Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Saturday, January 22, 2011

Mari mengarang untuk blogger kak seroja a.k.a kakchik




Hari nie ada gathering blogger yang berlansung di citarasa rinduan, kulaijaya, waktu gathering jam 10 malam…
Open table, blogger cik mat gebu  dibawanya tepung talam untuk blogger sis lin merasa, kami pun mencuba juga..sedap ko….

Entah macamana blogger hamzah menangis, berkongsi cerita tentang gangguan seks yang telah di alaminya, tersentak geng-geng blogger mendengarnya..

Hampir sahaja blogger AzieAzah nak buka cincin permata , gara-gara nak belasah pencabul, nasib tak kenal kalau tak?..sure blogger eelobor nak bantu sama..

Bila dah berbual mesra, blogger kalamhati tanya apa makna kembiri, katanya bahasa melayu dah diganti bahasa malaysia, cikgu imanshah jawap proses prosses pemandulan haiwan…

Kami semua angguk-angguk tanda faham, tiba-tiba blogger Ati teringin nak ambil halwa maskat oleh-oleh dari blogger mas duniaku…rasa sedap sehingga kak seroja yang jadi ketua gathering nie pun simpan 1 tupperware

Diam-diam, blogger Idarala bisikkan pada kami, katanya dia ada bawa pakaian untuk mendaki, kami terlopong tak pecaya, hingga blogger Insan Marhaen tersasul baca sajak ulangtahun kelahiran untuk blogger lelord yang jauh di doha sana…walhal awalnya nak baca teks pendek di imankan oleh blogger cikgu Azreef.

Kami, terpegun sebab suaranya serak-serak basah, mengalahkan pelakon filem zombie kampong pisang, hingga blogger wahida tersenyum tanda suka.

Diam tak diam, gathering dah penghujung masa, bual tak hinggat dunia, perasan pun jika terdengar suara azan bergema sayur menjelang pagi…ler….dah pagi rupanya….

Itulah pengalaman yang paling menyeronokkan gathering blogger 2011…
Moga menjadi reality..amin..



PS: ini karangan merapuku khas untuk blogger kak seroja/kakchik…blogger yang baru kukenali dari blog sahabat lamaku…semoga kak seroja terima penyertaanku ini

Untuk korang,..jom….join sama-sama….kita kasi gegar sikit blog kak seroja…jom…klik sini…..




Syarat-syarat :

-  terbuka kepada semua yang 'terjumpa' dengan peraduan ini - tak kisah sama ada anda pengikut blog ini atau tidak.  Kalau anda baru pertama kali singgah pun, anda layak untuk menyertainya.

- letak kepala (header) blog ini bersama alamat : http://kakciknurseroja.blogspot.com di penyertaan anda
- penyertaan hanya dari mereka yang mengunakan alamat rumah/alamat pos di Malaysia sahaja.

- anda boleh mengarang sama ada dalam bentuk puisi, pantun, seloka atau karangan biasa.

- mesti ada kesinambungan dari satu perkataan kepada perkataan yang lain.  Contohnya ....  Cik Peah pergi ke warung Cik Mat untuk membeli TEPUNG TALAM tetapi tidak menduga beliau akan menjadi mangsa GANGGUAN SEKSUAL semasa dalam perjalanan...... dan seterusnya sehingga ke perkataan JIKA TERDENGAR SUARA AZAN BERGEMA SAYUP MENJELANG PAGI.  Apapun bentuk karangan, ianya adalah merupakan sebuah cerita yang boleh difahami...

-  karangan dibuat di blog anda sendiri tetapi TINGGALKAN LINK mengenai catatan tersebut di ruangan komen blog ini.

-  keputusan akan dibuat oleh kakcik sendiri

-  hadiahnya merupakan bekas makanan (senang nak bawa bekal) jenama TUPPERWARE 

- tarikh tutup ialah pada 31/01/2011 dan keputusan akan diumumkan kemudian.

-  sekurang-kurangnya 2 (dua) hadiah disediakan (mungkin lebih)

BERMINAT???  Mulalah mengarang.. :)

10 ulasan:

dieya said...

hahaha kelakarnya.. ingatkan betul2 laa tadi!

CikguAreefNaim said...

salam kak,

akak ni wat bikin panas jer... igtkan wat gathering kat citarasa rinduan tak ajak saya, hehehehe...

rupanya gathering di alam fantasi yer, hehehehe...

ibuintan said...

semoga berjaya... nak juga mencuba kalau ada kesempatan

IMANSHAH said...

terbaik..akan menang ni..insyaAllah

azieazah said...

Wooooooo...!

Terperanjat Kak Azie baca. Macam real tauuu..

Terkedu sekejap.

Hebat tul imaginasi AYU.

Ada harapan! Ada harapan!

Kakcik Seroja said...

Terima kasih Ayu kerana sudi turut serta. Kakcik dah letak link Ayu ni di nombor 11 :)

Murni Alfathunnisa said...

hehe...geli hati daku membaca nyer...rasa nak join jugak contest mengarang kakcik ni..tapi kemalasan melanda lah..huhu

azzey said...

Ha3...suspen. memula td ingatkan betul...all the best Ayu..:)

Kakzakie Purvit said...

Bagus.... kita meriahkan dan gegar blog kakcik.

Mashitah Mamat said...

walaupun entry lama, tp tetap terhibur bila baca..hihihi
kretip