Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Sunday, January 15, 2012

Cerekarama Mr Labuci (tak semua orang yang tiada pekerjaan, tidak berjaya)



Drama komedi MrLabuci, sebuah drama kekeluargaan yang sangat menghiburkan penonton.. menemui penonton jam 10-12 malam pada 14 January 2012.

Kisah seorang isteri iaitu Zulaikha (rozita Che Wan) yang berkhidmat selama 10 tahun dengan syarikatnya, seorang yang sangat mementingkan diri sendiri akibat merebutkan jawatan besar di syarikatnya. Manakala suaminya mempunyai masalah dalam kerjaya tetap,  namun seorang suami yang baik dan menjaga anak dengan sempurna.

 Malik minat dalam dunia labuci, hasil dari kepakaran ibunya sendiri.. Malik sentiasa menyediakan dan  menghasilkan idea yang kreatif pada pakaian isterinya Zulaikha iaitu dengan menghasilkan pakaian yang penuh dengan labuci..

Bila aku perhatikan pakaian Rozita, aku pun pun terpegun sama.. cun habiss baju2 yang digayakan oleh beliau.. siapalah yang design baju2 Rozita tu agaknya ya??





Sering berlaku pertengkaran apabila Zulaikha sering mengungkit hingga terbawa2 apabila pulang ke rumah, Zulaikha hilang rasa hormat terhadap suaminya sendiri hingga sanggup mengecilkan keupayaan suaminya dalam rumahtangga mereka


Kes ini, buatkan anaknya Mimi sering kesedihan bila ayahnya Malik merajuk hati. Mimi rindu ayahnya yang memasak sambil menari (mimi nie ada bakat berlakon, comelnya beliau.... pandai pula berkata2)






Dalam pada masa yang sama Malik dan sahabatnya Ali sedang dalam proses perniagaan yang sangat Berjaya..


Zulaikha, yang mula sedar apabila perbuatannya selama ini sangat melampaui batas, gara-gara ingin merebutkan hati isteri majikannya, walhal.. isteri majikannya (lakonan Ifa Raziah) tidak suka pada kaki pembodek… ayatnya, Saya tidak suka pembodek, ianya akan meruntuhkan organisasi (aku setuju!!!)




Akhinya, suaminya Berjaya membuka butik sendiri bernama Butik Sentuhan Zulaikha atas kerjasama isteri majikan Zulaikha, disinilah Zulaikha menyedari betapa sayangnya dan berharganya kasih sayang seorang suami yang di panggil MrLabuci



17 ulasan:

Mysara Ab Rahman said...

mai bru je hbs tgk..
kusyuk giler depan tv..best!

teratai said...

cerita yg menghiburkan namun ada terselit pengajaran ...si isteri mesti menghormati si suami walau tinggi mana pun pekerjaan yg dijawat!

Kalamhati said...

huhu tak sempat tengok sebab ada dinner kt luar td..

Woofer Storm said...

tengok gak tadi sis..sedih sis.. nasib baik ending dia best..hehhee

azieazah said...

Mesej dari drama ini jelas dan bagus. Tapi Kak Azie tak tengok. Ada 2 sebab:

1. Tak minat langsung pada makcik bulu mata pelesu tuh.. (wpun minat lakunan Azhan Rani)

2. MyTOKLAKI nak layan bolasepak ManU vs Bolton.

PCL said...

tgk yg hujung2 citer jer...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Akak tak berganjak depan tv.mula2 Zulaikha hormat suami tapi dia prsessure ngan Shima asyik bodek tu yg dia start panas bila husband dia lmbt siapkn baju wife bos dia, huhu. Nsb baiklah husband dia lmby siapkn sbb rupanya wife bos dia tak suka kaki bodek, hikmah di sebalik kjadian.

cik violet said...

xbape nice baju rcw y ketat tuuuu..labuci tu da cantik da

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Ayu,mula2 k.atie tgk cerekarama Mr Labucinya..ngah best2 negok HB tukar channel lain lak..hemmmmmm

Bundle Murah said...

dah lama x tengok tv.. hohaaa.. layan je cuti ni

IMANSHAH said...

siap ambik gambar tv tu

Nur Hawa Mohd Zin said...

tak semestinya tak kerja office hour tak blh berjaya

Cik Pulau said...

kak..
sy xtgk malam tadi..
dah tdo awal..
letih teramat....
huhuhu...

kurus said...

aloor x tgk punn sbb sebuk ngan anak2 .. huhuhu

Rumah Kuning said...

tak tengok sbb tajuk macam tak best. hehehe

akuzle ayu said...

mmg citer yg bagus. berbaloi pengarahnyer smpi pengsan2 bila mengarahkan citer neh. azhan rani mmg hebat!!

azila said...

btol ayu..dimana ader kemahuan, disitu pasti ader kejayaan...kejayaan xdtg bergolek kan tanpa usaha?heheh