Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, September 30, 2010

SEKALI LAGI AKU DIDUGA......

Assalamualaikum, salam malam khamis….sedar tak sedar dah hari khamis…sekejap jer masa berlalu..aku terlalu sibuk menguruskan CITARASA RINDUAN…sekejap berlari ke meja customer, sekejap berlari cuci pinggan mangkuk, sekejap masak…semua sekejap…tak ada yang kekal…janji pelanggan di layan bak raja…tak gitu…?

Hari nie, aku di duga sekali lagi olehNya, kali nie Umai pula yang demam mengejut…39 bacaan suhu badannya, panas sangat badannya, dahinya…..jam 3 pagi, tiba-tiba menangis tak henti…aku yang tidur selenanya, terkejut dengan pekikan Umai..

Terus off aircorn, panas sangat suhu badannya…beri makan ubat yang memang ada dalam simpanan, ubat demam, ubat batuk dan salsema…ubatan yang kubeli buat simpanan sekiranya kecemasan yang tiba-tiba..

Merengek, tidur di kanan salah, dikiri salah…bingung aku..bila aku peluk, Umai tak selesa…selepas kudodoikan dengan alunan wirid dan zikir akhirnya Umai lena,.

Sehingga awal pagi aku hanya dapat tidur-tidur ayam. Di CITARASA RINDUAN pula, ingatan hanya untuk Umai…pegang senduk ingat Umai, pegang kuali belangga ingat Umai…semua ajer tak kena.

Jam 9 pagi, semasa aku menyiapkan masakan tengahari di CITARASA RINDUAN, en zalie telefon…..suruh hantar Umai dihantar ke klinik di Taman Mas Kulaijaya, aku menyiakan, namun…minta bersabar kerana lauk pauk tengahari belum siap lagi..

Sehinggalah jam 12 tengahari, semua masakan dan kerja di dapur dah beres,,,aku terus menghantar Umai ke klinik…selepas dapat rawatan dan ubat, umai dah selesa sedikit, tidur di seat belakang dengan lena…

Syukur, demam umai dah beransur reda…aku uruskan CITARASA RINDUAN dengan hati yang lapang…semoga tidurnya malam ini panjang tanpa ada gangguan..

PS: takut juga bila lihat Umai sering terkejut-kejut seperti terperanjat, maklumlah mata budak halus tak macam kita-kita….

Wednesday, September 29, 2010

"Darling" didenda RM15,000 guna dokumen palsu


KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit drama Nasreen Ngasri, lebih dikenali sebagai Darling dikenakan denda RM15,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menggunakan dokumen palsu, tiga tahun lalu.

Hakim Jagjit Singh menjatuhkan hukuman itu selepas Darling mengaku bersalah bagi pertuduhan alternatif berhubung penggunaan dokumen palsu. Jagjit dalam keputusannya berkata hukuman itu selepas mengambil kira beberapa faktor dalam hujah peguam bagi Nasreen, Amir Feisal Ariff. "Antara perkara yang diambil kira dalam menjatuhkan hukuman ini ialah tertuduh tiada rekod kesalahan lampau, tertuduh juga telah mengaku salah, kesal, insaf dan ingin meneruskan hidup baru sebagai isteri dan bakal ibu, " katanya. Nasreen, 27, didakwa menggunakan dokumen cagaran berharga palsu iaitu "Director's Circular Resolution Nasridz Pictures Sdn Bhd" bertarikh 16 Ogos 2007. Pelakon itu yang kini hamil dua bulan didakwa melakukan kesalahan itu di premis RHB Bank Berhad, Tingkat 1, Tower 2, RHB Centre, 426, Jalan Tun Razak di sini. Untuk kesalahan itu Nasreen didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.


Terdahulu, Amir dalam rayuannya memohon agar diberikan hukuman berbentuk bon berkelakuan baik atau denda ke atas anak guamnya memandangkan pelakon itu mempunyai rekod bersih sebelum ini. "Tertuduh merupakan seorang pelakon tempatan dan dahulunya adalah salah seorang pengarah syarikat Nasridz Pictures Sdn Bhd sejak 2003 dan akibat insiden ini tertuduh tidak mendapat sebarang kontrak lakonan dan tidak menerima sebarang pendapatan dan kini beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa," katanya.


Amir memberitahu, mengikut fakta, Nasreen tidak memasukkan cek itu tetapi menggunakannya untuk membuka akaun di RHB bank bagi syarikat itu di mana tertuduh dan pengadu, Mohamad Ridzuan Mat Hussin, 34, juga salah seorang pengarah dan pemegang syer setara dalam syarikat itu. "Pembukaan akaun itu bukan untuk tertuduh sendiri tetapi untuk syarikat itu agar wang syarikat yang diterima dapat didepositkan, oleh kerana pengadu dalam kes ini telah membekukan akaun syarikat asal iaitu akaun CIMB," jelasnya. Pelakon itu membayar denda tersebut. -Bernama

kredit to metro online...klik sini


PS: dah buat, kena terima akibat....................

KISAH HARI RABU YANG AMAT PANJANG-Ikut Versi Aku-

Assalamualaikum..salam malam rabu, alhamdullilah…seawal jam 5.30 pagi aku dah menguruskan en zalie dan umai untuk bersiap ke Hospital Sultan Ismail (HIS), sampai ke hospital dalam jam 7.15 pagi.

Aku ikut laluan kota tinggi-tebrau…laluan yang agak sibuk, jem dimana-mana persimpangan…time nie orang pergi mencari rezeki, manakala pelajar menuntut ilmu…dah tak ada altenatif jalan lain, aku memandu agak perlahan…bimbang kecelakaan dan keselamatan kami, bencana dimana-mana…jadi…berhati-hati jer lah..kan?...kan?

Hantar en zalie ke lobi dengan kerusi rodanya…terus aku cari parking, alhamdullilah..sampai awal…dapat paking keter pun cantik..paling dekat dengan pintu masuk hospital, tak sama masa pergi 23hb…1 km aku jalan kaki…hehehehhe

Dapat nombor giliran 0082, sekarang baru 0062..okeylah tu…karang setengah jam dapatlah giliran en zalie…bayar caj pendaftaran RM 5.00 (murah ko….), lepas ambil darah en zalie di tingkat 3, terus ke klinik pakar diettemujanji pertama…9.00pagi-10.00 pagi.

