Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Wednesday, November 30, 2011

30 hb, aku kepenatan.....

Hari ini aku sibuk menemankan suamiku ke hospital, ada 2 temujanji, berlainan hospital dan berlainan masa…

Masak kepala aku bila hospital satu lagi call, doctor mahukan En Zalie sampai awal sedikit.. adoiiii.. bukan dekat oo..jauh tu..

Syukur, bila kita berfikiran positif dan tarik nafas sedalamnya, nescaya walau sukar, jadi mudah… so.. semuanya mudah…malas nak syer apa yang terjadi sebenarnya, yang pasti jawapan ke dua-dua doctor memuaskan hati…



Sampai rumah dalam jam 3 petang, aku dah penat sangat.. mujurlah sampai ke CITARASA RINDUAN kerja kat kedai kurang sikit…

Bolehlah aku renggangkan sedikit badan…buat senaman kaget... hehehe, senaman ringan


PS: Sekarang nak tidur awal. (Eh, awal ker??) kalau aku tak BW maksudnya memang aku tak ada banyak masa.. maaf berlori sahabatku..

Sajak buat BEN ASHAARI.... Selamat Hari Lahir.

Sahabat yang sentiasa mempunyai kekuatan dijiwanya,
Sahabat yang sentiasa ada saat jatuh dan bangunnya sahabat blogger sekelilingnya,
Sahabat yang sentiasa rajin mempromosikan blogger berbilang bangsa,
Sahabat yang sentiasa kreatif dengan bahasa penulisannya..




Dialah sifuku dalam dunia blogger BEN ASHAARI…
Selamat Hari Lahir buat beliau, semoga persahabatan kekal selamanya.. Semoga kamu dirahmatinya olehNya


PS: Moga di berikan kesehateraan yang baik-baik buat beliau, isterinya (Zla) dan zuriatnya …

Tuesday, November 29, 2011

Demam Ombak Rindu nak bermula!!

Tadi baca akhbar metro

Korang yang suka dengan novel Ombak Rindu, pasti tertunggu2  kan?… siapa minat Novel itu, sila klik like kat entry ini.. hehehehhe 

Demam ombak rindu, filem yang bakal mencetuskan 100% perubahan buat kaki novel yang meminati karya Fauziah Ashaari… usah nak bandingkan filem dengan novel tu.. rasa aku pasti ada perubahan samada perasaan korang yang feel 99% tersuka dekat Hariz, atau menyampah kat hero badan ketak2 tu..

Bila Aroon yang bawa watak hero tu, sure ramai yang tersampuk semangat Hariz.. Ada 2 bini tu, (nanti jangan ada para lelaki yang start nak tambah bini ya).. kena fungfu panda padan muka... huhuhu


(kredit to google for picture..)

Semestinya  Osman Ali, pengarah filem yang akan meletup bulan 12 nanti.. jom, buat kaki wayang, tonton filem Ombak Rindu pada 1 December, aku?? Rasanya tunggu kat astro jerlah.. huhuhu

PS: kalau pengarah Filem David Teo boleh sebak layan filem tu.. aku pasti kena sediakan berkotak2 tisu buat peneman time layan filem tu… hehehhe
~~siapa yang bawa watak pemandu kereta Hariz agaknya??? Korang tau tak?? syerlah……

Bila merenung matanya ku tahu dia mahu sesuatu...Maafkan Ibu..


Selamat pagi selasa sahabatku semua.. hari ini dah 3 Muharam… cepatnya masa beredar… kita tempuhi masa hadapan dan usah menoleh pekara yang dahulu, hanya mengambil iktibar dari masa nan lepas,, Insyallah pasti kita menjadi insan yang kamil..Insyallah..

Semenjak cuti sekolah aku perhatikan perangai anak daraku makin berubah.. dari sikapnya yang pemurah dengan kata-kata, perbuatan.. sedikit sebanyak menunjukkan tanda protes.. maksudnya, tiba-tiba anakku akan menunjukkan sifat marah dan sering menghentakkan kakinya..

************
Bila berniaga, sebagai ibu.. ada sedikit culas yang berlaku pada aku, sebagai contoh mungkin aku pernah berjanji itu ini pada anak daraku.. hujung2 aku terlupa… kasihannya anakku..
Bukannya dia meminta sesuatu yang amat berat, hanya ingin merasai percutian seperti kawan-kawan sekolahnya yang lain..

