Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Wednesday, January 5, 2011

Kes nie lagi pedas dari asam pedas yang aku makan...

Salam tengahari..

Korang dah lunch ker? Aku baru makan asam pedas ika bawal..layan dengan sambal belacan dan ulam timun..sedap oooo…

Bab kepedasannya?? Tu dia……… sangat memuaskan sebab aku guna cili kering yang gred A…

Nie ada kes yang agak pedas, rasanya sangat pedas kot….layan….

Dedah Tinggal Serumah, Abby Mahu Norman & Memey Sedar

PETALING JAYA: Pelakon Abby Abadi mahu memberi kesedaran kepada bekas suaminya Norman Hakim dan Memey Suhaiza dengan mendedahkan perbualan telefon di antara dia dengan wanita itu menerusi status Facebook miliknya, Isnin lalu.

Abby berkata, dia berbuat demikian bukan bertujuan untuk menimbulkan sengketa tetapi sekadar mahu Memey sedar dan rasa bersalah dengan perbuatan dan sikapnya itu.

“Setiap kali saya telefon bekas suami saya atas urusan anak-anak mesti dia yang akan jawab telefon (milik Norman Hakim) dan beri macam-macam alasan yang menunjukkan Norman ketika itu berada bersamanya. Dia seperti mahu mencabar saya.

“Saya tulis bukan kerana saya nak buat tuduhan atau cuba timbulkan sengketa tetapi nak bagi perempuan tu (Memey) sedar, faham dan rasa bersalah,” katanya dihubungi mStar Online, Selasa

Dalam mStar Online Isnin, Memey meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Abby yang menyerangnya secara peribadi.

Menerusi Facebook itu juga, Abby turut menyindir Memey sebagai perempuan gatal selain mendakwa Memey seolah-olah begitu berbangga kerana mahu menunjuk mereka tinggal serumah.

Abby meradang apabila panggilan telefon yang dibuat kepada Norman atas urusan anak sempena sesi persekolahan yang dibuka pada Isnin lalu dijawab oleh Memey.

Jelas Abby lagi, dia tidak berniat untuk mencetuskan kontroversi dan membangkitkan kembali persengketaan lama. Malah dia tidak mempunyai kepentingan langsung berbuat demikian.

“Saya tidak faham apa yang cuba dibuktikan sehinggakan segala urusan anak-anak saya pun dia nak sibuk dan masuk campur. Apalah yang dibanggakan sangat dengan status tunangan orang itu?

Luahan Abby Abadi menerusi Facebook miliknya menimbulkan tanda tanya benarkah Norman dan Memey tinggal serumah?

“Kalau boleh memang saya tidak mahu ada kaitan lagi dengan mereka dan sedikit pun tidak ada kepentingan menulis begitu. Saya hanya mahu mereka selesaikan apa yang belum selesai selepas saya dan Norman bercerai,” katanya.

Dalam pada itu, Abby agak kesal ramai yang menganggap kenyataan yang dibuat kepada media seolah-olah menampakkannya tidak rasional.

“Saya mengaku disebabkan personaliti Memey yang lemah lembut dan naif membuatkan masyarakat menyalahkan saya. Mereka lihat saya seperti tidak rasional.

Cuba mereka meletakkan diri di tempat saya. Saya hanya menuntut hak saya yang mana perkara-perkara tersebut mereka (Norman dan Memey) sudah sedia tahu,” katanya.

Norman dan Memey bertunang pada 15 September tahun laluu dan sepatutnya bernikah pada 8 Januari ini.

Mereka bagaimanapun terpaksa menunda tarikh perkahwinan tersebut kernaa komitmen kerja.

Kedua-dua mereka bagaimanapun gagal dihubungi kerana tidak menjawab panggilan telefon.

Kredit to mStar online

PS: aku bukan suka menyibuk, bab artis aku suka layan bila yang penting-penting jer, tapi bila dah ada isu macam nie…….rasanya takkan ada kesudahan..sure perang meletus tanpa henti, biasalah...................

22 ulasan:

Syafiq Rosli said...

haish..bila lah akan berakhir..huhu..

sis kena tag..hehe..GA

Marhaen Kacak said...

haha..biorkan je la depa..

anyway, nak makan asam pedas power turun melaka..dekat dengan perigi hang li po...fuhh....pijau lidah makan..:P

Isu Semasa : Siapa Tak Pernah Fuck Dia Loser!!!

Unknown said...

shafiq--
malam sis online..nie rehat nak uruskan hal kewajiban..

Unknown said...

marhean--
nanti belanjer ayu yer...hehehhe
nak asam pedas melaka.......................!!!!

azieazah said...

Wajar juga menjadi panduan dan peringatan kepada kita yang bukan artis...

Unknown said...

kak azie--
rasanya bukan artis pun ada kes yang macam nie....hanya kita tutup mata dan pandang2....
setujukan??

Ben Ashaari said...

sodap tuuuu ....

mizayusof said...

setuju dan sokong niat abby untuk memperbetulkan apa yang tak patut.

Mak Su said...

tak tahu nak kt apa..... hu hu hu

wahida said...

perggghhh..asam pedas mmg feveret saya...kalau dpt ikan pari, lagi saya suka...terus teringat mak masak..huhuhu...

ab@h_Izz said...

oppss..belum lunch lagi, lunch ngan blog dulu..ha.ha2

kahwin cepat2 la norman n memey...habis citer, sekarang tak habis2 lagi kisah diaorang...sokong yyg mana betul..

ab@h_Izz said...

oppss..belum lunch lagi, lunch ngan blog dulu..ha.ha2

kahwin cepat2 la norman n memey...habis citer, sekarang tak habis2 lagi kisah diaorang...sokong yyg mana betul..

~~**ieta azri**~~ said...

ayu.........ni linknya..http://www.iniwootwoot.com/

sori la no..cari chat bos x jumpa la....

maszmadi said...

hm..... no komen, [cheh cam artis lah aku nie] hihi

eelobor said...

hehehe, takleh dengar sebelah pihak jer....

IMANSHAH said...

baru baca ni..hehe..yeke ni?alahai tak habis2 depa ni..si norman ngan memei tu napalah tak kawen2 ni

apdm said...

salam

haha...syira pun tak suka layan kak, tapi kalau bab ni layan jugak..hehehe

erienz said...

hahaha...artis2...norman dan memey jawablah ngan wartawan....

cik ude hamid said...

dunia artis.....

Lelord said...

bak sket asam pedas

kella said...

kantoi sudah..

azzey said...

CITARASA RINDUAN: Ttg dakwaan 'tinggal serumah' tu biarlah pihak yang berkenaan yg ambil peranan. Kita org luar ni seeloknya jgn membuat kesimpulan apa2...kannnn..itu pendapat saya lah...:)