Lepas tu pergi sarapan, ikutkan sebelum nie diet yang en zalie ambil terlalu rendah baru 800 kolori..sepatutnya, 1200 kolori…kesian suami aku…aku hentam sop…sop….dengan air masak, sampai lemak dalam badan ada 7% ajer…amik ko….lepas nie aku kena ikut jadual yang ditetapkan oleh pakar diet…beres…

Jam 12.00 tengahari sehingga 1.00 petang temujanji kedua dengan pakar medical (perubatan), sekali lagi aku bersyukur kehadrat illahi, hasil bacaan tekanan darah en zalie hanya 112/87 manakala bacaan kencing manis hanya 4.8……(terro gak aku jadi nurse peribadi suamiku…..) cayalah…..

Hasil dari pemerhatian doctor, mesin oksigen dah tak perlu digunakan lagi…syukur…syukur..sekarang kena pakai mesin cpax untuk sleep anmianya…

Akhir sekali, doctor medical telah mengurangkan ubat-ubatnya dari 6 jenis kepada 4 jenis sahaja…..alhamdullilah……

Selepas jumpa doctor medical, aku uruskan temujanji kedua…antara doctor diet, doctor THT dan doctor medical..semuanya ditetapkan pada 27 oktober 2010, manakala sebelum tu 20 hb oktober kena ambil darah pada jam 8 pagi..

Umai dah penat mengikut aku menguruskan ayahnya,,last sekali dia tidur kat atas sofa…kesian juga kat anakku itu…nak buat macamana aku kena bawa dia sekali, tak ada orang yang boleh menjaganya..

Selepas ambil ubat di famasi pada jam 2.30 petang aku terus balik ke rumah…tapikan kali nie aku ikut laluan lain…haiway desaru-senai..nanti aku kongsi entry berikutnya

Jom…lihat aksi gedik aku dan umai…(biasalah suka posing dimana-mana)






Sedang kepenatan yang amat…….nak tidur awal, lagipun sampai ke rumah terus uruskanCITARASA RINDUAN

PS: gembira sangat, banyak perkembangan yang bagus terhadap suami tersayang, terima kasih atas nasihat, sokongan dan doa sahabat-sahabat sekalian……

Tuesday, September 28, 2010

ESOK ADA TEMUJANJI....SILA BANTU AKU...

Assalamualaikum, salam malam selasa…rindunya nak update blog, nak share dengan korang kisah citerku di CITARASA RINDUAN, kisah gelagat pekerjaku, kisah customerku dan kisah adik beradikku.

Namun, aku belum ada masa nak update cerita ,sampai handphone pun dah tak ada nyawa, kalau korang sms atau call, ‘sure’ aku tak ada respon, maaf lah yer, buzy sungguh, buzy mengalahkan PERDANA MENTERI….

Eik, PM..?....manalah perginya blogger PENJEJAK MAYA (PM), aku mengharapkan beliau diberi kesejahteraan…semoga beliau sihat dan dipermudahkan setiap urusan yang belia hadapi…amin

Esokkan, merupakan tarikh yang amat penting untuk en zalie, memandangkan beliau ada temujanji dengan doctor pakarmedical’ dan pakar diet….untuk entry sebelum temujanji pada 23 hb sepetember sila klik sini..

Jadi, apa lagi???, aku kena tidur awal-awal untuk malam ini…esok kena sampai ke hospital seawall 7.30pagi…harapan aku, semoga esok dipermudahkan olehNya…amin

Ps: blogger johor…sila kongsi info,,,antara jalan felda tebrau ke HIS atau kota tinggi ke HIS, mana lebih cepat sampai?...malas nak tempuh jem pepagi buta…ada jalan ‘shout cut’ tak?

Monday, September 27, 2010

TERIMA KASIH KAT SEORANG BLOGGER -SUDI BERTANDANG KE RUMAH BERHARI RAYA-

Selamat malam isnin, terima kasih aku nak ucapkan pada sahabat blogger yang rajin singgah blog cincai sepertiku nie, dan rajin meninggalkan komen,,,aku nie,tak derlah blogger yang aktif pun..hanya suka nak luahkan perasaan yang banyak berkisarkan pada kehidupan aku seharian dan kisah di CITARASA RINDUAN

Sabtu 2 minggu yang lepaskan aku ada share tentang seorang blogger yang tampan yang sudi bertandang ke rumahku….namun, aku belum ada masa untuk berkongsi dengan korang..

Ikutkan jadualku..memang padat, namun mengenangkan ada sahabat yang sudi menerjah kerumahku…aku alu-alukan kedatangan beliau dan sahabat-sahabatnya..Terima kasih diatas kesudian beliau beraya kerumahku..maaf andai kurang layanan dari kakakmu ini…


Bukan sorang tau….berempat lagi…yang penting lelaki…hehehehe….kalau dah kata tampan..of couse lah blogger lelaki, tak gitu?

Jom, bagi membuktikan beliau sudah menerjah ke rumahku,,aku selitkan wajah beliau dan geng-geng upin ipinnya……..jom…layan..


Yang mana satu blogger tersebut?...korang cari sendiri..Pada yang dah bersua dengan beliau pasti mengenali....

Dalam dunia blogger? Beliau ialah Blogger ayie Johor…yang penting masih single, rajin menghubungi blog aku untuk menanyakan kesihatan en zalie, Seorang blogger yang amat cool dan senang berkomunikasi dengan beliau

PS: Asalnya,nak buat entry tentang kesudian beliau beraya kerumahku ..namun, sebelum perancangan ke rumah cik mat gebu, beliau menegaskan kehadirannya untuk join beraya bersama-sama Ben, Zila, Ummi dan Sue ke sedenak. Entry beraya ke rumah cik mat gebu klik sini

Aku hold dahulu entry ini, ingat nak share sekali dengan entry ke rumah CMG…namun, tak ada jodoh…beliau tidak dapat menghadirkan diri..ku doakan beliau sejahtera selalu…maaf atas kelewatan entry ini untuk ayie johor.