Memang ada 2 ekspedisi yang aku ingin ikuti seperti Jelajah 4x4 sekitar taman Negara dari 6-12 December 2011, dan 1 lagi rombongan bas ke pantai (ala-ala BBQ ), mungkin salah satu dari program itu akan aku ikuti untuk melapangkan mindaku dan sekurangnya anak daraku happy menempuhi cuti sekolahnya…

Mudah-mudahan….



PS:Kemarin Umai minta aku ke KFC, kalau ikutkan hanya diminta Nuggert dan Aiskrim, walhal dalam peti aisku nurgget ayam dan Aiskrim memang dah sedia ada kusimpan bila dia minta … Mungkin dia mahukan persekitaran KFC bukan dirumah.. (Bila aku merenung mata anak daraku, ku tahu dia mahu sedikit hiburan di luar rumah)

Sunday, November 27, 2011

Undangan, 1 ker? 2 Ker?,3 Ker..


Musim kawin..

Banyak dapat undangan… kalau ada yang sudi menjemput. Semestinya sebagai tetamu aku perlu menghadirkan diri, kecualilah lokasi agak jauh yang menyukarkan aku untuk menghadirkan diri… Yalah, kalau tetamu lain datang, pasti ada suami disisi, beza dengan aku.. datang sorang.. heheheh tak apa aku kan perempuan tak kisah

Bila dapat cenderhati.. aku memang suka, sebab apa yang aku dapat dari sesiapa pun aku akan hargai… so kumpul koleksi yang sedia ada, tambah yang baru…

Rasa sangat kagum era kini, tuan rumah suka sedekahkan…. Moga ikhlas pemberian mereka..
Terima kasih, SELAMAT PENGANTIN BARU buat pasangan pengantin..





4 undangan yang diterima, aku pergi semua tempat, usah tanya menu yang aku ambil.. sebab aku masih bertahan mood berdiet…

Buahan aku terkammmmmmmmmmm.. hehehhe

Jomlah layan gambar2 dimajlis kawin..









PS: syukur, kesihatan En Zalie semakin pulih.. dah boleh bergerak, dah boleh menguruskan dirinya ke bilik air seorang diri, moga suamiku semakin sembuh..


Maal Hijrah 1433 buat semua...

Salam Maal Hijrah 1433 buat semua sahabatku…

Hujung-hujung ini daku memang kesibukkan, menguruskan kedai makan bukan sahaja meletihkan jasmaniku, namun kekuatan mental harus seimbang..

Bila berhadapan dengan pelbagai dugaan, ku yakin DIA maha kaya, dia maha pemurah, Orang yang berhadapan dengan dugaan, adalah orang yang terpilih….. Insyallah, sempena tahun baru… ku mendoakan agar ku semakin tabah menghadapi segalanya.. Amin

************
Kesihatan En Zalie kadangkala membimbangkan, bila dia mengadu, ku tahu.. dia memang tak tahan menanggung kesakitannya….

Seperti hari ini, ku mengambil keputusan biarlah CITARASA RINDUAN tidak beroperasi, memandangakan En Zalie tidak berupaya menguruskan diri sendiri..

Terima kasih buat blogger yang sudi singgah, komen dan sentiasa menyokongku selama ini…
Jua, buat blogger Ayah Ngah Zico dan Blogger Sweet Memorie yang review blog CITARASA RINDUAN…ku sangat terharu

Friday, November 25, 2011

Keputusan Maharaja Lawak Mega minggu ke 5,HIRO tersingkir


Agak suram lawak Maharaja Lawak Mega minggu ke 5 malam ini, bagi aku peserta agak terkongkong dengan tajuk yang diberi iaitu zaman purba & dahulu kala… atau sudah kurang lawakkah perserta?? ditambah dengan komen juri yang tidak menaikkan semangat peserta.... Wallahualam...

Sedikit Ulasan untuk Peserta :

Keterlaluan aksi yang ditonjolkan oleh adlin.. itu pandangan aku, sebab dia menayang `seluar kecik`… (maaf gambar itu aku tak kongsi dengan kalian..)



Kumpulan dari SEAHU (Indonesia) ini pun sama lawak dengan minggu sebelum… agak hambar bagi aku


Minggu lepas OSBON the best, namun… minggu ini lawak mereka hanya muncul hujung2 masa



Namun the best bila aksi Abon yang boleh kecek Kelantan.. tahniah.. heheheh, dan kemunculan aksi Jin yang dibawa oleh OS memang mencuit hati… (lihat wajah Os, sangat melucukan bukan???)


