Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Sunday, January 8, 2012

Drama Ikan Bakar TV3.. aku rasa syahdu dan sayu


Drama ini Berjaya aku tonton sampai ke akhir jalan ceritanya.. lakonan Rusdy Ramli, Lis Dawati, Zed Zaidi dan ramai lagi
  • Banyak moral yang ku dapat titip antaranya
  • Kasih sayang seorang isteri buat suami yang kurang sihat
  • Kasih sayang seorang ibu buat anaknya

Siapa yang menonton pasti merasai apa yang kurasa, syahdu, rasa sedih dengan kisah mereka anak beranak..



Ikan bakar merupakan sebuah drama yang Berjaya menyatupadukan sifat taat isteriiaitu Shakinah buat suami Baharom yang kurang sihat.. akibat sihir dari ibu isteri yang tidak suka akan menantunya
Bila bakar iaitu si anak yang menyangka, ibunya lebih kasihkan ayahnya yang berperangai keanak-anakkan maka, perasaan cemburu si anak mengatasi segalanya..  
Ditambah muncul seorang lelaki yang membuat amarah Bakar semakin berapi..



Akhirnya kesedaran demi kesedaran timbul, bukan sahaja ibu mertua yang telah menyesali sifat lampaunya, malahan Rozali (lelaki yang menyukai Sakinah) telah menerima bala yang diturunkan oleh yang maha esa, akibat perbuatannya sendiri, iaitu menghasut Baharom melepaskan ikan anak kesayangannya 



PS: perbuatan jahat dibalas jahat.. terbukti kebenarannya

14 ulasan:

Along Maklong said...

ayu..
nasib baiklah ada ringkasan cerita ikan bakar dari ayu.. kalau tak maklong doklah tertanya2 motif cerita ni..
maklong tak tengok dari mula.. berebut tv dengan anak tengok bola.. maklong buat2 sebuk kat dapur.. masak megi je tuk paklong.. huhu..
terima kasih ayu..

mamaijat said...

...what comes around..goes around......

Mama Janet said...

Sy pun tak berapa faham Mak Long sbb tenguk dh separuh jalan

kurus said...

waa ruginya x dpt tgk huhuh

Nur-nba said...

Tak sempat nak menonton.. Rugi rugi..

Niena Muhammad said...

Assalamualaikum kak ayu.. a'ah.. tabah isteri dia jga suami wlaupun cmtu kn.. hmm,, pngajaran dri cite ni bnyak sebenarnya & yg pling best.. jgn ada busuk hati

Hanim Mahali said...

Balik rumah tu sempat tengok 15minit sebelum habis. Huhuhu... Ingatkan cerita Ikan Bakar makanan rupanya Bakar tu nama anaknya. >.<

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam ayu..slmt berhari mggu!!

Xder tgk cerekarama mlm tadi..entah nape mlm tadi ngantukkkk sgt :D

Unknown said...

:) sedih dan sayu......

terasa di hati

me suya said...

tasi baca ben ashari komen pasal citer ni..malam ni suya nak cr la kat tenet.. nak tgk gakk

me suya said...

*tadi.. typo pulak :)

azwa amani said...

mcm best jerr..nak tgok la..huhuhu

Unknown said...

tak pernah tengok..
heheh..kalau tv buat ulangan2 drama yang dia siarkan kan bagus..maksud saya drama yang dia siarkan jam 4 dia ulang tayang jam 1 pagi ke...mesti saya boleh tengok sama..kan??

fatin said...

sy dah lama x tgk drama.. las tgk citer nora danish ttg dhia tuh.. huhuu