Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, September 9, 2010

KISAH DIMALAM LEBARAN....VERSI AKU...


Tadikan, aku hantar berkat kat rumah saudara dan jiran tertangga..ada 15 berkat kesemuanya…..

Sebelum tu nak gak kongsi info ngan korang apa yang dipanggil dengan adat menghantar berkat makanan. Kunjung mengunjungi merupakan satu adat kita orang melayu, bila selesainya bulan ramadhan,,,maka kita akan meraikan dengan sedikit makanan…, dimana kita akan berkongsi makanan dan mengedarkan ke jiran tertangga, ianya sebagai tanda kita meraikan kemenangan dan sebagai tanda kita berjaya menjalankan ibadat dibulan ramadhan.

Kali nie, aku berkunjung dengan menaikki motosikal,,,malas nak pecut storm, lagipun aku gerenti jalanraya sure dipenuhi dengan kenderaan.

Si budak kenit…macam biasa..si kaki peneman a.k.a penunggu setia aku

Awal-awal semasa menghantar berkat, keadaan okey jer…umai pun happy sebab dapat lihat suasana malam lebaran,.,dengan lampu lip lap kat keliling kampong, pelita dipasang sepanjang perjalanan dihadapan rumah…siap perang mercun kiri kanan kampong…dah macam duk kat kawasan perang pulak..

Happy sungguh suasana dikampung, sampai tak sedar berkat tinggal lagi satu…umah last, walapun happy..penat ko…..mana tak penat, turun naik bukit….berkunjung pula kena makan minum….biasalah…..hormat tuan umah.

Nie, citer tentang berkat terakhir, rumah nenek semah,…Sambil beri salam aku duk depan pintu rumah….kebetulan motor aku paking jauh sikit….

Beri salam bertalu-talu…eik….sure nenek semah pi beraya kat umah anak dia…aku cabut lah..malas nak menunggu..karang jadi hantu RAYA, haru biru….wwawawawa


Semasa menuju ke motor, aku rasa perit kat kaki kain kurungku…wawawa….banyaknya semut api..warna merah pulak tu…memandangkan umah nenek semah sedang direnovate…itu yang membuatkan semut api mencari kawasan untuk didiami..

Wawawa,,,sadis gila malam pertama lebaran 2010 aku….sakit sehingga sekarang,,perit……rasanya 20 ekor ada duk kat kaki dan betis aku…

PS: wahai si semut, kain kurungku bukan rumah kamu…aku tak rela…

3 ulasan:

ISZA said...

dah babap semut tu?
nakal betul..
ubuh minyak tyt.. insyaallah cepat jer baik..

Lelord said...

huhuhu seb bek x kna hurung semut..
"kunjung" ni org jawa je kan yg buat.. kat uamh mak seminggu sebelum raya jiran2 yg ade keturunan javanese akan start anto makanan.

Cam famili akak selalunya anto makanan pagi raya tu kat umah jiran sblh2 jek

Nur Hawa Mohd Zin said...

Ya Allah kak...mesti sakit..banyak tu..kalu sekor pun dah sakit...akak taruk ubat ape? kesian akak...nak kena nak wat camne kan..ish terasa kaki ni sakit...plak..