Sunday, September 26, 2010

KEADAAN AKU TIAP KALI PEKERJA BARU DI CITARASA RINDUAN

Assalamualaikum…selamat malam ahad….hari nie penat sangat..dengan melayan pelanggan dan karenah pembantu kedai yang baru menjalankan tugas dikedai

Setiap kali bertukar pekerja atau kemasukkan pekerja baru, pasti aku menghadapi masalah seperti:-

· Mengajar kembali tugas/kerja setiap pekerja, kalau dapat pekerja yang bijak pasti sesenang ABC, kalau jenis yang kurang bijak..pasti aku akan pening kepala atau ternaik marah tinggi…sabor jerlah…

· Kurang faham bahasa, lebih-lebih dapat pekerja luar Negara…

· Terpaksa buat senyum atau tak lepas mulut bila pekerja buat silap….karang, ada yang cabut lari….(aku gak yang susah)

· Kalau aku dah malas nak berkomunikasi dengan pekerja baru,….mulalah…tangan..kaki dah aktif macam pelari antarabangsa….lepas tu…penat sorang-sorang macam tak payah gajikan pekerja baru.

PS: garu kepala, bila salah seorang pekerja yang basuh kuali mee sop, walhal aku masak untuk tempahan…disuruh goreng ayam, digorengnya ayam cili padi…..Ya Allah, sabar jerlah…….

Saturday, September 25, 2010

SOSILAWATI TIDAK DIROGOL

Alhamdullilah, syukur atas apa yang aku baca di metro online hari nie, sebuah khabar berita yang membuatkan aku lega…, sebelum nie, ianya sebuah berita yang menyedihkan diriku…rupanya,mulut manusia boleh mengubah sesuatu tanpa diduga

Semoga arwah sentiasa dilindungi dan dirahmati…

Syukur, itu hanya khabar angin sahaja…amin

KREDIT TO METRO ONLINE

KUALA LUMPUR: “Sosilawati tidak dirogol!” tegas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin ketika menafikan laporan beberapa akhbar tempatan kelmarin yang mendakwa polis menyiasat kemungkinan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang dibunuh dan dibakar bersama tiga rakannya bulan lalu, turut dirogol.

SIASAT...suspek utama sekali lagi dibawa ke pejabat guamannya, semalam.
SIASAT...suspek utama sekali lagi dibawa ke pejabat guamannya, semalam.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, Mohd Bakri berkata, laporan mengatakan polis sedang menyiasat kemungkinan jutawan kosmetik itu dirogol tidak benar sama sekali.


“Pihak polis ingin menegaskan laporan media yang mengatakan kemungkinan Sosilawati dirogol tidak benar. Tujuan kelapan-lapan suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) adalah untuk pemeriksaan bagi memastikan mereka berada dalam keadaan baik serta mengenal pasti jika ada sebarang kecederaan atau penyakit sebelum dibenarkan berjumpa peguam mereka.


“Selain daripada tujuan di atas, tiada sebarang pemeriksaan lain dipohon kepada pihak hospital oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas kelapan-lapan suspek berkenaan,” katanya.


Beberapa akhbar (bukan Harian Metro) melaporkan pada Rabu lalu, semua lapan suspek terbabit dibawa ke HKL untuk diambil sampel darah dan air mani untuk menjalani ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) bagi menyiasat maklumat terbaru kemungkinan Sosilawati dirogol.


Semua suspek dibawa ke tingkat satu, Bahagian Kecemasan dan Trauma HKL dengan kawalan ketat polis kira-kira jam 3 petang termasuk dua daripada mereka yang ditahan kerana disyaki memeras ugut isteri seorang saudagar batu permata, Allal Kathan Muthuraja, 34, dari Chennai, India, yang dilaporkan hilang selepas berjumpa suspek utama pembunuhan Sosilawati atas urusan perniagaan, 18 Januari lalu. Mengulas dakwaan suspek mereka tidak diberi peluang mempertahankan diri sebelum ditahan reman, selain dipukul serta dipaksa menandatangani beberapa dokumen, Bakri meminta suspek membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan.


Sementara itu di Putrajaya, Bernama melaporkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin, semalam hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan dan menyerahkan bukti berhubung dakwaannya yang mengaitkan polis dengan kes pembunuhan Sosilawati.


Beliau tiba di ibu pejabat SPRM kira-kira jam 3.20 petang dan selesai memberi keterangan sejam kemudian. Ketika ditemui pemberita, Shamsul Iskandar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai bukti yang diserahkan kepada SPRM.


Sebaliknya, beliau mengulangi kenyataannya menafikan polis pernah menghubunginya supaya tampil memberi keterangan berhubung dakwaannya itu. “Saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara itu. Saya hanya tahu melalui media dan sepatutnya saya dimaklumkan mengikut saluran undang-undang yang betul. “Saya hendak tahu apa kesalahan saya, apa perlu saya jelaskan, apa jenis kerjasama boleh saya berikan,” katanya. Samsul berkata, jika ingin memanggil beliau memberi keterangan, polis perlu menggunakan prosedur undang-undang seperti termaktub dalam Kanun Acara Jenayah. “Jangan didik masyarakat datang ke balai polis memberikan keterangan melalui SMS, Facebook dan telefon bimbit,” katanya.


Rabu lalu, polis memberi amaran waran tangkap akan dikeluarkan terhadap Shamsul Iskandar jika beliau terus mengelakkan diri daripada memberi keterangan berhubung dakwaannya itu. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, Shamsul Iskandar sepatutnya hadir di balai polis jika benar mempunyai bukti kukuh mengenai dakwaannya itu.

BERAYA KE SEDENAK- TERIMA KASIH BLOGGER CIK MAT, BEN, ZILA,KAK UMMI DAN SUEJOSHUA

Assalamualaikum, seronoknya hari nie, dapat beraya ke sedenak,,,,umah siapa?...umah cik mat lah…

Seronok dengan layanan cik mat gebu, mak yah dan bak sekeluarga….depa nie memang spoting….sejak kali pertama kali pi sana bersama rombongan pertama, seperti ayie, ben, zila, mak- et dan kak dian dan adik-adikku….aku dah serasi dengan keluarga cik mat sekeluarga….terima kasih sangat-sangat atas layanan anda….

