Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Sunday, September 5, 2010

TV 3 TARIK BALIK IKLAN RAYA


Alhamdullilah…kes iklan hari raya yang dikeluarkan oleh tv 3 dah ditarik semula, untuk makluman semua channel tv3 telah membuat kenyataan rasmi pada bulletin utama pada 8.30 malam tadi.

Pada mulanya bila iklan nie di kluarkan, aku tak lah perasaan…sebab sibuk isi kuih raya dalam bekas, umai suka tengok tv, iklan pun dia layan gak, tiba-tiba dia soal aku….

“Ibu……ada santa hari raya ker?………..”

Aku jawab…”Mana ada….”

Dia menangis sambil kata…”Ada lah ibu…, tu kat tv…”

Adeh….parah betul bila aku tengok iklan tu…mana tak yer, dah macam raya natal pulak..siap ada ala-ala santa claus…kanak-kanan perempuan dok menadah tangan…ala-ala menyentuh sanubariku gitu….

Yang paling terkejut sekali, ada gak yang tubuhkan kelab FB yang banned tv3….bagus gak, boleh lah tv3 sentiasa peka terhadap suara pelanggannya...

http://www.facebook.com/?ref=home#!/group.php?gid=105392399522424&v=wall&ref=ts


PS: apa-apa pun sewajarnya tv3 peka terhadap apa yang mereka kluarkan, tak ingat kes AJL ker?

6 ulasan:

JaJa'Z said...

kes AJL???

Unknown said...

jaja

tak ingat ker, ajl........?

ada kes ngan unsur free manson, ramai yang buat entry ttg prop yg tv3 buat tempohari...

ISZA said...

saya tak tengok iklan ni kat tv..
mungkin jarang layan tv3,
kalau tak lagi anak2 saya banyak tanya..
ikuti perkembangan di blog rakan2..

Unknown said...

tu lah cikgu..

kecewa saya bila lihat iklan tersebut...

saya nie suka layan iklan raya, mcm petronas, telekom...tapi hampa dgn tv3...

semoga tv3 belajar dr kesilapan..

azieazah said...

Kak Azie langsung tak sempat tengok pun iklan tu, jadi taktau citer sehingga baca di banyak blog/FB yg cerita.

Sekiranya begitu, wajarlah tidak diteruskan tayangannya.

Kes AJL tu rasanya yg prop gambar mata sebijik masa Amy Search nyanyi tu yer?

Unknown said...

sis, kes ajl tukan,...

tang prop....
tang pakaian penari...
tang lantai
tang pakaian penyanyi

sis search sini

http://beautifulnara.com/ada-apa-dengan-anugerah-juara-lagu-24/

semuanya takkan lah ada kebetulan?