Mungkin aku bagi kredit buat kumpulan BOBOY, yang pandai menggunakan peluang yang ada iaitu hal2 isu semasa yang dilawakkan.. contoh kemenangan Merong Mahawangsa dan AIM yang mana,  anugerah buat Yuna ditarik semula… Jua sukan SEA di Indonesia…. (Emas buat Malaysia.. heheh)



Kumpulan 3G, biasa sahaja…… Jika tiada Yassin, mungkin suram kumpulan ini...



Kembali lagi aksi BP, ditambah kemunculan Bob Kuman yang bagi aku lawak mereka semakin menghilang, kesihatan Bob memang menjejaskan persembahan.. Moga Bob di berikan kesihatan yang baik2.. dan beraksi dengan lawak yang lebih bertenaga..


PS:Kumpulan Syok yang syok sendiri, kumpulan HIRO yang merapu entah apa2,Kumpulan PIMAI yang biasa2 sahaja… buatkan aku mengantuk dan menyambung baca novel cinta ASST

 Keseluruhan.. lawak MLM musim ke 5, lawak menurun DAN aku setuju komen Juri. Macam aku juri pulak… hehehe

Kenapa Blog Citarasa Rinduan semakin suram?


Salam penghulu hari sahabatku semua..

Ada yang rindu aku kah?
Atau ada yang sedia klik blog ini tapi tiada entry baru kah? (ini ayat poyo dan tak tahu malu ya!!!! Hahhahah)

Maaflah sahabatku…….

Aku semakin sibuk menguruskan citarasa rinduan..bila bermulanya cuti sekolah, bermaksud ku perlu pasang strategi untuk mempercepatkan proses penyediaan di dapur. 



Ada yang suruh pasang pekerja baru.. 
Kalau nak diikutkan permohon yang datang memang ramai, masalahnya terdiri dari budak2 sekolah yang menunggu sekolah dibuka, bagus sebenarnya hasrat mereka, nak isi masa lapang, nak tambah duit kocek.. namun, aku kuatir kerana.. operasi kedai makan memang memenatkan… takut ada yang bertahan hanya 2-3 hari sahaja… (risau jika ku terlebih kata2 mereka ingat sampai ke tua..)

Insyallah.. dengan pekerja yang sedia ada.. ku akan pastikan perjalanan kedai makan generasi keluarga En zalie berjalan dengan lebih lancar…


PS: Sekiranya aku tidak sempat singgah ke blog kalian, ku memohon berjuta kemaafan, bukan bererti aku tidak ingat kalian.. tapi ada keperluan yang lebih utama dalam kehidupanku… Salam kerinduan buat semua

Wednesday, November 23, 2011

GA dari Lydiamiza.com


Selamat ulangtahun kelahiran buat blogger Lydia Miza yang ke 30 tahun. Sempena hari kelahirannya hari ini 23 hb November, dan kami berkongsi bulan kelahiran yang sama..


Hanya yang mampu ku berikan kepada beliau adalah beberapa buah novel cinta buat adikku di doha….



Sebagai tanda kasih dan berterima kasih atas persahabatan ini..

(PS: tarikh tutup GA Tersebut telah tamat, namun ku abadikan entry ini khas untuk ulang tahun kelahirannya… semoga beliau diberi kesejahteraan yang baik2) Rasa sedikit ralat kerana ku telah tersalah faham tentang tarikh tutup GA tersebut..)

Tuesday, November 22, 2011

Sila terima Bibik-bibik... Kamu kalah..

Belum tutup lagi kisah tentang bola..

Aku memang tak minat tentang bola.. tapi kalau pekerja aku asyik menyatakan tentang bola..
Mana boleh??? Majikan kena turut serta.. hehehhe

Aku kena bagi sokongan yang padu untuk Negara tercinta..

Dan akhirnya memang kalian dah terbukti kecundang.. sila terima bibik2 ku.. sila terima kakek2 yang sering datang ke kedaiku….

Garuda udah bertukar menjadi angry bird.. Huhuhuhu……..