Kali nie, aku join rombongan yang diketuai oleh ben asshari, edisi beraya ….mulanya, agak berat hati..mengenangkan kesihatan en zalie yang belum stabil dari segi emosi dan fizikal…

Namun, berkat doa cik mat sekeluarga…en zalie menerima pelawaan dengan senang hati…..alhamdullilah,

Layanan tetap tip top…..tanpa malu, aku makan dengan penuh selera…tanpa pandang kanan kiri…aku jadi manusia yang sekepala dengan geng-geng lepas cakap…no kontrol2…..senang hati….

Menu….korang usya sendiri…sedap oooo….ada chesse cake, karamel, muffin strawberry, lauk pauk…adeh……..semua menepati selera kami…petai ooooo…..



Yang nie si ammar….anak saudara ben yang glemor sekali, ingat lagi citer ammar beli blog ben ashaari? ….sekarang dah besor sikit…dan ada gigi…tapi kesian…dia tengah demam…harapan aku dia segera sembuh….ibu nyer tak senang hati. Apatah lagi ben dan zila yang asyik melayan kerenah ammar yang tak senang makan mahupun duduk…

Melihat keletah ben yang melayan ammar, ku perhatikan dah sesuai sangat ben jadi ayah….lucu pun ada….siap timang ammar tinggi-tinggi ada kuak lentang…kuah dada…kudoakan bakal ada junior ben ashaari..amin, macam cik mat kata…kembar 4……

Yang nie..blogger paling lama…kak ummi…comel loteh orangnya….yang paling best ada aiman…bak kata cik mat aiman tak kisah….suka dengan buah tangan yang beliau sekeluarga beri….sat lagi nak pi menjamu selera…..untuk hubby kak ummi yang cool…terima kasih kerana sudi melayan en zalie…

Yang nie suejoshua, senang berinteraksi dengan sue, lawa orangnya…kenal melalui sis lin dalam blog beliau..akhirnya bertemu di rumah cik mat… sue nie, ada suami dan anak yang sangat spoting, tinggal di danmark..sekarang bercuti di Malaysia…terima kasih atas saguhati, Umai makan tak henti-henti…adeh,..harus ayu sental gigi dia malam nanti…hehehehe

Terima kasih atas layanan tuan rumah dan blogger semua…korang memang best…

Friday, September 24, 2010

BUKAN KERANA HARTA


Tak terniat ambil kesempatan


KUALA LUMPUR: “Tak pernah terlintas langsung di hati saya untuk mengambil kesempatan terhadap harta isteri dan keluarganya seperti tohmahan yang dilemparkan. Bagi saya, tiada lebih penting selain keharmonian keluarga dan anak-anak tiri saya,” kata suami Datuk Sosilawati Lawiya.

Ahli perniagaan berusia 48 tahun itu yang masih enggan identitinya didedahkan berkata, dia kurang menonjolkan diri di sebalik kematian tragis isterinya kerana tidak mahu orang tersalah anggap dan menuduh dia ingin mengambil harta jutawan wanita itu.

“Maklumlah perkahwinan saya dengannya masih baru, jadi orang mudah berprasangka terhadap saya. Insya-Allah, wang yang saya ada cukup untuk saya,” katanya dalam temuramah dengan RTM dan Harian Metro di sini, semalam.

Lelaki itu berkata, dia bernikah dengan jutawan kosmetik berkenaan pada November tahun lalu dan jarang mencampuri urusan perniagaan isterinya yang dipanggil dengan panggilan Wati.

“Saya sudah mengenali Wati 10 tahun lalu atas urusan perniagaan sebelum berkahwin dengannya, malah perkahwinan kami atas dasar cinta dan bukan seperti digembar-gemburkan masyarakat iaitu kerana harta atau sebagainya,” katanya.

Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa isterinya pada 26 Ogos lalu ketika menghantar Wati menghadiri perbicaraan mahkamah pada hari berkenaan dan sepanjang Ramadan lalu hanya dua kali mereka berbuka puasa bersama.

Katanya, dia tidak dapat melupakan permintaan terakhir arwah supaya mengimamkan solat Maghrib ketika pertemuan terakhir mereka.

“Itu permintaan terakhirnya kepada saya sebelum dia dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu dan seterusnya disahkan mati akibat dibunuh secara kejam hampir dua minggu kemudian,” katanya yang berasal dari Indonesia, tetapi sudah mendapat status penduduk tetap negara ini.

Ketika ditanya mengenai perniagaannya, beliau yang berstatus duda beranak tiga sebelum berkahwin dengan Sosilawati berkata, dia terbabit perniagaan import dan eksport, tetapi enggan mengulas lanjut mengenai perniagaannya.

Beliau amat berharap orang ramai tidak membuat tuduhan yang bukan-bukan ke atasnya dan menghormati privasinya serta pendiriannya untuk tidak mahu identitinya didedahkan.

“Sebelum ini, saya bukan mengelak daripada media, tapi saya risau soalan yang diajukan kepada saya akan mengganggu siasatan polis. Namun, saya kecewa apabila ada yang membuat tohmahan mengaitkan saya dengan kematian Wati.

“Untuk makluman, saya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dan siasatan polis setakat ini membuktikan saya tidak terbabit kes ini,” katanya.

Lelaki itu berkata, dia juga berpuas hati dengan siasatan polis dan memuji kemampuan polis melakukan siasatan dalam masa singkat sebelum menahan suspek.

Sosilawati dibunuh kejam bersama tiga lagi individu lain iaitu Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangan, Noorhisham Mohamed, 38, ketika pergi ke Banting bagi tujuan pembelian tanah di Batu Feringgi, Pulau Pinang.

Mereka dipercayai diikat, dipukul dan ditikam hingga mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting.

Berikutan itu, polis menahan lapan suspek termasuk dua peguam adik-beradik berusia 41 dan 38 tahun kerana disyaki terbabit pembunuhan itu.

kredit to metro online


ps: diharapkan suami arwah sentiasa sabar dengan tomahan,,,,

BUAT-BUAT PANDAI.............walaupun????



