Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Friday, January 13, 2012

Selamat pagi, kisah semalam, kisah IQRA, sedikit Renungan..


Selamat pagi penghulu hari sahabatku diluar…

Semalam yang sangat memenatkan, tempahan yang ku terima dibatalkan, namun ku bersyukur kerana jika tempahan jadi, maknanya aku pasti tak cukup tangan menguruskan tempahan nasi ambeng sebanyak 100 bungkus dan melayani karenan pelanggan disatu masa yang sama.

Ada hikmahnya ditambah pekerjaku yang dah bertahun berjasa denganku bercuti.. tempahan ditunda ke minggu hadapan..


***************

Sekejap lagi, aku akan menguruskan persekolahan anak daraku.. buku IQRA telah En Zalie belikan, ada sedikit lucu yang berlaku, di sekolah PASTI cikgu ada buat penambahan belajar mengaji, upah RM 12 perlu dibayar setiap bulan, sejak umai berusia 3 tahun aku dah ajar Muqadam, rupa-rupanya selama aku tahu nak belajar asas belajar AL QURAN dengan Mukadam, rupa-rupanya zaman sekarang melalui IQRA.. hehehheheheh (Nampak sangat aku tertinggal jauh tentang perkara itu, maklumlah adik paling bungsuku dah berusia 18 tahun, manalahku tahu… )

***************

Sedikit renungan dipagi jumaat

Seseungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan kamu dan harta kepunyaan kamu, sebaliknya Allah memandang kepada hati kamu. Maka sesiapa memiliki hati yang suci bersih, nescaya Allah amat menyintai orang itu. Ketahuilah wahai anak Adam, bahawa orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bertakwa dikalangan kamu
Riwayat Muslim & Tabrani



PS: dah tinggalkan URL anda di entry
ini??? Jika anda berminat jom lakukan segera.

13 ulasan:

Sis Lin said...

Alhamdulilah..
Moga anak2 kita tergolong dalam anak2 yg soleh/solehah ye Ayu....

Kakcik Seroja said...

Assalamu'alaikum Ayu...

Selalu orang cakap 'dalam hati siapa tahu'... Lupakah mereka bahawa Allah itu Maha Mengetahui? :)

Hudalatip said...

Memang pun ayu, sekarang ni belajar IQRA' .Mudah-mudahan Umai akan jadi budak yang celik hati dan minda yea..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Sistem persekolahan sekarang banyak berbeza berbanding kita dulu. Kalau dulu kita nak belajar mengeja gunakan huruf a e i o u, skrg dah gunakan cara lain. Begitu juga dgn Al-Quran, belajar IQRA' dulu dan dgn cara ini bdk2 cepat khatam..

Mas said...

salam pagi jumaat buat ayu..
moga ayu ceria2 selalu..
hmm..betul tu ayu..sistem pembelajaran sekarang berbeza ngan kita dulu.....
moga umai cepat serasi ngan pembelajaran IQRA'.....
cepat umai khatam nanti...

dieya said...

salam k ayu,
lama nyer tak singgah sini! betul laa, budak2 skrg tak main dah belajar mengaji guna muqaddam. kaedah diorg lagi canggih. tapi yg penting, pandai baca dan khatam quran :-)
moga umai cepat2 khatam ya, bolehlah k ayu buat majlis pulut kuning utk umai nnt.

gadisBunga™ said...

arghhhh...nak try akak punye nasi ambeng pulak plis!!!!

Unknown said...

saya pun ajar guna muqadam..sebab diajar dari kecik gitu.nampaknye kena beli iqra la lepas ni.

tun_telani said...

dh belajar mukaddam, mesti cepat je umai naik iqra' 5 nnti =)
tq atas tazkirah jumaat ^^

miloaiskurangmanis said...

dah lama guna IQRA ni...
masa my doter start schooling - 2004...

mama maman aka yana said...

mama tau pun bila tgk adik mama dok guna, bila tanya, adik mama ckp, mmg belajar guna tuh je, muqadam dah simpan dah.. hehe

fatin said...

kita dulu muqaddam.. skrg ni iqra'..

=}

Norimahsofea said...

ada ustaz kat tempat saya cakap,klu pki muqadam ni budaknya leh baca jawi.klu guna iqra boleh baca alquran dgn cepat.