Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Tuesday, October 19, 2010

Rosyam Nor Jangka "Trilogi Cinta" Bakal Popular


Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ



Rosyam dan Fouziah ketika menjalani penggambaran drama Trilogi Cinta. - Foto ihsan SUHAN MOVIES

PETALING JAYA: Produser dan pelakon Rosyam Nor menjangkakan drama Trilogi Cintayang akan disiarkan menerusi RTM1 pada November ini akan popular berdasarkan novel-vovel popular karya Sharifah Abu Salem.

Drama itu adalah hasil rangkuman tiga buah novel karya penulis berkenaan iaitu Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi yang mendapat sambutan ramai.

“Saya menjangkakan peminat novel-novel itu pasti akan menunggu untuk melihat karya berkenaan yang telah dihasilkan dalam bentuk drama. Tapi saya ingin ingatkan, kisah dalam drama ini tidak diambil seratus peratus seperti karya dalam novel tersebut,” katanya.



Fouziah melakonkan watak orang gaji bernama Norjinah.

Menurut Rosyam, dia dan Sharifah merombak drama ini agar bersesuaian dengan tema cerita tetapi tidak banyak bezanya dengan kisah dalam novel-novel berkenaan.

Ini kerana katanya jika mereka mengikut kesemua jalan cerita dalam novel itu, ia akan melibatkan kos penggambaran yang tinggi.

“Misalnya, kami tidak dapat mewujudkan i watak Razif yang digambarkan sangat kaya dan mempunyai pejabat di KLCC. Tetapi kami hanya mampu menunjukkan kekayaan itu menerusi rumah. Boleh dikatakan dalam 80 hingga 90 peratus skrip Trilogi Cinta mengikut novel tersebut,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Mengikut jadual, drama itu akan disiarkan setiap dua episod seminggu di mana setiap episod mengambil masa selama 1 jam.



Razif lakonan Rosyam ketika melihat kecurangan isterinya, Salmi lakonan Amyza.

Selain Rosyam Nor, drama itu turut melibatkan pelakon lain antaranya Fouziah Gous, Amyza Aznan, Siti Fazurina, Aida Khalida, Raisuddin Hamzah dan Roslan Salleh.

Kredit to mStar

PS:Semoga drama ini menghasilkan drama yang lain dari yang lain…dah rindu nak tonton drama melayu yang hebat-hebat…vote drama melayu… I like..

6 ulasan:

Unknown said...

mcm best jer kan citer ni....sbb novel2 Sharifah Abu salem ni mmg popular.....

said...

♥~ tak sabor nak tgk nih....hehhehe

Kalamhati said...

harap ada kelainan yg menyerlah dalam drama ni..pasti tunggu!..=)

Mas said...

tu la, macam best jer cerita ni, nanti nak tengok la..

Aliesha Kirana said...

mcm best la..hehehe...drama adaptasi dari novel mmg best2 heheeh...

hanees said...

best nyer.....tak sabo nk tgk la...