Risau, gugup, macam sakit perut pun ada, nak kentut pun rasa gak…(macam-macam ada)……itulah perasaan aku time jumpa ngan staff Mitsubishi, first time beb, sebelum nie mana aku ada pengalaman services keter, sorang-sorang pulak tu….

En zalie dan Umai aku letak di MD….kesian depa kena tinggal sementara aku menguruskan kereta….

Time berdepan ngan staff kat situ….ramai gak orang yang menunggu giliran nak services keter depa….

Bila tiba giliran aku………..

“Selamat Pagi puan, boleh saya bantu….?” (lelaki ler……hensom….hahahahha, ada aku kena piat telinga karang…)

“Saya nak services 4 x4 saya, boleh tukar minyak hitam, filter….bla…bla…..” (nie ayat dari en zalie yang aku hafal dari malam tadi…..)

“Ikutkan dari jadual puan dah 3 bulan tak services, tapi tak apa…saya akan tukar mana yang patut”

Alhamdullilah…lega…lega……sattle satu masalah lagi..(konon nak buat macam aku terro, sebenarnya…..hanya Allah yang tahu perasaan aku…….

PS: biasalah bila semua menjadi pengalaman pertama dalam hidup aku…nasib dapat diskaun tadi…layan Umai dan En Zalie sambil makan BIG BREAKFAST….nyammmi……..

NAS AHMAD- terjah,diterjah ke dapur........PANASSSS..


Korang mesti nak tengok abang Nas Ahmad kita yang paling popular bab TERJAH menerjah, kena memasak pulak…..waaa……mesti rancangan yang amat spontan…maklumlah brutal-brutal pun kena masak beb….

Aku dapat tahu dari blog abang Nas sendiri..tak percaya ker….korang pi lah sendiri ke blog beliau, sila klik sini…siap ada SARJAN SAJI yang hensem dengan misai kontotnya dan skritnya…..jua tak ketinggalan dengan aksi chef KAMARUL..

Nie sedikit gambar aku tunjukkan kat korang selainnya…pi skodeng blog abang Nas Ahmad sendiri ya...



lihat tu, siap cekak pinggang lagi......mesti masakkan dah nak siap di hidang





gambar atas, trand mark TERJAH, wajib ada.....


Macam-macam stail yang beliau dan pogram SARJAN SAJI buat….nak lihat aksi beliau yang menggoreng, menumis…..hahahahhah….tentu korang akan dapat menyaksikan gelagat abang Nas yang pasti melucukan, kelam kabut sebab diterjah dek SARJAN SAJI tuuuu…..atau sebaliknya….(mana tau..dia memang terro memasak, bakat semulajadi….kan?...kan?.... abang Nas Ahmad.

Silalah menonton waktu siaran SARJAN SAJI nie bersiaran:-

Masa : 11.30 pagi

Hari : RABU

Channel : TV 3

PS: tak sabar nak menunggu giliran abang terjah kita memasak…lallalallaa.

MELAYANG-LAYANG MACAM ANGIN........

Assalamualaikum…salam pagi jumaat…aku mendoakan korang sentiasa di redhai oleh Allah dan diberi kesejahteraan..amin

Hari nie, jadual aku tak berapa nak padat…hanya nak services storm kat kulaijaya….

Ada sesiapa yang kenal ngan aku?..jom beraya di MD, aku belanjer….korang yang kena bayar sendiri…boleh……?

Karang aku syer ngan korang pengalaman aku yer, nie lagi kira-kira berapa duit kena keluar……..wa….banyak wooooo ( dah 3 bulan tak services, sure banyak kena ganti)….dah lah rotex dan insurans mati awal bulan oktober….melayang duit…..sabor jer lah

PS: minta-minta berkat hari jumaat…aku dapat diskaun time service nanti…amin…

Thursday, September 23, 2010

DRAMA EPILOG SYURGA CINTA..tak berapa nak boleh syer ikut versi aku....

Aku suka sangat dengan drama epilog syurga cinta….semasa menjaga en zalie di hospital aku dah start layan, bila bulan puasa…aku dapat ikuti setiap hari drama nie..walaupun aku sibuk mencuba resepi kuih muih tradisi..

Tapi, lagi 10 minit nak waktu siaran nak tamat, aku off channel bagi menghormati ibadat berbuka puasa…(nak tahu lanjut cerita aku sehingga membuat kuih juadah aku hancus disebabkan ESC sila klik sini)

Seminggu beraya, drama nie dihentikan …aku sedih.. aku tak dapat ikuti sebab menghormati cerita dan drama untuk hari raya, (walaupun semua channel menayangkan drama entah apa-apa)

Walaupun aku tak beraya,….tak apalah…karang, peminat drama nie kecewa pula tak dapat menonton kesudahannya…..takkan nak ikut nafsu aku sorang jer,

Akhirnya minggu nie (20-23 hb September) drama nie diteruskan..aku tak dapat menonton namun, en zalie dan umai yang rajin menceritakan ikut versi mereka…tak mengapa….aku suka layan drama nie sebab ada si mia…..geram gile kat budak yang comel nie…

Rupanya hari nie 23 hb September, merupakan ending drama epilog syurga cinta…sekali lagi aku tak dapat nak mengikuti,,,kerana aku dalam perjalanan balik kampong….

Aku minta pandangan member FB, tanyakan pendapat mereka…

Rakan A :

happy ending..tp die xtunjuk nikah2nye..tp kn ok gak klu atok nikah ngan ummi..mia nges beriye2..sedih..

Rakan B :

laaa dah abis ker?

Rakan C :

pendapat pribadi sy: sgt marah dgn kesudahan cerita ni.. kesudahn yg baik hanya utk hero n heroin. penulis skrip tak berjaya meyakinkan yg watak pembantu dpt menerima apa yg berlaku dgn hati yg redha..

ya betul!!! pelakon2 sgt bagus esp adik mia. bakat luarbiasa plus gila comel. sy tak puas hati bila mia boleh pujuk cikgu siti spy kawin dgn ayah dia..sedangkan dia baru sgt2 tau suhaila mak dia..logiknya kanak2 yg baru bertemu mak dan ayah, dah tentulah mahu mak ayah dia bersatu dan diorang hidup bahagia ever after..ni suruh pulak ayah dia kawin perempuan lain..


