KUALA LUMPUR: Penyanyi veteran Abd. Latif Ibrahim atau Latif Ibrahim, 61, dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) pada Ahad lalu akibat serangan sakit jantung.
Penyanyi yang juga adiknya, Datuk Khatijah Ibrahim berkata Latif kini berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil.
"Dia dimasukkan ke CCU selepas muntah-muntah dan kini keadaannya agak kritikal.
"Buat masa ini dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat ubat tidur yang diberikan oleh pihak IJN," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.
Tambah Khatijah, ini merupakan kali kedua penyanyi tersebut dimasukkan ke IJN akibat penyakit yang sama.
"Dia sudah lama mengidap penyakit jantung dan pernah menjalankan pembedahan 12 tahun lalu akibat serangan jantung," katanya.
Dalam pada itu, Khatijah berkata buat masa ini pelawat yang ingin menziarah tidak dibenarkan masuk atas arahan pihak IJN. Kredit to mStar
PS: semoga beliau kembali sembuh.. salam takziah buat allahyarham sahabat suamiku yang meninggal dunia kemarin, sakit darah tinggi.. masih muda usianya baru 33 tahun.. namun semua itu kerjaNYA, masa kita mungkin esok, mungkin malam ini.. banyakkan beramal dan bersedekah moga diterima amalan kita, amin
6 ulasan:
semoga cepat sembuh
Semoga Allah mengurniakan kesembuhan kepadanya. Amin.
semoga beliau cepat sembuh sepenuhnya... rindu dengan lakonan2 dramanya... lama da tak lihat dia beraksi lakonan
Hujung2 tahun banyak betul mendengar berita orang sakit dan meninggal.
Moga beliau cepat sembuh. Suka juga menonton lakonannya.
BILA DAH BERUMUR NIELAH DUGAAN NYA=(
Hmmm... penyakit jantung pembunuh #1 dunia!
Agak mengejutkan sahabat En. Suami tuh meninggal akibat darah tinggi. Terlalu muda!
Terbaru dari Logokoko:
[U] Deretan rumah kedai yang paling hodoh di Malaysia!
[U] Video khas ulangtahun ke-18 Tragedi Highland Towers
[10PG] Kenapa b*bi yang menjadi mangsa?
Post a Comment