hala seperti gelisah atau ternampak sesuatu.