---------------------------------------------------------------------------------------------

PS: aku setuju dengan rakan C….mungkin penulis skrip hanya nak satukan hero dan heroin…walaupun mereka sejak kecil dah pernah bersua, namun…sedih bila mia tak mahu satukan ibu dan ayahnya semula

Watak su dan ustaz riyan…tak sangka mereka pula bersatu…(macam Hindustan kan, watak pembantu asyik dapat yang bukan pilihan mereka sejak awal…)

Mungkin, penulis mahu mia dapatkan pilihan dari awal drama nie….itu pandangan aku…kalian macamana?

Ikut versi adikku si Siti hawa aka Awe…..klik sini

KERETA IDAMAN AKU....kalau boleh lah...

Aku teringin nak cari kereta yang pelik, comel, cun woooo.....
Kalau pusing kampung, orang pandang, kalau pusing bandor?....polis pulak yang usya......siap minta autograf lagi....hahahhahah

Aku usya kat dalam google...jadi, kredit untuk mr google.....i like....

Jom sekodeng kereta yang aku nak beli tahun 2222 nanti...layan...


1, Jenis nie..aku suka sangat....order jer bulu beruang kat china...sure kena guna 5 ekor.....(ingat senang nak topup satu kereta dengan bulu beruang nie....) kan....kan..., eik...beruang ker anjing....wawawawa.......




2. Jenis nie, senang jer nak cari...janji aku kena ada stok 10 kotak ubat gigi...tak kiralah ubat gigi jenis apa...janji halal...bersih...suci......


3. woooo......nie pulak kereta idaman aku buat pusing keliling kampung....banyak kelebihan..tak payah pakai aircon atau susah-susah nak lap tingkap....jimat

keburukkan....selalu kena buang air dalam kereta nie, time hujan lah....wawawa...(sebab tu aku kena pikir 100 kali nak beli)



4. Jenis kereta nie, memang aku akui aku kurang suka, bukan sebab aku tak suka kucing, sebenarnya kena beli gak satu biji....buat layan si Umai yang suka warna pink............yang penting pink.........

Keburukkan, kalau aku bawa pusing bandor,,,sah aku wajib sondol si kelisa....si kenari......(sebab jenis kereta nie tak perlu bubuh minyak petrol, hanya makanan yang sewaktu dengannya...) lallalalalala


5. Jenis kereta nie lah yang paling layak aku beli, sah...aku kena order gak.....wajib tu..dibuatnya aku berbelajer lebih kat pasar..boleh ikat kat 4 x4 aku....

Kebaikkan...banyak...jimat....beli 5 biji pun tak apa....tak perlu membazir beli minyak petrol....sport rim pun tak payah ganti.....



SAYA TETAP SAYANG DIA

SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah membunuh Syafiah Humaira Sahari, 4, Februari lalu, namun ibu kanak-kanak itu, Siti Nurhanim Aziz, 25, berkata dia tetap sayangkan Mohd Fazli Azri, yang juga teman lelakinya.

BERSALAH...Mohd Fazli dihukum gantung sampai mati.
BERSALAH...Mohd Fazli dihukum gantung sampai mati.

“Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah. Malah, sebelum Mohd Fazli digari semula untuk dibawa ke penjara, dia dilihat sempat mencium pipi Siti Nurhanim.

Sebelum itu, hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan itu terhadap Mohd Fazli yang menyambut hari ulang tahun kelahirannya ke-28 semalam selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.

Mendengar keputusan itu, ibu Mohd Fazli, Nur Haziah Yusof, 52, yang tidak dapat menahan emosi terus meraung dan berulang kali berkata: “Abang tak salah, biar mama yang mati” sebelum wanita itu pengsan dua kali di galeri awam.

Nenek Mohd Fazli yang dikenali sebagai Siti pula kelihatan tenang dengan keputusan itu berkata, keluarganya akan mengemukakan rayuan.

“Berpantang maut sebelum ajal,” katanya.

Mohd Fazli dituduh membunuh Syafiah Humaira di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah Batu 30, dekat Batang Kali, jam 6.30 petang, 25 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Selain Idham Abd Ghani, pendakwaan diwakili dua lagi Timbalan Pendakwa Raya, Hanim Mohd Rashid dan Zureen Elina Mohd Dom manakala tertuduh diwakili peguam bela, Gurbachan Singh.

Terdahulu, Mohtarudin dalam alasan penghakimannya berkata mahkamah tidak dapat menerima keterangan tertuduh ketika membela diri bahawa kecederaan kanak-kanak itu disebabkan jatuh motosikal dan terhantuk di dinding tandas.

Katanya, ia sama sekali bercanggah dengan keterangan dua ahli perubatan yang merawat dan melakukan bedah siasat terhadap kanak-kanak itu.

Selain itu, katanya, kisah jatuh motosikal itu sama seperti cerita tertuduh bahawa mangsa muntah selepas makan ubat yang dibeli di kedai jamu tidak pernah diberitahu kepada sesiapa.

Menyentuh mengenai keterangan tertuduh ‘lalok’ di padang bola, Mohtarudin berkata ia bercanggah dengan keterangan saksi yang menunjukkan Mohd Fazli adalah waras pada masa kejadian.

Katanya, ini dikuatkan lagi apabila melihat fakta bahawa tertuduh boleh memandu teksinya untuk ke padang berkenaan.

“Keterangan ibu mangsa bahawa tertuduh berada dalam keadaan mabuk sepatutnya disoal balas pada peringkat pendakwaan,” katanya.

Menurutnya, undang-undang dengan jelas menyatakan bahawa mabuk akibat perbuatan sendiri tidak boleh diterima dalam pembelaan kes jenayah.

Mohtarudin berkata, mahkamah juga menolak hujah pembelaan bahawa tertuduh tidak berniat mencederakan mangsa berdasarkan apa yang sudah dilakukannya terhadap kanak-kanak malang itu.