(copy paste dari sahabatku)
TEAM Malaysia Hebat ..kerana MALAYSIA...
ade seorang MUSLIM,
ade seorang THAMIL,
ade seorang GURU,
dan yg penting Team MALAYSIA ade khairul fahmi che mat yg sentiasa CERMAT
... menangkap bola,
dan MALAYSIA juga ade baddrol bahtiar yg sentiasa BERIKHTIAR menjaringkn gol dari jarak jauh :)
dan yg paling Hebat ialah kerana MALAYSIA ade ONG ( Ong Kim swee )!!
kita satu malaysia hebat! :) 

Monday, November 21, 2011

KEPUTUSAN terkini Sukan Sea 2011 (EMAS dari Bola Sepak) Malaysia VS Indonesia 5-4



TAHNIAH MALAYSIA………………. Bola Sepak Malaysia VS Indonesia dari jam 8.30 malam hingga 11.30 malam, dengan keputusannya  5-4

Penalty yang menyelamatkan segalanya.. tahniah buat permain bola sepak kebangsaan Malaysia….

Emas ke 59 buat Malaysia untuk sukan SEA ke 26,……….Ku berbanga






PS: Esok Negeri Johor bercuti kerana Hari Keputeraan Sultan Johor 22112011. Daulat Tuanku


(berita terkini) Malaysia VS Indonesia 1-1, Aku pun masuk tv saluran 180..


Selamat malam isnin sahabat….

Hari ini sangat buzy…

Bila cuti sekolah bermula pasti aku sibuk.. faham2 jerlah kan.. perniaga kedai makan..

Korang buat apa tu???korang pasti tak online malam nie.. gerenti 95% antara kita sedang syok layan bola.. 1-1 kan??? Entah-entah korang yang terlebih sorak dengan 1 jag air dan sebungkus pop corn.. heheheh


Sokongan yang padu buat permain kita. Ada masa lagi buat permain kebangsaan kita beraksi..mana tahu ada rezeki.. 2-1 kan??? 

**************

Oh ya, korang ingat tak entry ini??

Semalam dah keluar astro ko…. Ahaksss… saluran 180. Walau channel itu terbitan RTM untuk sabah dan Sarawak, sekurangnya aku berbangga kerana kampungku yang tercinta dah bersiaran pada jam 8.30 malam…

Sedikit aksiku yang aku dapat paparkan.. lebih kurang gambar ini.. hahhahah.. 



PS: tak silap dokumentari tu bulan 3, bulan 11 baru ditayangkan.. lamanya.. hehehe

Sunday, November 20, 2011

Apa apa dengan tarikh 20112011??

20112011, tarikh ulang tahun perkahwinan adik perempuan bungsuku yang pertama kali.. diserikan dengan kehadiran cahayamata pertamanya seorang puteri pada 28 Oktober 2011.. memang sungguh meriah..



Ku sebagai seorang kakak, (kak Ngah gelaran dari adik beradikku) mendoakan yang baik2 sahaja buat mahligai yang dibina, moga seteguh bahtera Nabi Noh.. Insyallah.. amin..

PS: adat yang bernama suami isteri, kadangkala ada surut kasih dalam percintaanya, kadangkala ada timbul bahang geloranya….

Selingan~~ dan selamat hari lahir buat adib anak pada blogger Yus yang menyambut hari ulang tahun kelahiran pada hari ini 20112011 yang ke 5 tahun..

Telefilem Payung Emas di TV3


First time lihat wajah Farahdhiya bertudung, tersangat terserlah keayuan beliau, sebelum ni kalau lihat beliau berlakon drama pasti aku akan kata, dia sangat cantik tapi sayang asyik bawa watak jahat sahaja..

Payung Emas tajuk drama yang beliau lakonkan  bersama pelakon lelaki kesukaan ramai semestinya si Remy Ishak.. aku akui, farahdiya membawa watak perempuan muslimah yang sangat sempurna…. Tahniah buat beliau

Telefilem ini bersiaran dari jam 10 malam hingga 12 tengahmalam.. pada 19 November 2011 saluran tv 3.
Membawa watak sebagai seorang isteri bernama Ain yang mengalami masalah dalam rumahtangga, walau asalnya bahagia…ianya berpunca akibat penyakit yang dihadapi hingga mengakibatkan kandungannya gugur, pasti membuatkan aku sedih tak terperi..




