Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Sunday, October 3, 2010

MAJLIS PERSANDINGAN EIYA SOLEHAH DAN PASANGANNYA

Assalamualaikum, salam malam ahad…wah…hebat-hebat belaka program korang,sepanjang hari ahad nie..ada yang sempat buat open house, ada yang menghadirkan diri ke majlis perkahwinan, dan ada yang sempat beraya…kan?..kan?....(puasa sebulan, raya pun sebulan lah juga...)

Aku pun tak terkecuali, walaupun sibuk menguruskan CITARASA RINDUAN, masih sempat ke majlis persandingan solehah dan azuan…(jiran rumah jer, TAHNIAH yer along dan suaminya….)

Aku mendoakan agar perkahwinan yang dibina kekal hingga akhir hayat…grand betul majlisnya, mabelesss,,,,nak lihat gambarnya lebih lanjut? Lihat entry ini,sila klik sini..(majlis berinai)

Sebelum nak tunjukkan tema perkahwinan SOLEHAH, aku nak juga tunjukkan teman facebook dan blogger yang aku temui, iaitu HELMI RAMLI dan FADZLITON ARIS,, comel-comel anak-anaknya…sempat gak aku minta kerjasama kepada pasangan keluarga ini untuk bergambar untuk kenangan…

Jom, intai kemeriahan hadirin dan hadirat yang hadir ke majlis persandingan SOLEHAH,…..

Yang nie gambar pengantin SOLEHAH dan AZUAN, seperti pinang dibelah dua, sama cantik sama padan…tema, merah…..kesemua ahli keluarga memakai warna yang sedondon…(maaf, aku tak sempat nak snap gambar banyak-banyak, sebab aku kejar waktu nak menguruskan CITARASA RINDUAN)


Gambar nie, sebelum pengantin lelaki datang bersanding bersama-sama, yang paling syok..mengikut adat Johor, pihak lelaki dikenakan tol….adeh…bukan 1,2 tol kena rempuh…banyak ooooo….sediakan jerlah duit untuk hulubalang-hulubalang yang ada disetiap pintu…

Umai macam biasa, walaupun demam…suka ambil gambar dengan pengantin…

Nak tahu, bagaimana kemeriahan majlis semasa dijalankan?...amik ko…jem gile jalanraya, siap ada anggota RELA yang menguruskan kesesakan jalanraya…

Sungguh meriah majlis SOLEHAH, dilimpahi sinar kegembiraan diwajah kedua-dua mempelai…semoga pasangan bahagia ini, dianugerahkan cahaya mata dengan segera dan sentiasa berbahagia hingga akhir hayat mereka..amin

PS: letih sangat, nak tidur awal………selamat malam….

2 ulasan:

Lelord said...

meriahkan to2 ni
akak dulu ade 3 tol...kat lama umah siap bersilat bagai..pastu dpn pintu ngan atas pelamin

Unknown said...

mekasih kak ayu...suke sgt....