“Perbuatan menutup pintu teksi sehingga terkena kepala mangsa, memijak perut dengan but bola dan menyepak kanak-kanak itu tidak dapat diterima sebagai tidak berniat,” katanya.

Sepanjang perbicaraan bermula sejak 7 Jun lalu, pihak pendakwaan memanggil 33 saksi, manakala tiga saksi pembelaan tampil memberikan keterangan.


KREDIT to metro online

PS: payah....kalau sayang pun.....berpada-pada...anak dah melayang...pembunuh darah daging pun, dia masih sayang?....kecewa dengan spesis wanita macam nie...cisss....

BALIK KAMPUNG LAGI........



Mai nak citer nie….lepas pi apoinment kat hospital untuk en zalie…aku pi balik ke halaman kampong tercinta….wooooo…….syoknyer…..kiranya raya ke 2 lah..

Tahun nie tak lah beraya pun…hanya beraya di rumah ibunda sahaja….hanya sanak saudara yang datang beraya kerumah…tapi tetap seronok….

Sampai ke rumah ibunda di felda Tenggaroh Mersing.., panas terik…lapor gile… jam dah 1.45 tengahari..(mana tak lapor makan oat awal pagi, kat hospital ke sana sini uruskan apoinment yang tarikh berbeza….)

Ibunda masak simple…tapi okeylah…aku dah lapor sangat…ayam goreng pun dah lazat apa..janji ada kicap Jalen, dan nasi panas….

Lepas borak, gossip-gosip, ngumpat-ngumpat (hahahah….tak ada maknanya….tak suka, tak suka..…) ibunda yang borak sorang-sorang, aku?….dah sampai kuala Lumpur jumpa Azila dankella…..(tidur lah……)

Bangun jer, dah jam 4 petang…..bau haruman yang amat menyelerakan…wah….makan..makan……(naik lagi badan aku…) basuh muka terus ke dapur..sekodeng ibunda buat apa…..

Pisang tandan goreng la……..sedapnya….peberet aku tu….siap ada teh O panas……



I like………………..

PS: walaupun sekejap bersua ibunda…..(4jam) ianya suatu saat yang amat istimewa,,,,,,, luv my ibunda Jumiah Ramli.

lega......lega........

Assalamualaikum, hari nie hantar en zalie ke hospital, ambil darah...kalau ikutkan hati aku tak mahu peristiwa berulang…dimana en zalie akan ditahan ward..gerak dari rumah jam 7.30 pagi, umai ikut sekali.

Alhamdullilah, no giliran sekarang 302, manakala untuk giliran en zalie pula 502…aku dah start risau..

“awatlah aku lambat datang ke hospital, kalau datang sebelum subuh kan bagus…hahahhahah,….200 lagi tu giliran en zalie…….”

Cuak beb,,,mana tak cuak, en zalie dah lah berpuasa….dibuatnya dia pengsan..tak nyaya…(selisih malaikat 44…..)

Akhirnya giliran en zalie muncul…aku rasa lega, turun ke paras 2 dari paras 3…jumpa staff nurse klinik perubatan ambil darah….semak data di komuter….

Adeh…rupanya 24 hb ada temujanji dengan pakar THT,,,aku minta staff nurse check betul-betul.. kalau ikutkan hanya ada temujanji 23 hb sahaja….

Akhirnya staff nurse batalkan temujanji…lega….(hospital dengan rumah bukannya dekat 1 jam 15 minit….itu kalau tak jem,,,,,,kalau jem…buat sakit jiwa)

Ada satu masalah lagi….29 hb ada temujanji dengan pakar perubatan …30hb pula dengan pakar diet….wah….tak leh jadi nie….aku rujuk ke pakar diet….alhamdullilah sattle masalah…2 temujanji jadi satu… hanya 29 hb yang perlu ke hospital semula.

PS..lega…lega…….hanya sikit nevous nak pi beraya sabtu nanti…..kena pakai pakaian melayu dan kurung yer…..?

Tuesday, September 21, 2010

Dua suspek bunuh Sosilawati dibatal lesen guaman sejak 2009

KUALA LUMPUR: Lesen amalan guaman dua peguam yang menjadi suspek kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain sudah digantung dan dilucutkan keahlian bermula 5 November tahun lalu.

Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan, berkata pembatalan itu dibuat selepas Majlis Peguam membuat siasatan berhubung salah laku keduanya yang juga adik-beradik tetapi mereka mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini untuk membuat penangguhan ke atas pembatalan itu.


"Berikutan kebenaran permohonan pembatalan itu mereka masih meneruskan amalan sebagai peguam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Ragunath berkata setiap peguam yang didapati terbabit dalam penyelewengan akaun anak guam, rasuah dan lain-lain kesalahan berat akan dibatalkan lesen amalan mereka serta-merta selepas siasatan dibuat iaitu membabitkan 30 peguam sejak lima tahun lalu.


Katanya jumlah itu terlalu kecil kerana ia hanya membabitkan 0.02 peratus peguam yang menjadi ahli majlis berkenaan tetapi sebagai pertubuhan profesional, beliau tetap mengambil berat dengan setiap salah laku yang dibuat oleh ahlinya.


Berikutan itu juga Ragunath berkata Majlis Peguam memutuskan untuk tidak mewakili dua peguam terbabit dalam sebarang siasatan dan ketika dibicarakan tetapi keduanya boleh melantik mana-mana peguam lain yang berdaftar sebagai ahli.


"Kami tidak akan membela mana-mana ahli kami yang terbabit dalam jenayah.


Kami mohon tindakan tegas dikenakan ke atas ahli kami yang terbabit dengan jenayah," tegasnya.


Ditanya pemberita mengenai bidang kuasa Majlis Peguam Ragunath berkata bidang tugas mereka adalah terhad sebagaimana badan profesional yang lain dan hanya berkuasa untuk selia amalan guaman. “ Kami tidak boleh kawal akaun bank peribadi mereka. Jika mereka terbabit dalam perniagaan persendirian, kami tiada kuasa untuk menyelia," katanya.


Ragunath turut merujuk kenyataan satu akhbar arus perdana hari ini yang mempersoalkan ketelusan Majlis Peguam berkaitan lesen guaman dan beliau berkata pihaknya tidak dapat menghidu salah laku peguam terbabit kerana mereka tidak mempunyai kuasa seperti pihak polis.


