Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Tuesday, May 24, 2011

Pil haruan ada steroid "BERHATI-HATI"



Selamat malam sahabatku semua...


Kalian sihat?? Sudah 2 hari mood BW aku agak menurun.. bukan bermakna aku tidak sudi singgah ke blog kalian, namun... aku agak sibuk dengan citarasa rinduan...


Murah Rezeki untuk minggu ini, syukur.... maafkan aku andai ku tidak singgah ke blog kalian,. Insyallah.. jika kelapangan. Akan ku ambil sedikit masa untuk bertanya khabar..


Untuk malam ini, ku ingin berkongsi dengan kalian tentang kesihatan, terutamanya kaum ku.... untuk makluman kalian, ada sejenis pil jamu ikan haruan yang mengandungi steriod, oleh itu berhati-hatilah.. lebih-lebih lagi dalam kandungannya tiada unsur ikan haruan langsung, moga kalian tidak tertipu..


KREDIT TO METRO ONLINE


***************************


IPOH: Bahaya menanti golongan ibu baru bersalin dan memakan pil jamu apabila Kementerian Kesihatan mengesan sejenis produk tradisional yang boleh menyebabkan bayi baru lahir mengalami kecacatan kekal.
Pil yang didakwa dihasilkan dari isi ikan haruan itu dikesan mengandungi bahan kimia berbahaya jenis steroid yang sengaja dicampur ke dalam produk berkenaan tanpa disedari pengguna.

Difahamkan kandungan kimia pada pil berkenaan boleh menyerap ke dalam susu ibu, sekali gus menyebabkan bayi yang meminum susu ibu diancam bahaya penyakit rapuh tulang.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi KKM, Mazlan Ismail berkata, produk pil ikan haruan berkenaan yang dikilangkan ‘syarikat hantu’ tidak pernah berdaftar dengan kementerian dan disifatkan amat berbahaya kepada pengguna terutama golongan wanita.

Menurutnya, pil ikan haruan terbabit yang dipercayai buatan pengilang tempatan mula disedari dijual kepada orang ramai sejak lebih setahun lalu melalui kedai pemborong atau menjual produk kesihatan tradisional.


“Berdasarkan siasatan, pengilang sengaja meletakkan nombor pendaftaran palsu pada luar kotak produk bagi memperdaya pengguna. Malah siasatan turut mendapati produk itu turut dilekat hologram palsu yang dikeluarkan kementerian.



“Hasil ujian makmal mendapati pil ikan haruan itu tidak mengandungi unsur ikan haruan di dalamnya, sebaliknya ada steroid pada kadar tinggi,” katanya selepas melakukan pemeriksaan di sekitar bandar raya ini.

PS: lebih elok rasanya makan ikan haruan yang asli dari makan pil jamu yang tak tahu asal pembuatannya. BERHATI-HATI ...

~selingan, tadi petang citarasa rinduan menerima tetamu,seorang blogger .insyallah.. akan ku kongsi dengan kalian siapakah blogger tersebut~TUNGGU

19 ulasan:

Mama JnJnJ@Sue@Anang said...

nasib minum pati haruan saja huhuu

senyumSOYA said...

nak kaya punya pasal..
sanggup tipu pengguna kan akak..

kena hati2 dengan produk2 kesihatan sekarang..(^^!

Unknown said...

mama jnjnj
ayu pernah gugur, makan ikan haruan, baunya ada ~GGGGG~ hehehhe

senyum soya--
itulah peniaga skrang nak untung tanpa fikir keselamatan orang lain..
utk kebaikkan bersama, kita syer sahaja apa yang perlu.. moga2 kita dijauhkan dari sakit yang bukan-bukan

PS: yang kesian, baby kita yang kena effect... sedih!!!

cik cek said...

Salam ayu...

Susah kita jadinya skrg ni...macam2 ada...kek guna bahan tak halal la...butter tak halal la...ni pil pun ada seteroid la pulak...memang pening...nak makan skrg ni apa2 pun sume kene hati2...tak gitu Ayu...

Unknown said...

cik cek--
wsalam. betul tu cik...
rasanya kena makan yang ori baru betul, tapi... ada tak ikan haruan yang tipu? (maksud ayu orang bela ikan haruan guna makanan tambahan yang beracun?)

sekadar satu coretan said...

byk benda yg buat kite tertipu ye...
nak untung lebih mcm tu la pulak dibuatnye...

kene lebih berhati2 mcm ni...

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak..
Alhamdulillah.. moga rezeki citarasa rinduan bertambah lagi..

ermm.. nasib baik diana x pernah ambil pil haruan.. Pernah minum pati ikan haruan jer masa lepas operate dulu..

bersama kak Es said...

ishh sanggup pulak letak steroid.
pelik betulla diorg ni...

jeBateja said...

ahakz....akak...kita tangkap ikan sekor...ikan haruan...kita makan mcm tu jerk...pehhh....

Unknown said...

assalam ayu...wah bz yer...alhamdulillah murah rezeki ayu sekeluarga...mcm-mcm yer product yg tiruan sekrng ni semakin canggih semakin tertipu kita dibuatnya kan.

anyss said...

Assalamualaikum,
Goreng pun sodap ikan haruan ni...tak payahlah minum pati segala. Makin lama, makin fobia pulak nak makan benda yang proses ni...

Unknown said...

tak pernah makan pil atau pati haruan..
ikan haruan ye la makan selalu..
heheh

sarah-najwan said...

akak penah minum pati haruan ajo..pil/jamu haruan xpenah..huhu

hrp2 pati haruan yg akak minum selamat...

Unknown said...

ain--
kena waspada era kini.. jgn sampai merbahayakan diri dan tersayang

diana--
waalaikumusalam.
terima kasih dik, atas doamu...
kak ayu pun pernah makan, masa kak gugur 3 tahun lalu

kak Es--
nak untung
nak kaya
nak cepat tempah neraka..
(itulah gelagat manusia tak ada hati dan jiwa)

jebat--
goreng dulu..
adoi.. hanyir baunya dik..
kamu nie mmg nakal

nieza--
wsalam,
terima kasih ya nieza.. syukur rezeki minggu ini..
akan datang tak tau...

PS: setuju dgn pendapat kamu

anyss--
waalaikumusalam,
ya... kena beli ikan yang asli...
tapi kalau bab tepung tu.. suka kan??
last2 kita buat kek versi yang senang2 jerlah...
semuanya tak halal...

diana--
hhehehe.. samalah.. kita masak asam pedas.. bubuh daum kesum banyak2... nyami

Unknown said...

mama sarah--
pati haruan ayu pernah makan produk atika beauty.. harap2 selamatlah

Unknown said...

takyah pil.. kita makan yg real punya..

tp jenama apa yer?

Jom kenal Sistem Suria kita

Anonymous said...

sume produk bahaya sekarang...ramai pengeluar yang menipu semata-mata nak untung lebih. jalan singkat nak kaya.haih.

Nur Hawa Mohd Zin said...

semua benda nak ditiru kan kak...dulu panadol ditiru..hai susahnye la

Unknown said...

rezeki murah kak? syukur :)