Bila diuji olehNya, maka hilang nikmat sedikit demi sedikit, sakit pinggang belakangku semakin ketara, berdenyut2 semalaman, minta En Zalie urutkan..lena juga hingga ke subuh, solat agak ganjil sedikit bila rukuq dan sujud aku menahan kesakitan..
Mulanya aku dah rasa berat hati nak berniaga.. namum memikirkan pekerjaku mencari rezeki dari Negara berdekatan..semestinya makan gaji mesti mengharapkan belas kasihan majikan.
Syukur, ku cari altenatif lain.. sambil memasak, aku menahan sakit.. sudah telan pil panadol extent, masih merasa pinggang bagai dicucuk2… memasak tempohku lakukan agak lama.. berkerut2 mukaku menahan sakit.. jam 10 siap juga makanan buat jualan…
Terus mendapatkan khidmat urut dari Nenek Eton, alhamdullilah.. walau sakit, bila diurut.. akhirnya dengan perantaraan dan izinNya, kembali ku berjalan sediakala tanpa berbongkok2 menahan kesakitan
Rezeki petang semalam, dari sahabat yang pulang kekampungnya Kelantan masa CNY. Terima kasih sue
Dan.. rezeki dari nenek Aisyah yang kerap membeli lauk pauk dan akulah tukang supir yang sentiasa berkhidmat dengan ikhlas kerana beliau tiada anak menantu atau teman untuk memasak dirumah..
Syukur…..
PS: masih belum berkesempatan untuk berjalan2 ke blog sahabat yang lain, jam 2 petang aku akan menemankan suamiku ke regency Hospital.. rawatan biasa beliau, kerap aku temankan agar dia sentiasa mendapat sokongan 100% dari isteri tersayang