Biarlah orang nak kata apa tentang waktu siaran tentang DHIA,. Aku tamo hipokrit, sebab drama ini ada kelainan, awal dulu aku memang layan drama ini,tapi aku hentikan niat aku nak teruskan tonton sebab bila dah ada kaitan dengan bab bomoh2…
Bukan aku tak percaya, tapi orang melayu mudah tersentuh oooo bab bomoh2 nie.
So.. stop!!!!
Aku nak syer ngan kalian tentang episod akhir drama yang buatkan ramai sahabat.. opsss bukan ramai, tapi semua sahabat dok keluarkan status di wall FB tentang drama ini…
Dhia kena kansel rahim tahap 3, lihatlah rawatan yang dhia buat, iaitu kimo yang mengakibatkan rambutnya gugur,
Melly yang asalnya aku betul2 tak suka, sebab dia sangat jahat menganggu kehidupan dhia dan tunangnya Azmi, menjadi sahabat yang sangat baik sewaktu zikri tak ada disisi dhia, dihadiahkan rambut palsu buat dhia sewaktu hari ulang tahun kelahiran dhia…
Melly bersama dengan raffi, (jua lelaki yang sangat mencintai Dhia), berbincang tentang keadaan Dhia yang sakit kansel, aku tamo panjangkan tentang perbincangan mereka, Cuma nak syer, betapa berjayanya penerbit dan seluruh kru drama ini yang Berjaya mengambil screen yang cantik.. fotografie yang terdapat dalam drama ini memang TERBAIKKK, cun kannnnn..
Azmi dan Melly disatukan, waktu tu.. aku tahu azmi memang menyayangi Melly setulus hati. Dah tak ingat macamana mereka boleh bercerai, banyak episod aku terlepas.
Dhia, memilih bermadu, aku sedih okeyyyyy.. sangat sedih…
Masih jelas ditelingaku..
Abang, hanya abang yang Dhia sayang, sumpah demi Allah tiada lelaki lain dihati Dhia,
Hanya mati yang boleh pisahkan kita
Bila ku Salmi, nenek, zetty menegakkan benang yang basah apabila Zikri dah mengetahui punca dia dan dhia semakin jauh.. waktu itulah sahabat dhia berkumpul dirumah mereka, paling sakit hati bila Ku Salmi kata
Tengok, berapa ramai lelaki yang mencintai Dhia?
Jawab Raffi, betul,. Memang ramai yang mencintai dhia, tapi dhia hanya cinta anak makcik… jeng2….
Dialog, yang menambah senduku,
“Abang salah, abang lupakan dhia”
“Abang tak salah, tuhan menguji kita, kesabaran kita, cinta kita… malah membuatkan cinta Dhia semakin dalam kepada abang”
“Kenapa dhia suruh abang kawin lain?”
“Sebab Dhia sayangkan abang..” cinta tanpa restu umpama.... (kalau nak tau, aku dah emo dengan 1 kotak tisu)
Banyak yang abang buat, hingga melukakan hati Dhia,
Jawab Dhia, selagi abang cintakan Dhia, tiada sesiapa boleh lukakan hati Dhia,
Zikir berkawin dengan Ros, namun malam pertama dah kembali semula ke rumah bertemu Dhia, Ros mengamuk.. masa inilah tahap kansel Dhia semakin meningkat, hingga darah banyak keluar..
Dhia yang terlantar, zikir membacakan surah yassin kepada isterinya..
Dhia menyatakan kepada Zikir, bahawa dia tahu siapa yang sayangkan dHia, jawapanya, Tuhan
Malah, berpesan.. jangan cintakan Dhia lebih dari cintakan pada Allah…
Pengakhiran drama yang sangat sedih, aku tak pernah tengok ending yang sedih..
-Zikir dan Dhia sama2 mati diatas katil hospital, Zikir mati semasa tidur, diserang angin ahmar
-Raffi, ke luar Negara untuk melupakan semua peristiwa
-Melly, bahagia hingga akhir hayatnya bersama suaminya Azmi
Moral drama ini, cintailah Allah yang maha Esa, hanya dia yang sesuai dicintai…. BUKAN siapa-siapa
Jom, ramai2 kita layan semanis kurma malam ini…
BERCINTA SETAHUN, KAWIN SEHARI…