Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Saturday, December 31, 2011

OSBON Juara Maharaja Lawak Mega ~ Tak silap undianku!! tapi silap hitunganku saat akhir~


Malam 30 december 2011, Maharaja Lawak Mega adalah pengakhirnya..

Antara kumpulan boboy, Osbon, Syok dan Seahu.. antara mereka adalah pemenangnya…wang tunai sebanyak RM 350,000.000 beserta trofi sumbangan astro, naib juara menerima RM 150,000.00 beserta trofi




Ada 2 persembahan , iaitu BEBAS dan MUZIKAL, keputusan ketika awal pembuka tirai




Persembahan pertama - BEBAS

Seahu— aku kurang faham lawak mereka. Bak kata juri.. biasa2 sahaja

Boboy – memang terbaik. Datin Maimon yang seksi bertukar jadi Datin Seekes, merangkap ahli jawatankuasa masjid.. hehehhe.. terbakar hantu bila terminum ari zam-zam…



OSBON – melayan isterinya yang mengandung, dok tunggu hari nak melahirkan.. paling ku gelak bila OS kata, kalau lahir muka abang??  Jawab Abon,Kalau muka abang, tua dalam perut sue pun sue sanggup.. hahhahah.. sakit perut aku


SYOK – lawak hantu cina, aku Nampak kelemahan sebab terlalu guna ombak rindu, tapi aku suka dengan cara Aaron Aziz kritik kumpulan ini.. sweet sahaja.. hehehheh (gatai pulak aku)

Persembahan kedua – MUZIKAL

Seahu—persembahannya semakin mantap.. aku suka. Tempat ke tiga MLM.. tahniah sebab berjaya bertanding hingga peringkat ini



Boboy – Naib Juara Maharaja Lawak Mega, bila boboyot dah start merepek, pasti lawak muzikal kumpulan mereka mencetuskan tepukkan gemuruh oleh penonton.. Ya, aku akui… BOBOY punya kekuatan.. dan lawak mereka sangat menjadi.. tahniah, Gegel cute walau rupa kedut, Boboyot usia baru darjah 5?? hahahha



OSBON –   JUARA MLM Lawak muzikal mereka kurang ngam, waktu nie aku dah risau, kredit HP aku kian habis.... sebab banyak lawak berkata2.. tapi aku sangat terhibur… lagilah Abon sangat cute bila pakai baju penyanyi barat .. macamanapun tahniah buat kalian, menjadi JUARA.. memperolehi RM 350,000.00 beserta sumbangan Trofi





 tempat ke empat, jatuh kepada SYOK, RM 50,000.00 berserta trofi



coret-coret:
*13 january 2012.. maharaja lawak ke 6 akan bersiaran di astro Warna 132
*lawak Jozan (sebagai pelakon komedi undangan) sanggat terhibur, 6 sahabat FB aku tulis di wall mereka, JOZAN adalah juaranya, Ya.. aku setuju
* Afdlin Shauki dan Chef Wan dah berbaik, siap hug lagi.. hehehhehe.. alhamdullilah

13 ulasan:

Anonymous said...

salam.....kak,


tahniah buat OSBON...kumpulan BOBOI..pun best..hebat2 belaka...

Unknown said...

wsalam SR--
jangan tiak kak..
kita sebaya..
heheheh

betul, ayu dah risau bila persembahan ke 2 OSBON kurang sengat.. maklumlah, muzikal tu..
syukur, berpihak pada OSBON akhirnya

Woofer Storm said...

tak tengok pun sis..hehee

#bertuah pemenang no satu.heheee

ummi_khalish said...

terima kasih update MLM ni...jadi x sabar nak tengok...hehehe.....

p/s:walaupepun saya suka OSbon n harap diorg menang..alhamdulillah...:-)

Acik Erna said...

assalam ayu..acik tengok persembahan kedua osbon susah nak gelak..tapi boboi..tetap tak boleh tahan..
dah rezeki osbon malam tadi..alhamdulillah.

Mohamad said...

Tahniah buat OSBON.

Lawak Jozan tak sempat tengok, tiba2 je siaran ASTRO terputus. Hujan lebat...

Maharaja Lawak, satu rancangan yang menghiburkan untuk seisi keluarga.

Harap2 selepas ini orang-orang yang bertanggungjawab dapat kurangkan lelaki yang berpakaian wanita. Kalau memang bagus, tidak perlu semua itu, orang akan ketawa juga...

lieynanilaz said...

alhamdulillah rezeki berpihak kepada osbon....:)

PCL said...

salam ayu, ...pcl blm tgk sepenuhnya lg maklumlah menumpang tgk kat kedai mkn..tak selesa langsung..jauh plk tu...
thnks bg ulasan ttg ni...yg pasti Osbon juara.

Unknown said...

alhamdulilllah..
akak memang dr awl sokong osbon...tahniah..

kurus said...

memang terbaik kan

akak lebih suke lawak muzikal osbon sbb dia berlawak dan ada nyanyian yg pelbagai , tapi boboi nyayian lawak tuu kurang menyengat !

apa2 punn xrugikan menyokong OSBON .. terbaik

Munn Jaafar said...

masa afdlin hug chef wan..org kat rumah dok tertanya2 kenapa kenapa? sy la jadi tukang explainnya...hehe

i likeeee osbon!

Nur-nba said...

Memang dah agak Osbon akan menang.. Tahniah but Osbon!

Unknown said...

papa mifz tak beli channel nih so xdpt tgk..huhu