Ain, berkawin dengan Hidayat (Remy Ishak) kerana mengotakan janji kepada kakaknya yang telah pulang kerahmatullah.. sebenarnya hidayat tu adalah abang ipar Ain…(ala2 ganti tikar gitu)





Part paling klimaks mestilah semasa ibu mertua Ain meminta Hidayat kawin lain.. (aduss, terasanya aku!!!) kalaulah semua mertua minta menantu izinkan anak mereka berkawin lain akibat tak boleh bagi zuriat.. rasanya pasti ramai perempuan gila meroyan….. adehhh..

Ala2 kejam pula rasanya bila Hidayat minta kawin lagi, sebab nak ada zuriat sendiri, Fuh!! Kaum isteri memang sensetif oooooooo, so.. buat kaum lelaki renung2kan lah kalau ada isteri yang ada masalah ya… Hati wanita mudah tersentuh ooo




Ain mengambil keputusan memilih Khatijah (pembantu di pejabat Hidayat), seorang anak yatim, solehah.. khatijah bersetuju berkawin dengan Hidayat akibat desakkan Ain..

Wajah sedih Ain, bila Hidayat kata nak kawin lagi..... (hanya wanita yang pernah mengalami yang tahu.. robek gila hati...)





Walau pun Ain telah berjanji pada diri sendiri untuk menjadi isteri yang solehah dan  madu yang mithali namun apabila hidayat banyak menghabiskan masa bersama khatijah apabila khatijah disahkan mengandung, pastinya membuatkan Ain kesunyian…

Disinilah punca Ain terikut kata2 sepupunya Sarah yang baru lepas bercerai supaya meninggalkan Hidayat… Ain mula berubah fikiran




Bayangkan, semasa Hidayat menuntut haknya pada satu malam, hingga menyebabkan Hidayat hampa, keesokkan harinya Hidayat mengalami kemalangan hingga koma, disinilah timbul kesesalan pada hati Ain

Ain rasa bersalah…. Kerana dia tahu, kerana dia.. punca Hidayat ditimpa kecelakaan....

Moral dalam telefilem nie.. semestinya kalau ingin membuat sesuatu perkara mestilah ikhlas… tanya diri, mampukah kita bergelar madu yang merelakkan apa2 yang berlaku antara pasangan kita dengan madu kita??? 

Lelaki mungkin akan kata.. madu itu manis.. Tapi tidak buat kaum wanita.... 



PS: aku hampir tertipu part Ain ke pusara!!! Ingatkan betul2.

Saturday, November 19, 2011

Kalau ada masalah serah pada yang pakar!


Ingat lagi entry ini??

Memang menakutkan jika ada masalah melibatkan elektrik.. awal pagi tadi bila ke kedai.. berlaku lagi perkara yang sama terhadap elektrik dikedaiku.. betul2 berhampiran dengan papan ibu elektrik.. (nama benor apa eik??)

Jalan terbaik.. mestilah panggil pekerja TNB…


Akhirnya dah dapat punca masalah utama.. rupanya ada wayar yang longgar.. sebab tu ada percikkan elektrik…..

PS: sesekali berkongsi pengalaman menguruskan kedai makan, sedikit sebanyak ku pasti, akan membantu sahabat yang berhadapan dengan masalah yang serupa..

Selingan~~ maksudnya, jika lepas nie ada suara2 sumbang yang kata, kedai aku terlebih penggunaan mesin, peti ais, lampu semuanya tak betul ya!!, biar orang yang mahir yang membuktikannya…

Happy Birthday 19November



Happy birthday buat blogger ini
Moga murha rezeki dan panjang usia kamu..

Friday, November 18, 2011

Keputusan Maharaja Lawak Mega minggu ke 4, Jalil Hamid terkeluar



The best maharaja lawak mega mingggu ke 4 aku bagi kat kumpulan OSBON..

Terbaiklah..

Abon punya penangan memang melucukan.. dengan pakaiannya pengantin moden berwarna putih, siap ada crown lagi.. hehehhe..

Sampai sekarang aku tahan gelak part si Abon kata… (pantun sebenarnya) aku dah lupa ayat penuh.. sikit jer ya..

Tak sabar nak tunggu malam ini dipuankan.. (agak lucah tapi rasional…hahah)




Juri tetap Zainal Abidin kata, Abon SEKSI.. awwwuuu.. hahaha, aku setuju…




PS: HIRO, PI MAI, JH, ADLIN, BOBOY, BAWEL, 3 G, BP , SYOK
persembahan biasa2 sahaja

( tapi aku sedikit kasihan dengan kecederaan yang menimpa BOB KUMAN dikepalanya, hingga membuatkan Sobri membuat persembahan solo, semoga BOB cepat sembuh)





Diet menjadi, turun juga akhirnya....


