Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, October 20, 2011

Tips buat isteri yang menghadapi dilema rumahtangga


Dalam kehidupan berumahtangga pastinya pelbagai dugaan yang ditempuhi, bagi yang baru melayari rumahtangga pastinya ada tika cepat terasa dan ada kala menyampah dengan pasangan anda… perasaan itu normal…

Seawal usia 1-2 tahun sering kita dengar bahtera yang dibina hancur tiba-tiba samada melibatkan orang ke 3, rasa ego antara satu sama lain atau apa2 sahaja halangan hingga mengakibatkan jalan terakhirnya adalah menjurus kepada penceraian…

Namun dari sudut rohaninya, kadangakala perasaan tidak puas hati adalah aspek utama yang melibatkan pasangan ini.. tidak pandai berkomunikasi secara baik punca utama hingga berpecah belah..

***************

Semalam, ku menonton satu drama THE TARIK KURANG MANIS, lakonan zul huzaimy, erin malik, fasha sandha dan lain2…

Percintaan yang hanya berlaku 2 bulan, antara seorang lelaki yang bekerjaya dengan wanita kampung (guru) hingga berakhir ke jinjang pelamin..

Namun, akibat si isteri yang tiba2 merelakan dirinya diberhentikan kerja, sanggup belajar memasak apa jua yang digemari suaminya mungkin kerap menelefon sehari hingga 20 kali panggilan kepada suami tersayang, hanya kerana bosan dengan tidak tahu apa yang perlu dilakukan dirumah.
Mengakibatkan si suami sanggup berkawin lain dengan rakan sekerjanya…

Di sini, wujudnya punca akibat si suami yang tiba2 jatuh cinta pada wanita yang berkerjaya, punya wawasan, pandai berdikari dan banyak lagi ciri2 wanita yang tabah hingga si lelaki mudah terpesona dengan wanita lain..

********************

Kesimpulannya,

Ayuh si isteri.. sesekali sombonglah pada suami anda, jika setiap hari anda menelefon 3 kali panggilan pada tersayang, cuba telefon hanya sekali sahaja, berbuat baik apabila dirumah, wujudkan suasana persahabatan antara kalian berdua walau marah masih ada…

Mungkin, yang sudah mempunyai cahaya mata. Ianya satu tiket untuk anda sesekali mencuri peluang yang ada….. guna anak anda untuk mengambil hati si suami

Semoga kalian dengan pasangan anda dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan berbahagia selamanya hingga akhir hayat


PS: namun, sekiranya benar tertulis jodoh tiada, walau pelbagai cara telah anda lakukan, ianya adalah ketentuan yang kalian perlu hadapi, namun,yang pasti setiap penyelesaian itu ada jalan penghujungnya..

17 ulasan:

Dr K said...

tips yang bagus. Sebenarnya kena ubah sekali sekala penampilan/cara layanan..supaya tak rasa statik/hambar aja hubungan.. :)

Unknown said...

rumahtangga kena ada kejutan indah sekali sekala..
jangan mendatar je hidup..
tu yang buat pasangan bosan dengan kita..

Lydia Miza said...

owh..adik mmg sombong, dia je yg call hari2 dr opis.adik email smgu sekali jek hubby..sombong kan?keh3

Unknown said...

herm..mungkin bg ayie perlukan smthng perubhn juga bg nak memikt suami supye tidak berpling tadah..yg pasti wanita pasti thu apa yg perlu dilkukan.. hehe

azieazah said...

Masih ada ulangan lagi ya drama ni eh? Wahhh bestnya. Kak Azie pun pernah buat entri pasal ni.

Memang drama ni seronok untuk ditonton, terutama masa Mimi dan Zul meeting dgn orang Korea tuh... depa gelak sebab nama orang Korea Mr Ngok.. hehehe siap tambah BO kat depan.. hehehehe

Ramadhan: Teh Tarik Kurang Manis...

fatin said...

nice tips.. :)

fatin said...

nway.. leh citer skit pasal perenggan ke-2 terakhir tuh..hihi.. x bp faham..

Zalieda Zaliedana said...

Assalam kak ayu,a"ah sy sokong pa yg akak kata nih,suami mmg akn boring kalo kita ashik cll jer,dah tu cll lak tanya kat mana,wat apa,bla2,mcm xcaya kat dia kan,blhla cll sesekali,tapi jgn lah over sgt kan,kalo nak tunjuk amik berat pon jgnlah smp gitu..Kejutan mmg penting juga bagi pendapat sy,supaya rmhtangga xhambar..

tun_telani said...

tq kak ayu.. satu mende yg tun pasti, org lelaki time tgh busy jgn di kacau. kalau tgh2 dia bz ngan kerja, kita duk tepon manja2 nk tarik perhatian, mmg cari pasal. hihi.. tun masa duk jauh2 dulu kdg2 je hntr msg siang2, biasa mlm je tepon2 nih. yg pasti perlu byk bersabar kan =)

eelobor said...

kau ok tak ayu?

Niena Muhammad said...

kna simpan tips ni

Azian Elias said...

ALHAMDULLILAH selama kawin Hubby yang rajin call. In fact kalau dia tengah meeting pun dia boleh angkat my call.. Sukaaaa...

aamalinaazman said...

weeee
suke tgk cite semlm
tp x suke kalo betol2 berlaku kan kak
emm3
betol2
walau x kawen lagi dpt ase
walau muda ke tua
suasana kawen tu kene sentiasa hidup kan =]

Cik Pulau said...

orang lain pun tgk kadang2 naik nyampah kalau 24 jam asyik duk tepon je..
ehhmm.. tips yang bagus..
sebagai persediaan tuk masa2 dpn..hehehe

Unknown said...

mcm2 dugaan kan time dah kahwin nnti..yong tkut nk kahwin hehe

jeBateja said...

Hai KAK....saya suka wife saya masak....ahakz.....susah maw carik yg masak sesedap dia...selepas ibu saya...ahakz

mummyrinazone beauty said...

huhu bleh dipraktikan nie=)