"Tidak adil untuk menyalahkan kami, bagaimanapun kami mengambil sikap terbuka dengan sebarang kritikan. Tindakan yang kami ambil adalah dengan menghantar surat kepada Ketua Polis Negara untuk bermesyuarat bagi memantapkan lagi kerjasama. Sekiranya mereka perlukan maklumat, peguam kami akan beri bantuan," katanya.

Tambahnya dalam isu perolehan kekayaan peguam yang luar biasa, Majlis Peguam terpaksa menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa lain seperti Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis kerana ia berada dalam bidang kuasa mereka.


Terdahulu beliau mengucapkan takziah kepada kesemua keluarga mangsa pembunuhan itu, termasuk ahlinya Ahmad Kamil Abdul Karim dan berharap kesemua suspek akan dihadapkan ke mahkamah secepat mungkin.


Beliau bagaimanapun mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu cepat menjatuhkan hukuman kerana kesemua suspek berhak mendapat pembelaan sewajarnya dan walau sekeji manapun perbuatan mereka biarlah mahkamah yang menentukan mereka bersalah atau sebaliknya.


Ahmad Kamil, 32, antara yang dibunuh bersama Sosilawati, 47, pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, dan pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38.

Mereka dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah dan pada 12 Sept lepas polis mengesahkan keempat-empat mereka dipukul sampai mati sebelum mayatnya dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting, Selangor.


Ragunath turut menasihati orang ramai menyelidik terlebih dulu kelayakan peguam menerusi laman web atau hubungi mereka sebelum berurusan dengan mana-mana peguam dan Majlis Peguam bersedia menerima sebarang laporan sekiranya terdapat salah laku yang dibuat ahlinya.- Bernama

Kredit to metro online

PS: risau dengan system perundangan, sebab ramai peguam yang banyak melakukan salah laku…harap-harap orang biasa-biasa, hanya ambil iktibar bukan nak belajar ke arah kejahatan..

Beckham diurut tukang urut tua


LOS ANGELES - Seorang pemberita akhbar The Sun menyamar sebagai pelanggan sebuah rumah urut di sini yang mengupah wanita Thailand untuk melakukan urutan selepas bintang bola sepak terkenal, David Beckham berkunjung untuk mendapatkan perkhidmatan mengurut di tempat sama.

Akhbar tersebut melaporkan, Beckham meluangkan masa sejam di tempat itu, di sini, semasa ketiadaan isterinya, Victoria, 36, baru-baru ini.

Beckham berada di bandar raya ini kerana dia bermain dengan kelab bola sepak LA Galaxy.

Bekas ketua pasukan bola sepak England berusia 35 tahun itu dilihat meninggalkan Lamai Thai Massage di Pantai Venice selepas dia membayar £26 (RM124) dan memberi tip sebanyak £20 (RM96.65).

Rumah urut itu mengupah tukang urut yang kebanyakannya terdiri daripada wanita Thai berusia 50 tahun ke atas.

"Satu-satunya wanita cantik di premis itu ialah penyambut tetamunya," kata wartawan berkenaan.

"Para pelanggan perlu menanggalkan pakaian mereka dan memakai seluar pendek yang diberikan," tambahnya.

Menurut akhbar The Sun, bintang bola sepak antarabangsa berkenaan terpaksa dipijak oleh seorang tukang urut wanita berkaki ayam seperti yang telah dilakukan terhadap wartawan tersebut. – Agensi


kredit to kosmo online

PS: macam-macam gelagat orang popular………….(semua orang dikeliling turut nak tahu, nak rasa, nak cuba……alahai…)

Monday, September 20, 2010

MALWARE, OH MALWARE........................

Sebenarnya kan…aku ada masa nak jogging kat blog kawan-kawan…sempat gak nak komen, lepaskan rindu..sebab dah lama tak blogging…cuba masuk blog sis azieaza, cikgu isza, cik mat….adeh…awat ada keluar warning….siap

Macam kat bawah nie

kreadit to PENJEJAK MAYA

Takut nak jogging ke blog yang lain…itu pun aku faham tentang MALWARE dari blogger PENJEJAK MAYA..nak tahu lebih lanjut sila klik sini

Bahaya si Malware nie....boleh sebabkan blog kita berjangkit....macam blog kawan-kawan gak...peeh...risau gile aku...tak leh jadi nie...

Terus aku minta tolong kat si blogger ayie minta pandangan dia, dia pun syer …akhirnya..atas nasihat dia,dia minta aku dawnload satu perisian yang ada kaitan ngan malware...untuk korang, aku syer sama-sama...klik sini


TERIMA KASIH atas blogger ayie

jam 11 malam..ayie beri tutorial free..sila lawati blog beliau...semoga kita dapat mengatasi masalah malware dengan segera...http://blog-ayie.com/serangan-malware/


SEBAB AKU TAK TERIMA DIA.....


Kadang kala aku terpikir…bila kita nak sangat dengar kabar dari sahabat lama..perasaan membuak-buak, sampai apa yang kita lakukan tak kena..nak jumpa sangat..nak lebih rapat….macam-macam pekara yang aku lakukan…

Sehingga, aku mencari nama penuhnya dalam FB, tak ada harapan…..aku cuba cara lain add melalui YM messenger dan Skype…tapi tak jumpa gak…dan akhirnya aku google..mana tahu dia ada blog…

Memang tak ada jodoh…aku tak dapat bersua dapat alam maya…kalau nak harap jumpa reality?....tak masuk akal…(aku tak tahu kat mana dia tinggal?)

Hinggalah minggu lepas dia add FB aku…perasaan aku masa tu?...

1. dah hancur lebur

2. dah menyampah

3. benci pun ada

4. berbulu lagi lah….

5. …………. (panas ati tahap gaban….)

Pasal apa aku beperasaan macam tu?....mana tak bengang….600 friends FB dia tu………………………punyalah lama aku mencari dia…rupanya dia jer yang tak ingat kat aku….

PS: aku lebih redha dia panggil aku sombong……..dari approve FB dia..