Ingat lagi entry ini??

Syukur alhamdullilah.. nampaknya membuahkan hasil yang bagiku amat membanggakan.. 4 hari berlalu, dengan menu tersebut berat badan En Zalie Berjaya turun sebanyak 2.52 kg…

Rasa lega… jadi, aku teruskan menu diet tersebut.. hanya tukarkan sedikit menu yang agak berat dari ayam kepada ayam sop bening kosong yang hanya dititik halia dan sedikit garam.. lebihkan sayuran… 

Isteri manalah tak rasa lega, bila yang tersayang menunjukkan kesihatan kearah yang positif kan???



PS: dapat juga buah delima yang besar dan merah isinya.. sebiji RM10…. Yes!!!, entry sebelum ini klik sini


Dah raya cina............ Yes!! dapat limau..


Sila jangan terpedaya… limau tu aku beli sendiri… bila beli buah-buahan mulalah.. tangan cok gatai tunjuk sana sini..

Tapikan, sebagai perniaga.. semestinya akan berkotak2 limau mandarin akan ku perolehi,. Agar perut aku dan pekerja citarasa rinduan tak alami gastric yang melampau.. kita hulur-hulurkan pada pelanggan citarasa rinduan..

Orang memberi kita merasa…. Kan???




PS: buah lai, aku suka potong kecil2 bubuh asam boi.. korang cubalah.. masukkan ke peti ais, bila lapar boleh makan… rasanya masam manis.. nyamii

Selingan~~ salam penghulu hari sahabatku…

Thursday, November 17, 2011

Konvokesyen Umai, ada perkara yang berlaku sebelum itu...


Konvo umai jam 9 pagi…

Sebelum tu.. nak tayang umai dengan hadiah saguhati dari pihak tabikannya.. (gambar umai dengan pengarah Felda aku tak dapat nak kongsi, nanti2 jerlah..)



Umai baru 4 tahun, ada 2 tahun lagi nak bersekolah tabika.. awal sangat aku hantar dia kesekolah.. harap2 anak aku tak bosan, atau aku tukar  jer umai ke sekolah PASTI.. nanti aku fikirkan…



Sebenarnya, awal pagi citarasa rinduan tak ada Karen.. orang kata aku tak bayar BIL.. eik!!! Tak apalah.. peduli apa orang nak kata.. yang pasti aku kena siapakan memasak untuk lauk tenghari..

Aku cepat2 ke rumah.. bawa segala bawang2.. blander 5-6 jenis bumbu…

Siap……. Aku terus masak, Karen tak ada, aku pun boleh masak….. kannnnnnnn…..

*************

Syukur, jam 9.15 pagi aku siap masak lauk pauk, umai dah siap dengan berbaju kurung… aku terus salin baju kurung………..

Mujur majlis belum dirasmikan.. jadi aku tak terlambat…..

Macam biasa, aku jadi jurufoto… sebab guru besor kawan aku.. (hehehe.. aku punya geng makcik2.. tak kisah pun.. sebab aku suka berkawan)

Jom lihat gambar mereka… buat kenangan mereka apabila besar nanti… 






PS: senyum lebar umai dengan cenderhati dari sekolahnya… budak2.. memang suka dapat hadiah..aku pun suka gakkk.. hehehe

Selingan~~ syukur elektrik dah kembali beroperasi dicitarasa rinduan jam 11 pagi.. rupanya, ada wayar yang terputus di kotak fius… 

Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday (Part 18 B) Diet Tak jadi..


Diet en zalie yang asalnya nak turunkan ke beberapa kg, tak Berjaya.. makin naik adalah…ku pitammmmmmmm….

Sebagai seroang isteri.. aku ubah semula menunya

Pagi : Ambil oat , snek jam 10 pagi susu dan sepotong epal hijau,
Tengahari :Jus carrots, apple, tomato diblander
Petang : snek 3 petang pau potongan keci
Makan malam: jam 6 petang: macam dibawah.. (kali ini aku bagi makan nasi)





PS: hari jumaat adalah resultnya.. nanti aku syer ngan korang ya..