CITARASA RINDUAN

Friday, February 4, 2011

Nikah tebus hutang karpet

OPERASI...penjual karpet warga asing di Jitra.
OPERASI...penjual karpet warga asing di Jitra.
ALOR SETAR: “Disebabkan ibu tak mampu membayar hutang karpet kira-kira RM3,000, saya terpaksa berkahwin dengan lelaki Pakistan yang menjual permaidani itu untuk melangsaikan hutang.
“Namun, selepas berkahwin pada Mac lalu, baru saya tahu dia tidak jujur kerana selepas enam bulan, suami meninggalkan saya tanpa khabar berita,” kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Hashimah, 29.

Dia yang kesal berkahwin dengan Mat Karpet itu berkata, semuanya bermula selepas ibunya membeli empat helai karpet daripada lelaki asing itu, tiga tahun lalu.

“Ibu saya beli secara bayaran ansuran RM30 sebulan, itu pun jika ada duit. Malangnya, ibu gagal membayar ansuran selama dua tahun sehingga bunga semakin meningkat.

“Lelaki terbabit meminta ibu menjelaskan hutangnya. Apabila ibu memberitahu dia tak ada duit, lelaki itu minta dikahwinkan dengan saya sebagai syarat untuk melangsaikan semua hutang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Kuala Kedah, di sini, semalam.

Nikah tebus hutang karpet

Hashimah berkata, kerana tiada pilihan selain bimbang nasib keluarganya terancam dia hanya mengikut kata-kata lelaki itu dan keluarganya.



Menurutnya, majlis pernikahannya diadakan secara kecil-kecilan dengan dihadiri saudara-maranya serta beberapa rakan lelaki itu.

“Majlis kenduri termasuk akad nikah diadakan di rumah saya dan ia dibuat secara kecil-kecilan,” katanya.

Menurutnya, pada awal perkahwinan tiada apa berlaku, tetapi selepas enam bulan, baru dia tahu yang suaminya mengaut keuntungan berlipat kali ganda hasil perniagaan karpet.

“Dia beli sehelai karpet daripada rakannya RM65, tetapi menjualnya kepada orang kampung sehingga RM400 dengan mendakwa ia berkualiti selain sukar didapati di negeri ini. “Saya anggap ibu dan ramai penduduk kampung yang membeli karpet daripada suami saya tertipu,” katanya.

Hashimah yang bekerja di sebuah pasar mini, dekat sini, berkata sejak itu dia mula meragui suaminya, malah mendakwa penjual karpet dari Pakistan datang ke negara ini hanya untuk berkahwin dengan gadis tempatan sebelum meninggalkan mereka.

“Apa yang berlaku ke atas saya mengaibkan, namun saya sedia mendedahkan untuk memberi pengajaran kepada orang lain supaya tidak mengalami nasib sama,” katanya.


Sementara itu, Harian Metro turut menemubual seorang Mat Karpet warga Pakistan di Jitra yang ketika itu rancak menjual permaidani kepada penduduk di Kampung Padang Sera, di sini.


Mat Karpet yang dikenali sebagai Bakti, 47, itu berkata, dia sudah lama menjual karpet di bandar ini, Jitra dan Perlis dengan menunggang motosikal sendirian sejak 20 tahun lalu sehingga mendapat taraf kerakyatan negara ini.


Katanya, karpet yang dijualnya itu buatan China yang dijual RM300 hingga RM500 sehelai dan pelanggan akan membayar ansuran RM30 hingga RM40 sebulan kerana tidak berkemampuan.


Ada juga pelanggan tidak membayar ansuran bulanan, tetapi saya kasihan kerana ramai antara mereka orang susah.


“Ramai juga rakan saya yang menjual karpet berkahwin dengan gadis tempatan kerana ibu bapa mereka tidak mampu membayar hutang dan itu cara untuk melangsaikan hutang,” katanya yang mengakui lebih 10 rakannya menjalankan kegiatan menjual karpet di negeri itu.


Bakti mengakui harga sebenar karpet dijualnya jauh lebih murah, tetapi disebabkan mahu mengambil untung dan kos pengangkutan dia menjualnya pada harga tinggi.


Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusoff Ismail mengesahkan menerima lebih 20 aduan penduduk tempatan yang tidak puas hati dengan peniaga karpet, kebanyakannya rakyat Bangladesh, Pakistan dan Indonesia.


“Bagaimanapun, kes membabitkan peniaga karpet dari Pakistan yang dikesan bernikah dengan gadis tempatan hanya dua iaitu di Kulim dan Kuala Kedah,” katanya.


Yusoff berkata, lelaki warga asing terbabit kebiasaannya menjual karpet pada harga dua kali ganda lebih mahal berbanding harga pasaran walaupun tidak bermutu tinggi.


“Biasanya, mereka akan memujuk pelanggan supaya membeli karpet dan boleh membuat bayaran secara ansuran serendah RM20 setiap bulan.


“Kes ini kebanyakannya dikesan di luar bandar membabitkan pembeli yang tidak mampu membeli secara tunai. Apabila mereka gagal melunaskan hutang, Mat Karpet memberi pilihan supaya dikahwinkan dengan anak gadis mereka dan semua hutang termasuk bunga yang tinggi dikira selesai,” katanya.



Kredit to metro online

PS: kenapalah sampai jadi macam ini, kalau kawin terus kaya mungkin rezeki,,,ini kena tinggal-tinggalkan…adeh…..

10 ulasan:

IMANSHAH said...

pulak..macam2 cerita...dulu2 selalu gak mat karpet datang jual karpet..lama2 ayah tak bagi datang..mungkin sebab ni kot

Citarasa Rinduan said...

disebalik mee ada udang dan lain2 tujuan..

sedihnya cikgu tentang hal ini..

akuanakpahang said...

Nape dia tak kawin ngan mak budak tu yaa :) maknya tu yang berutang.. bukan anaknya.. :)

azieazah said...

Kesian. Malang sungguh gadis itu.

apapun bukan semua Mat Karpet sebegitu. Ada juga yang benar2 ikhlas meniaga. Macam zaman2 dulu, ramai suri rumah beli karpet (kain ela, tudung) dari Mat-Mat Karpet yg berjualan dgn motor masuk kampung ni...

Apapun kurang popular lagi sekarang, kerana ada kes Mat Karpet menggatal. So tidak ramai yang percaya pada golongan ini...

Citarasa Rinduan said...

anak pahang,
itulah sebab ibunya anak terpaksa memikul masalah...mungkin betul anak mak, dah nasib badan, bila kawin diuji dengan ditinggalkan si suami


kak azie azah--
kat tempat ayu ada mat kapet yang pasang niat macam tu..masalahnya janda dan mak orang...rasanya..bergantung pada niat dan perangai seseorang

Kalamhati said...

huhu bleh plak gitu..

Citarasa Rinduan said...

kalamhati--
macam2 kan

hysman said...

yg mak die gi gatal bli kapet pesal...
kan dah jual kapet anak...
grr....

Citarasa Rinduan said...

hsyman--
dalam mee ada telur, udang, ayam, sayuran...macam tu lah!!

Zakiah_MamaAdamz said...

kesimpulannya kak...kita jgn ajar diri suka hutang...kan susah..agak rs mampu, simpan duit beli cash. xmmpu, xyah beli.lgpun, bkn keperluan... skdr pndpt... :-)