Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Tuesday, May 17, 2011

Hari ini hari apa??

Apasal lain benor pagi nie.?

Senyap semacam jer?

Hari nie hari apa?

Sabtu?

Ahad?

Eik!!! Bukan hari nie hari selasa....

Selalunya bunyi bising kereta dan motor atas jalanraya...

Selain bunyi kenderaan para ibubapa hantar anak mereka ke sekolah, mesti ada bau makanan...

Yer, ler... kan kat depan rumah aku nie sekolah rendah.......

“abang, hari nie hari apa??? Apasal budak tak sekolah??”

Hari nie kan hari wesak....... orang cuti....awak lupa eik???
Heheheheh....

***********************

Itulah situasi yang aku alami awal pagi tadi.......memang aku terlupa hari nie hari cuti... maklumlah.. aku asyik niaga tak ingat hari-hari cuti umum....

Kalau hari jumaat aku taulah.. hari cuti citarasa rinduan...

Jom...... kita kongsi ilmu tentang perayaan hari wesak..

********************
Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.

Lazimnya,penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana(Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.

* Berlindung kepada Buddha membawa maksud menyanjungi Buddha sebagai Guru Agung yang telah menunjukkan cara untuk mendapat kedamaian dalam kehidupan.

* Berlindung kepada Dhamma bermaksud keyakinan serta mengamalkan ajaran Buddha untuk mendapat kedamaian dalam hidup iaitu Nibbana.

* Berlindung kepada Sangha bermaksud mendapat sokongan serta menyokong sesama umat Buddha dalam mengamalkan ajaran Buddha.

Memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras".

Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama Budha di seluruh dunia.

Dikalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri ketika menyambut hari Wesak seperti berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran dewa Bao-sheng Da-di.

Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu:

1. Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
2. Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
3. Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.

****************

Kredit to al.ahkam.net

PS: selamat bercuti sahabatku semua.... apa agenda korang?? Jangan makan tidur ya.. kaum lelaki tu.. molek rasanya tolong isteri/ibu anda mengemas... mop lantai bagus ooo.. awet muda.. hehehe

29 ulasan:

Cik Puan iLa said...

Selamat bercuti!! :)

hentian said...

IM pun baru tau Hari Wesak adalah hari memperingati kematian Gautama Budha.

Elok la tu, dah ditangkap burung merpati tu kemudian dilepaskan konon-konon memeberikan dia kebebasan...

cik cek said...

He he he...punyala sibuk sampai terlupa hari ni cuti...
Selamat Bercuti2...Ayu mesti tak cuti hari ni kan....

ckLah @xiiinam said...

ckLah ada..:D

Mama Kembar Tiga said...

yay cutiiii! :-)

hanees said...

kite tak cuti...huhuhu

eelobor said...

selamat bercuti-cutian. yang pasti aku dengan program JJCM aku jap lagi....

senyumSOYA said...

heheh..saya pun cuti gak..hehehhe..
enjoy cuti ya akak..(^^!
rehatkan badan n minda..

Zalieda Zaliedana said...

Hehe..bz betoi "mem" besar c/r nih ya..Owh c/r ttp ari jumaat ya kak..Rini cuti mesti ramai yg datang mkn kat c/r ya kak..Harap c/r bertambah maju n suksess ya kak..

Cik Pulau said...

sama la..kat kelantan pun cuti gak..
pelik je bila bangun pagi tadi..
adik and anak2 buah ada tgh tdo..
tak gi sekolah ke..rupanya cuti.
hahaha

azila said...

bagi yg sedia bercuti ni, kegembiraan cuti hari ni tdklah dirasai..heheh

Nur Hawa Mohd Zin said...

selamat bercuti kak...citarasa rinduan buka seperti biasa ke atau cuti?

Sunah Sakura said...

hari ni...macam biasa..blog blog blog...hahaha~ adeh...sama je cuti ngan tak cutinyeee... T_T

sarah-najwan said...

akak bercuti dr gosok baju utk pi keje aje..anta anak ke skol..

keje2 lain xcuti pom..nk dibereskn lagi arini..huhu

Encik MamaT said...

itu la kan.. kadang kje sampai tak tau hari apa.. tak tau berapa haribulan... heehehe.. adeh..

sekadar satu coretan said...

hari ni kite kerja,tak cuti pun...
tapikan best jln clear tak byk keta..

perjalanan pulang said...

kita orang kerja

azian said...

akak...
jgn la cakap awet muda kl tolong kemas2 nih...kang hubby sy makin muda lak....dah la dia cam adik kepada sy.....heheheheh

Layyinul Harir said...

selamat bercuti untuk semua..hihi..

baca dari blog kaka ayu baru tau malaysia cuti wesak skang..

kalo cuti besenya bersih2kan laman rumah lagi bagus rasanya..awet muda..hihi

Lelord said...

selamat bercuti rakan2 di mesia...

akak kat doha mmg ari2 cuti ayu

SITI NOARIZAH ARIS said...

Hari ni den kono kojo puan ayuuu...uwaaaa nk cutiiii !!!!

Tinta Emas said...

Selain wesak day, hari ini juga adalah hari telekomunikasi sedunia.....

munna said...

MUNNA CUTI NI ..NAMPAKNYA MENGEMAS RUMAH JE LAH AYU....INGAT NAK TUKAR SUSUN PERABUT RASANYA

My Little Diary said...

saya kena keje macam biasa lah, tak cuti punn.... :(

Cheq Sue said...

Baguih sungguh saranan kak ayu tu... he he he... apa lagi kaum Adam...gerak la sekarang

Lydia Miza said...

kak ayu...blog pun cuti ke?sepi jek hr ni tau

ibuintan said...

betul la ayu... jalan raya pun lengang je hari ni, mereka pakat berehat kat rumah je kot

akak baru balik menziarah sahabat

logorithm said...

Syoknye cuti hari nih. Peluang untuk tido puas-puas. Tak gi kuil sembahyang pon... hehe...

alexayussida said...

saya lagi teruk tataw pon wesak tuh perayaan ape..huhu..balik klas baru cek..rupe2nye utk org agama buddha..xwish pon kat classmates chinese td..huhu